Posted on

Kaedah Pemasaran Youtube yang Berkesan

pemasaran youtube

Dalam artikel yang lepas, saya sudah terangkan secara serba ringkas mengapa anda perlu melakukan pemasaran melalui Youtube. tak kiralah anda ini seorang usahawan internet, penjual tudung di FB, pemasar kerepek/produk makanan di forum atau facebook, teknik ini semestinya berkesan sekiranya anda lakukan. Kerana apa? 90% daripada pengguna internet suka untuk menonton video dan pemasaran video adalah sangat viral!

Baiklah, kini anda sudah tahu potensi menggunakan kaedah promosi YouTube untuk bisnes internet anda. Sekarang mari kita lihat apakah tip-tips untuk melakukan promosi melalui portal ini.

1. Hasilkan video yang menarik

Sebaik memutuskan apakah produk yang anda ingin promosikan, anda boleh terus mula menghasilkan video. Sekiranya ini kali pertama anda menghasilkan video, anda boleh merujuk di banyak laman web di internet yang menerangkan kaedah membuat video sama ada secara percuma ataupun berbayar. Yang penting, video tersebut mestilah berupaya menarik minat prospek untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk itu tadi.

2. Upah orang menyediakan video

Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk menghasilkan video sendiri, atau menghadapi kekangan masa, anda boleh mengupah orang lain untuk menyediakan video mengikut terma-terma dan maklumat yang diberikan kepadanya. Dengan sedikit upah, video tersebut hendaklah disediakan secara eksklusif untuk anda sahaja dan apabila siap, video itu menjadi milik anda. Untuk mencari pakar yang menyediakan perkhidmatan video, anda boleh cari di forum perniagaan internet ataupun di servis perkhidmatan di Murahnya.my

3. Sewa ruangan komen di video lain

Sekiranya anda tidak mahu menghasilkan video sendiri, dan juga tidak mahu mengupah orang untuk menyediakan video, anda boleh membuat sedikit kajian apakah video yang menjadi trend masa kini. Sebagai contoh, video berkaitan bola sepak, atau ceramah agama, asalkan video tersebut mendapat jumlah tontotan yang tinggi di portal YouTube. Apa yang anda boleh lakukan adalah untuk menghubungi pemilik video itu tadi, dan memohon untuk menyewa ruangan komen dan deskripsi pada video tersebut. Dengan kadar sewa yang berpatutan, anda boleh menulis maklumat produk yang dipromosikan di ruangan komen dan deskripsi video tersebut. Secara tidak langsung, anda menyampaikan mesej produk tersebut apabila ada prospek yang menonton video tersebut.

 4. Gunakan tips SEO untuk video anda

Sepertimana pemasaran artikel ataupun laman web, anda boleh menggunakan tips SEO yang sama untuk video YouTube anda. Sebagai contoh, nama fail yang dimuat naik ke portal YouTube hendaklah mengandungi kata kunci yang anda inginkan. Sepertimana tajuk video, ruangan komen dan deskripsi video tersebut hendaklah dimasukkan kata kunci yang berkaitan dengan produk yang dipromosikan. Strategi SEO ini akan memudahkan robot enjin carian untuk mengenalpasti kaitan video anda dengan mana-mana kata kunci yang dimasukkan di kotak carian di sesebuah portal enjin carian.

5. ‘Branding’ untuk siaran YouTube anda

Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk mencipta penjenamaan untuk siaran YouTube anda. Sebagai contoh, anda menghasilkan latar belakang tertentu yang menonjolkan simbol dan warna penjenamaan mengikut produk yang dipromosikan. Setiap kali prospek melawat laman video anda, mereka akan melihat stail yang sama untuk kesemua video-video anda di portal YouTube tersebut.

6. Gunakan YouTube Ads

Bagi meningkatkan lagi potensi carian video, anda boleh menggunakan kaedah berbayar seperti YouTube Ads untuk mempromosi video-video yang anda inginkan.

