Posted on Leave a comment

Bagaimana Nak Tukar Klip Kertas Kepada Rumah?

Salam semua,

Benarkah seunit klip kertas boleh bertukar kepada sebuah rumah? Hari ini saya ingin kongsikan satu video realiti yang penuh inspirasi kepada anda.

Pengajaran dari video ini:
– Dalam hidup ini tiada yang mustahil jika ada keinginan
– Harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat
– Besarkan angan-angan. Jangan terlalu hadkan impian anda. “Space is the limit!”
– Paling penting, bertindak untuk mencapai cita-cita anda!

p/s: Apa azam tahun baru?
p/p/s: Menjual 1 unit Klip Kertas di Ebay akan menyebabkan akaun anda digantung oleh pihak ebay. Seperti kata sifu Diari Usahawan Ebay Berhingus –> Jualan Hilang Akal!

Posted on Leave a comment

Tip Cerdik Membeli Insurans

Salam semua,

Banyak orang bertanya apakah cara yang terbaik dalam membeli sesuatu insurans. Berikut adalah panduan dan tips baik mengenai bagaimana anda boleh lakukan dengan insurans anda.

Satu Insurans untuk Satu Aset

Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi asurans untuk melindungi aset terhadap risiko yang sama, misalnya risiko kebakaran untuk rumah anda. Jika anda membeli lebih dari satu polisi insurans, ketika terjadi kerugian /kerosakan aset, anda hanya boleh menuntut salah satu polisi sahaja. Ini kerana syarikat insurans yang telah membuat pembayaran kepada anda akan meminta syarikat insurans lain untuk berkongsi dan membuat pembayaran secara proporsional.

Luangkan Masa Anda

Jangan bertindak terburu-buru untuk membeli sesuatu polisi. Jika anda tidak yakin apakah polisi apa yang anda perlukan, mintalah agen insurans untuk menerangkan kepada anda. Untuk polisi insurans hayat, agen insurans biasanya akan memberikan “gambaran polisi” yang menunjukkan bagaimana polisi tersebut berfungsi. Minta penjelasan point-by-point kepada ejen insuran tersebut.

Memberi Maklumat yang Betul

Ketika membeli insurans,pastikan anda menyatakan semua fakta mengenai orang atau item yang akan diinsuranskan dengan tepat. Ini memudahkan syarikat insurans untuk memutuskan adakah perlindungan tersebut diperlukan dan berapa premium yang harus dikenakan. Jika maklumat anda tidak betul, polisi insurans anda boleh menjadi tidak sah. Semak dengan agen insurans anda jika anda mempunyai sebarang kemusykilan.

Berurusan dengan Agen yang Berdaftar

Anda biasanya akan membeli insurans daripada wakil insurans, yang menjual produk insurans untuk insurans yang telah menunjuk dia. Ketika berhadapan dengan agen insurans, meminta-nya Agen Kad Pendaftaran atau menyemak dengan syarikat insurans. Jika ia tidak dapat membuktikan bahawa ia adalah seorang agen rasmi, jangan berurusan dengan dia.

Buat Perbandingan

Membuat ‘survey’ terhadap insurans yang anda inginkan merupakan salah satu tindakan yang berbaloi. Insurans yang berbeza menawarkan manfaat, syarat dan pengecualian yang berbeza. Memahami pelan insurans sangat penting kerana ini dapat memastikan bahawa anda benar-benar dilindungi. Tidak ada jalan pintas ketika membeli sebuah polisi insurans. Baca semua polisi yang ditawarkan sebelum memilih satu polisi insurans.

Dapat Jaminan Keperluan Anda

Tujuan mempunyai insurans adalah untuk mengurangkan beban kewangan sekiranya anda ditimpa kerugian atau kemalangan. Namun, insurans hanya melindungi kerugian yang dinyatakan dalam pelan insurans. Oleh itu, jika anda memperoleh polisi insurans, pastikan insurans tersebut merangkumi item yang anda mahu lindungi supaya tidak menyesal kemudian hari.

Sekian untuk kali ini. Harap dapat membantu anda yang ingin mendapatkan maklumat mengenai insurans.