Kisah Pandalela Renong yang Ramai Tak Tahu!

Saya tertarik dengan kisah atlet negara ini. Sama-sama kita baca selanjutnya..

Kisah Pandalela Renong Yang Ramai Tak Tahu..

Nak Buat Bisnes Kena Baca!
Pagi tadi masa sarapan, macam biasa saya akan baca laman-laman berita di Internet. Sekarang ni zaman online senang betul tak payah pergi beli suratkhabar kan?

Dalam saya membelek-belek artikel di suratkhabar, saya tertarik dengan kisah disebalik kejayaan Atlit Terjun Negara, Pandalela Renong.

Kalau tak tahu, Pandalela baru memenangi pingat Perak acara terjun bersama pasangan terjun beliau.

Hadiahnya?

Kerajaan Malaysia menghadiahkan RM 600,000 (RM 300,000 seorang) kepada beliau dan juga pencen RM 3,000 seumur hidup setiap bulan.

Power tak? Muda lagi tu..

Kita yang dah tak berapa muda ni nak dapat RM 300,000 dan pendapatan pasif RM 3,000 sebulan ni pun tercungap. Entah bila boleh dapat ye tak?

Nampak senang je dia terjun dan dapat hadiah lumayan..

“Alaaa.. Boleh la dia memang dilahirkan berbakat..”

“Hek eleh.. dia budak lagi boleh la..”

“Mesti anak orang kaya macam Nicole David ni. Senang la masuk sukan..”

NO NO NO!!

Kalau anda ada fikiran macam tu, sampai bila pun anda takkan berjaya!

Dalam cerita yang saya baca, ayah kepada Pandalela mula menghantar Pandalela dan abangnya belajar terjun seawal usia beliau 8 tahun lagi..

Adakah keluarga Pandalela banyak duit? Nak bayar jurulatih pun memakan kos RM 100 ke RM 200 SEJAM!!

Nak sewa kolam renang khas untuk latihan terjun, duit tol dan minyak untuk hantar ke pertandingan, dan macam-macam lagi..

Sedangkan ayah dia hanya bergaji RM 45 sehari saja!

Kalau sebulan macam ofis saya kerja sekitar 22 hari selepas ditolak hujung minggu..

Maksudnya gaji dia sekitar RM 990 sebulan!

Itu belum tolak EPF, SOCSO semua lagi..

Pada peringkat awal, Pandalela tidak dapat sebarang tajaan. Maklumlah, siapa je yang kena Pandalela kan?

Tapi kini, bukan sahaja nama Pandalela disebut oleh satu dunia kerana memenangi pingat Gangsa dan Perak Olimpik, malah beliau kini berjaya meningkatkan taraf ekonomi keluarga..

Baru-baru ni saja Pandalela menghadiahkan ayah dia sebuah Proton Exora..

APA FAKTOR KEJAYAAN PANDALELA?

Beliau bermula lebih awal. Nak berjaya tahun ni? Anda kena bermula sekurang-kurangnya 3 tahun lepas. Nak berjaya 3 tahun akan datang lagi? Bermula lah sekarang.

Mempunyai jurulatih. Tanya je pada mana-mana atlit yang berjaya, ada jurulatih tak? Yang tak ada jurulatih tu biasanya atlit kampung. Sehebat-hebat terjunan Pandalela, beliau mempunyai jurulatih sendiri. Orang bisnes wajib ada jurulatih!

Berkorban sehingga dapat hasil. Satu keluarga Pandalela berkorban untuk memastikan Pandalela berjaya. Pengorbanan tersebut memakan masa dan wang ringgit tetapi akhirnya ia membuahkan hasil.

Fokus kepada satu jenis sukan. Walaupun beliau pandai berenang, tak pulak dia masuk sukan renang sekali. Beliau fokus untuk menjadi atlit terjun saja. Yang ni silap utama orang bisnes. Semua benda dia nak buat. Saya pun dulu macam tu. Sampai la saya fokus, baru lah menjadi.

Semoga kisah yang saya ceritakan ini memberi peringatan, inspirasi, dan motivasi buat kita semua!

Kredit: Ammar Zahar Page. Terima kasih kerana berkongsi.

1 comment

Leave a comment

Your email address will not be published.