7. Promosikan video dengan konsisten

Akhir sekali, anda perlu mempromosikan video-video tersebut secara konsisten. Sekiranya anda mempunyai laman web, anda boleh meletakkan link untuk vide tersebut di laman web itu tadi. Dan sekiranya anda mempunyai senarai subscriber, anda boleh memberikan link video tersebut kepada mereka melalui pemasaran emel.

Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba!

Posted on

Lubuk Jana Wang di Youtube?

Buat Duit Youtube

Anda mungkin biasa melayari laman web YouTube untuk menonton video-video yang terdiri daripada pelbagai kategori. Mungkin anda menonton video klip lagu, ceramah agama, kelas pendidikan atau cara-cara menggunakan sesuatu perisian atau produk.

Tahukah anda YouTube adalah antara lubuk promosi utama untuk seseorang usahawan internet boleh menjana pendapatan lumayan?

Tanpa mengira sekiranya anda mempromosi produk sendiri, ataupun produk affiliate, anda tidak boleh mengabaikan kaedah promosi melalui YouTube. Ini adalah kerana terdapat sebab-sebab di bawah:

Trafik yang Tinggi

Portal YouTube mempunyai trafik yang unik dan tinggi. Sekiranya anda membuat carian di Google, anda akan dapati di laman pertama keputusan carian akan terdapat beberapa video daripada Youtube. Tidak hairan kenapa perkara ini berlaku, ia adalah kerana YouTube dimiliki oleh Google. Oleh itu, video-video do Youtube mudah mendapat ranking yang baik di enjin carian Google.

Persaingan Tempatan Masih Kurang

Ramai usahawan internet membina laman web statik ataupun blog berbentuk teks, tetapi tidak ramai yang menerokai potensi video. Dalam keadaan ini, anda mudah menembusi pasaran video YouTube kerana belum ramai yang menyedari potensi kaedah ini.

Kos Pemasaran Masih Rendah

Kos pemasaran YouTube mungkin percuma atau paling rendah di kalangan kaedah promosi yang lain. Untuk menghasilkan video sebelum dimuatkan ke YouTube, anda tidak memerlukan kos yang tinggi. Bahkan, anda boleh menggunakan perisian percuma yang boleh didapati daripada internet! Apabila video tersebut telah siap, anda boleh terus memuatkan ke YouTube juga secara percuma!

Namun, bagi pemasaran Youtube ini, pastikan anda mengetahui bagaimana cara untuk upload video Youtube!

Baiklah, kini anda sudah tahu potensi menggunakan kaedah promosi YouTube untuk bisnes internet anda. Untuk artikel yang akan datang, saya akan berikan tip-tips yang power untuk anda untuk melakukan promosi video melalui portal Youtube.

Posted on

Kenapa Newsletter Penting Untuk Perniagaan Anda (Bahagian 2)

Sambungan dari bahagian 1: Klik di sini.

Bagaimanakah untuk menghasilkan newsletter yang berkesan?

1. Patuhi etika pemasaran emel

Pertama sekali, anda perlu patuhi etika pemasaran emel. Sebagai contoh, anda cuma memberikan newsletter kepada subscriber yang sukarela memberikan alamat emel mereka kepada anda khusus untuk menerima newsletter tersebut. Anda harus mengelak daripada menghantar emel secara rawak kepada sesiapa sahaja kerana tindakan tersebut adalah ‘spam’ dan ia menyalahi etika pemasaran internet.

2. Bina senarai subscriber secara konsisten

Anda mesti konsisten untuk membina senarai list di sesebuah laman web. Ini bermaksud, anda mesti sentiasa promosi laman web untuk mendapatkan trafik yang berkualiti, serta menawarkan produk atau maklumat yang informative untuk menarik minat prospek. Selain itu, anda juga memerlukan sistem autoresponder yang baik seperti Aweber dan Trafficwave dan mampu untuk menampung jumlah subscriber dan jumlah newsletter yang akan dihantar setiap bulan.

