Posted on Leave a comment

Waktu Badan Kita Bekerja

WAKTU FISIOLOGI TUBUH BERFUNGSI

Penting untuk tahu waktu sebenar tubuh kita berkerja supaya kita boleh hidup dengan lebih lama

?5 – 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

?7 – 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

?9 – 11 pagi
Organ limpa bekerja. 
*Elakkan makan* dalam waktu ini.

?11 – 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

?1 – 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.

?3 – 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.

?5 – 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.

?7 – 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.

?9 – 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .

?11 – 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.

?1 – 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

?3 – 5 pagi
Peparu bekerja. 
Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.

Posted on Leave a comment

Ilmu Hutan yang Ramai Tak Tahu!

Dikongsikan oleh Polis Daerah Ranau pada 12 Feb 2018. Link asal

1. #Lumut #Taik #Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai, bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, InsyaAllah..tak langgar pokok.

2. #Ular #tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. – belajar dr orang asli.

3. #Kera /#lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) – belajar dr askar.

4. #Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi ‘diam’, kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. – belajar dr orang asli.

5. #Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. – belajar dr orang asli.

6. #Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. #Tanda-#tanda #kepala #air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..

8. #Nak #masak #air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. – belajar ngan askar.

9. #Binatang #besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. – belajar dgn orang asli.

10. #Makan #makanan #yg #dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. – ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara #sebelum #jam 5 #petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. – belajar dr pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila #hutan #sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. – orang asli.

? Masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni.)?

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.

Moga bermanfaat.

Posted on 1 Comment

? 5 TIPS FB ADS UNTUK DAPATKAN KOS YANG RENDAH

Penting.. Baca Ini!
1. Letak Budget RM10 Sehari
.
Kenapa? Sebab kalau letak daily budget tinggi-tinggi, selalunya FB akan makan duit anda dengan sesuka hati. Ikut bajet yg ada. Minimum budget iklan RM3 je sehari pon boleh. Kalau kita pandai setting iklan, dengan RM3 tu pon dah membantu sangat dengan menarik 800 target prospek nampak iklan kita. Wow!
.
2. Guna Video Views Campaign Objektif
.
FB memang menggalakkan menggunakan video kerana pengguna FB lebih gemar untuk tengok video berbanding membaca. Kos untuk video views memang amat rendah biasanya bawah 10 sen per video views. Jika video anda relevan kepada audience, kos boleh dapat hanya 1 sen per video views.
.
3. Pilih ‘ People Who Live In This Location’
.
Pernah tak anda rasa kenapa banyak like tapi tak ramai yang membeli ? Jadi, inilahh sebabnya ! Pilihan di atas adalah lebih spesifik dan baik jika dibandingkan dgn ‘Everyone in this location’ yang target sesiapa saja yang berada di lokasi tu, termasuklah geng ‘orang luar’ spt mat2 indon. hehe
.
4. Pilih ‘Mobile Newsfeed’
.
Daripada pemerhatian saya, jika anda pilih ‘Dekstop Right Column’, bilangan orang yang menggunakannya sangat rendah. Dan ternyata ramai yang gemar membeli menggunakan fon. Jadi, target terus iklan di ‘Android Smartphone’ dan membuatkan iklan anda menjadi murah. Tak percaya? BUAT dulu baru dapat hasilnya !
.
5. Reply PM Yang Anda Dapat Dalam Masa 24 Jam
.
Apabila anda reply dengan cepat, prospek akan menjadi lebih mudah percaya kepada anda. FB juga melihat kadar respon anda di page. Jika anda respon dengan cepat, FB akan beri kos iklan yang lebih rendah kepada anda.
.
Petua-petua ini merupakan antara ratusan tips & teknik yang akan dipelajari dalam Like Method. Boleh lihat dalam page Like Method untuk belajar lebih lagi.

 

Sumber: FB Page FB Like Method

#SharingIsCaring
#LikeMethod
#BelajarMarketingFB

Posted on 1 Comment

Kisah Pandalela Renong yang Ramai Tak Tahu!

Saya tertarik dengan kisah atlet negara ini. Sama-sama kita baca selanjutnya..

Kisah Pandalela Renong Yang Ramai Tak Tahu..

