Kenapa Newsletter Penting Untuk Perniagaan Anda (Bahagian 2)

Sambungan dari bahagian 1: Klik di sini.

Bagaimanakah untuk menghasilkan newsletter yang berkesan?

1. Patuhi etika pemasaran emel

Pertama sekali, anda perlu patuhi etika pemasaran emel. Sebagai contoh, anda cuma memberikan newsletter kepada subscriber yang sukarela memberikan alamat emel mereka kepada anda khusus untuk menerima newsletter tersebut. Anda harus mengelak daripada menghantar emel secara rawak kepada sesiapa sahaja kerana tindakan tersebut adalah ‘spam’ dan ia menyalahi etika pemasaran internet.

2. Bina senarai subscriber secara konsisten

Anda mesti konsisten untuk membina senarai list di sesebuah laman web. Ini bermaksud, anda mesti sentiasa promosi laman web untuk mendapatkan trafik yang berkualiti, serta menawarkan produk atau maklumat yang informative untuk menarik minat prospek. Selain itu, anda juga memerlukan sistem autoresponder yang baik seperti Aweber dan Trafficwave dan mampu untuk menampung jumlah subscriber dan jumlah newsletter yang akan dihantar setiap bulan.

3. Hanya berikan maklumat yang berkaitan

Anda juga harus berhati-hati untuk hanya memberikan maklumat yang relevan kepada senarai subscriber anda. Ini bermaksud, sekiranya mereka mengisi borang opt-in untuk melanggan newsletter mengenai strategi penulisan ebook, anda cuma menghantar newsletter mengenai strategi penulisan ebook sahaja. Anda tidak boleh menghantar newsletter mengenai strategi pembinaan laman web. Caranya mudah sahaja, sekiranya anda ingin menghantar newsletter untuk tajuk yang lain, anda cuma perlu bina borang opt-in yang baru untuk mula mengumpul senarai subscriber untuk topik tersebut.

4. Selangkan promosi dengan kandungan berkualiti

Tidak semua subscriber sukakan hard-selling, iaitu promosi untuk jualan produk atau perkhidmatan secara langsung. Oleh itu, anda boleh selangkan promosi itu tadi dengan beberapa kandungan berkualiti untuk dikongsikan dengan subscriber anda. Sebagai contoh, anda boleh pecahkan newsletter itu tadi kepada beberapa bahagian, bahagian pertama dan kedua memberikan tips dan informasi berkaitan, bahagian ketiga berbentuk promosi, diikuti dengan bahagian keempat dan kelima disambung dengan tips dan informasi lagi. Ini sudah tentu lebih mengembirakan subscriber anda!

5. Gunakan tajuk newsletter yang sesuai

Anda boleh biasakan diri untuk memberikan tajuk yang sesuai dan konsisten untuk newsletter itu tadi. Tujuannya adalah supaya apabila subscriber menerima emel daripada anda, mereka akan tahu bahawa anda yang menghantarnya, dan mereka tahu bahawa itu adalah maklumat yang mereka pohon untuk terima.

6. Kekalkan penampilan profesional

Akhir sekali, anda perlu memilih tema newsletter yang menonjolkan profesionalisme bisnes internet anda. Mungkin anda pilih tema mengikut warna, atau mengikut format. Apa jua tema yang dipilih, anda perlu konsisten untuk mengekalkan penampilan profesionalisme terhadap senarai subscriber itu tadi.

Itulah dia perkongsian ringkas mengenai strategi promosi menggunakan newsletter. Selamat berjaya!

Leave a comment

Your email address will not be published.