3. Hanya berikan maklumat yang berkaitan

Anda juga harus berhati-hati untuk hanya memberikan maklumat yang relevan kepada senarai subscriber anda. Ini bermaksud, sekiranya mereka mengisi borang opt-in untuk melanggan newsletter mengenai strategi penulisan ebook, anda cuma menghantar newsletter mengenai strategi penulisan ebook sahaja. Anda tidak boleh menghantar newsletter mengenai strategi pembinaan laman web. Caranya mudah sahaja, sekiranya anda ingin menghantar newsletter untuk tajuk yang lain, anda cuma perlu bina borang opt-in yang baru untuk mula mengumpul senarai subscriber untuk topik tersebut.

4. Selangkan promosi dengan kandungan berkualiti

Tidak semua subscriber sukakan hard-selling, iaitu promosi untuk jualan produk atau perkhidmatan secara langsung. Oleh itu, anda boleh selangkan promosi itu tadi dengan beberapa kandungan berkualiti untuk dikongsikan dengan subscriber anda. Sebagai contoh, anda boleh pecahkan newsletter itu tadi kepada beberapa bahagian, bahagian pertama dan kedua memberikan tips dan informasi berkaitan, bahagian ketiga berbentuk promosi, diikuti dengan bahagian keempat dan kelima disambung dengan tips dan informasi lagi. Ini sudah tentu lebih mengembirakan subscriber anda!

5. Gunakan tajuk newsletter yang sesuai

Anda boleh biasakan diri untuk memberikan tajuk yang sesuai dan konsisten untuk newsletter itu tadi. Tujuannya adalah supaya apabila subscriber menerima emel daripada anda, mereka akan tahu bahawa anda yang menghantarnya, dan mereka tahu bahawa itu adalah maklumat yang mereka pohon untuk terima.

6. Kekalkan penampilan profesional

Akhir sekali, anda perlu memilih tema newsletter yang menonjolkan profesionalisme bisnes internet anda. Mungkin anda pilih tema mengikut warna, atau mengikut format. Apa jua tema yang dipilih, anda perlu konsisten untuk mengekalkan penampilan profesionalisme terhadap senarai subscriber itu tadi.

Itulah dia perkongsian ringkas mengenai strategi promosi menggunakan newsletter. Selamat berjaya!

Posted on

Teknik Urus Masa bagi Usahawan Internet

Ramai yang menyangka sekiranya mereka adalah usahawan internet yang menjalankan model bisnes internet sebagai seorang affiliate, mereka tidak perlukan suatu rancangan kerja yang khusus. Mereka sangkakan oleh kerana mereka tidak perlukan produk sendiri, tidak perlukan kemahiran untuk pembungkusan dan penghantaran, tidak perlu berhadapan dengan majikan, maka mereka cuma perlu fokus untuk promosi sahaja. Biarpun sangkaan ini mungkin ada asasnya, ia tidak berapa tepat sekiranya mereka ingin memaksimakan kejayaan dalam bisnes affiliate mereka.

Antara perkara paling penting yang anda perlukan sebagai seorang usahawan affiliate adalah untuk mempunyai strategi pengurusan masa yang baik. Berikut disenaraikan beberapa tip pengurusan masa tersebut.

1) Punyai tabiat produktif

Sudah tentu perkara pertama dalam pengurusan masa adalah menyimpan tabiat yang produktif. Sebagai contoh, anda boleh menyediakan senarai aktiviti yang ingin dicapai dan kesemua aktiviti ini dipecah-pecahkan menjadi lebih kecil untuk dilakukan setiap hari. Hasilnya, anda mungkin mempunyai satu jadual yang produktif seperti ini:

  • Isnin: Tulis 3 artikel untuk dihantar ke laman direktori untuk pemasaran artikel
  • Selasa: Merekodkan 2 video promosi untuk pemasaran Youtube
  • Rabu: Menyiapkan 2 slide powerpoint untuk dihantar ke SlideShare
  • Khamis: Pemasaran FaceBook. Twitter dan forum
  • .. dan selanjutnya bagi aktiviti-aktiviti yang lain

Dengan menggunakan kaedah ini, anda dapat mencapai kesemua aktiviti yang telah anda senaraikan sebelum ini bagi tujuan promosi affiliate anda. Ini adalah contoh tabiat bisnes yang produktif.