Nak Buat Bisnes Kena Baca!
Pagi tadi masa sarapan, macam biasa saya akan baca laman-laman berita di Internet. Sekarang ni zaman online senang betul tak payah pergi beli suratkhabar kan?

Dalam saya membelek-belek artikel di suratkhabar, saya tertarik dengan kisah disebalik kejayaan Atlit Terjun Negara, Pandalela Renong.

Kalau tak tahu, Pandalela baru memenangi pingat Perak acara terjun bersama pasangan terjun beliau.

Hadiahnya?

Kerajaan Malaysia menghadiahkan RM 600,000 (RM 300,000 seorang) kepada beliau dan juga pencen RM 3,000 seumur hidup setiap bulan.

Power tak? Muda lagi tu..

Kita yang dah tak berapa muda ni nak dapat RM 300,000 dan pendapatan pasif RM 3,000 sebulan ni pun tercungap. Entah bila boleh dapat ye tak?

Nampak senang je dia terjun dan dapat hadiah lumayan..

“Alaaa.. Boleh la dia memang dilahirkan berbakat..”

“Hek eleh.. dia budak lagi boleh la..”

“Mesti anak orang kaya macam Nicole David ni. Senang la masuk sukan..”

NO NO NO!!

Kalau anda ada fikiran macam tu, sampai bila pun anda takkan berjaya!

Dalam cerita yang saya baca, ayah kepada Pandalela mula menghantar Pandalela dan abangnya belajar terjun seawal usia beliau 8 tahun lagi..

Adakah keluarga Pandalela banyak duit? Nak bayar jurulatih pun memakan kos RM 100 ke RM 200 SEJAM!!

Nak sewa kolam renang khas untuk latihan terjun, duit tol dan minyak untuk hantar ke pertandingan, dan macam-macam lagi..

Sedangkan ayah dia hanya bergaji RM 45 sehari saja!

Kalau sebulan macam ofis saya kerja sekitar 22 hari selepas ditolak hujung minggu..

Maksudnya gaji dia sekitar RM 990 sebulan!

Itu belum tolak EPF, SOCSO semua lagi..

Pada peringkat awal, Pandalela tidak dapat sebarang tajaan. Maklumlah, siapa je yang kena Pandalela kan?

Tapi kini, bukan sahaja nama Pandalela disebut oleh satu dunia kerana memenangi pingat Gangsa dan Perak Olimpik, malah beliau kini berjaya meningkatkan taraf ekonomi keluarga..

Baru-baru ni saja Pandalela menghadiahkan ayah dia sebuah Proton Exora..

APA FAKTOR KEJAYAAN PANDALELA?

Beliau bermula lebih awal. Nak berjaya tahun ni? Anda kena bermula sekurang-kurangnya 3 tahun lepas. Nak berjaya 3 tahun akan datang lagi? Bermula lah sekarang.

Mempunyai jurulatih. Tanya je pada mana-mana atlit yang berjaya, ada jurulatih tak? Yang tak ada jurulatih tu biasanya atlit kampung. Sehebat-hebat terjunan Pandalela, beliau mempunyai jurulatih sendiri. Orang bisnes wajib ada jurulatih!

Berkorban sehingga dapat hasil. Satu keluarga Pandalela berkorban untuk memastikan Pandalela berjaya. Pengorbanan tersebut memakan masa dan wang ringgit tetapi akhirnya ia membuahkan hasil.

Fokus kepada satu jenis sukan. Walaupun beliau pandai berenang, tak pulak dia masuk sukan renang sekali. Beliau fokus untuk menjadi atlit terjun saja. Yang ni silap utama orang bisnes. Semua benda dia nak buat. Saya pun dulu macam tu. Sampai la saya fokus, baru lah menjadi.

Semoga kisah yang saya ceritakan ini memberi peringatan, inspirasi, dan motivasi buat kita semua!

Kredit: Ammar Zahar Page. Terima kasih kerana berkongsi.