2) Kawal perkara yang tidak berkaitan

Oleh kerana tiada sesiapa yang memantau kerja anda dalam mempromosikan bisnes affiliate, kawalan diri adalah amat penting. Anda perlu bijak mengawal diri daripada terjebak dengan perkara-perkara yang melalaikan seperti asyik melayari laman web yang tiada kaitan dengan bisnes affiliate dalam tempoh masa yang anda tetapkan untuk tabiat produktif itu tadi. Ataupun anda menerima jemputan rakan-rakan untuk keluar berjalan-jalan tanpa perancangan awal hinggakan kerja affiliate anda tertangguh.

Sebaik-baiknya anda ‘kurung’ diri anda untuk menyiapkan kerja-kerja yang anda ingin lakukan berkaitan bisnes affiliate anda sebelum anda melakukan kerja-kerja lain yang tidak berkaitan. Disiplin diri yang kukuh akan menentukan sama ada kerja-kerja affiliate anda tercapai atau tidak.

3) Mematuhi masa yang ditetapkan

Selanjutnya, anda perlu menetapkan dan mematuhi tempoh masa yang sesuai untuk menyiapkan sesuatu kerja affiliate. Sebagai contoh, anda merancang untuk menyiapkan 3 buah artikel pemasaran dalam tempoh 3 jam daripada pukul 2 petang sehingga 5 petang. Maka itulah yang akan anda usahakan untuk menyiapkan artikel-artikel tersebut dalam tempoh masa yang anda sendiri tetapkan.

4) Elakkan bertangguh

Anda juga perlu elakkan tabiat suka bertangguh, walaupun target yang anda ingin capai masih jauh. Sebagai contoh, anda bercadang untuk mendapatkan nama domain yang baru berserta hosting untuk laman web promosi produk affiliate yang baru anda sertai. Anda menyangka tempoh pertandingan affiliate masih lama, jadi anda menangguhkan niat untuk mendapatkan nama domain dan hosting tadi. Ini tidak seharusnya berlaku, kerana lagi cepat anda capai target tersebut, lagi awal anda boleh meraih pembelian daripada prospek pelanggan produk tersebut.

Sebagai contoh, bayangkan sekiranya anda bermula pada hari ke-10 setelah pelancaran sesuaut produk dengan pertanding affiliate, anda sebenarnya sudah kehilangan prospek selama 9 hari terawal kerana prospek-prospek ini mungkin telah membeli daripada usahawan-usahawan internet lain yang tidak bertangguh dan terus memulakan promosi affiliate mereka sejak hari pertama pelancaran produk affiliate itu tad. Sudah tentu anda tidak ingin kerugian, bukan?

5) Berehat dengan secukupnya

Perkara terakhir yang anda perlu ingat dalam mengurus masa sebagai seorang usahawan affiliate adalah untuk mempunyai rehat yang secukupnya. Anda tidak boleh berkerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Anda pasti akan kepenatan. Sebaliknya, dengan rehat yang secukupnya selepas beberapa jam berkerja, anda akan kembali bertenaga keesokan harinya kerana minda dan badan anda sudah berehat secukupnya. Anda pasti teruja dengan kehebatan rehat yang secukupnya dan keupayaan rehat menjadikan anda kembali bertenaga untuk meneruskan bisness affiliate anda di hari berikutnya.

Itulah dia beberapa tips ringkas untuk membantu pengurusan masa dalam bisnes affiliate anda. Selamat mencuba

Pengurusan Masa Usahawan Internet