Posted on 4 Comments

4 Tabiat Usahawan Berjaya

Sebagai manusia, kita pasti mempunyai tabiat dan kebiasaan dalam melakukan sesuatu perkara. Jika anda mahu berjaya, sudah pastilah anda perlu melihat kepada profil-profil individu yang sudah berjaya agar anda boleh mengecapi hasil yang sama.

usahawan berjaya

Ramai orang yang ingin berjaya di luar sana suka MENIRU cara jutawan yang sedia ada dan menambah ilmu daripada mereka. Memang benar, tetapi, dengan meniru sahaja tidak memadai. Anda seharusnya memiliki dan mempunyai tabiat-tabiat para jutawan ini agar anda akan menjadi lebih baik daripada mereka pada masa akan datang.

Jadi, di sini saya mahu kongsikan kepada anda 4 TABIAT Usahawan Berjaya yang boleh anda amalkan…

1. Kerja Keras.

Untuk berjaya dalam sesuatu perkara, kita perlu berusaha keras untuk mencapainya..

Apa yang kita tidak tahu adalah, kisah-kisah ‘disebalik tabir’ yang jutawan hadapi untuk jadi seperti diri mereka sekarang ini.

Mereka tidak takut untuk BEKERJA KERAS dan keluar daripada zon selesa. Mereka tidak risau untuk melakukan perkara yang belum pernah mereka lakukan sebelum ini. Jika gagal, itulah rasa yang mereka gelarkan sebagai resepi untuk mencapai kejayaan.
Anda tanyalah mana-mana jutawan pun, sebenarnya tiada rahsia pun untuk menjana pendapatan yang tinggi dalam TEMPOH yang singkat. Yang ada hanyalah kerja keras yang KONSISTEN, disiplin yang tinggi, kecekalan untuk sentiasa bertindak dalam apa-apa keadaan sekalipun, dan terus-menerus BERDOA kepada yang esa.

Tiada SHORTCUT yang ada untuk berjaya.

2. Matlamat Yang Jelas.

Pada peringkat permulaan, untuk dapatkan sesuatu perkara, kita perlu bekerja keras. Rahsia sebenar orang yang berjaya adalah mereka sanggup bekerja keras dan bersusah payah untuk capai impian mereka.

Kenapa?

.. kerana mereka tahu dengan kerja keras tersebut, mereka akan dapat hasil yang setimpal. Mereka ada MATLAMAT dan gol yang jelas. Ia boleh diibaratkan seperti pemain bola yang sanggup bersusah payah meredah sayap pertahanan pasukan lawan demi menjaringkan gol!

Untuk menetapkan matlamat yang jelas, anda perlu tetapkannya sejelas-jelas yang mungkin.

Ini antara contohnya…

Yang manakah anda rasa lebih bersemangat apabila membaca ayat-ayat dibawah :

“Apabila saya kaya, saya nak beli sebuah kereta yang mewah.” atau,“Apabila saya kaya, saya nak beli sebuah Lamborghini Aventador LP 750-4 Superveloce, warna merah.”
Yang mana satu pilihan anda yang anda rasa boleh memberi semangat kepada anda untuk bekerja keras?

Letakkan gambar matlamat anda di tempat yang anda SELALU lihat. Contohnya, dengan menggantungkannya di bilik tidur, menetapkannya sebagai wallpaper komputer anda, dan sebagainya.

Cara-cara ini boleh membuatkan anda semakin jelas dengan apa yang anda mahukan dan tidak fokus dengan matlamat yang kabur. Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekarang, JELASKAN apa matlamat anda, apa perkara apa yang anda mahukan dan bayangkan apa hasil selepas bekerja keras untuk matlamat anda.

3. Berani Untuk Gagal.

Rasa TAKUT untuk gagal biasanya akan membuatkan anda terlalu berhati-hati..

Jika anda terlalu berhati-hati dan takut untuk gagal, anda akan terlepas peluang yang ada mungkin sudah ada di hadapan mata anda. Semuanya disebabkan anda terlalu takut untuk melakukan sesuatu.

Mereka yang berjaya suka untuk mengambil cara dan jalan yang berbeza. Bagi mereka, daripada takut untuk gagal, lebih baik mereka gagal kerana mencuba. Dari kegagalan tersebut tu mereka akan dapat pengalaman yang berharga. Mereka tahu bahawa risiko dan kegagalan itu adalah lumrah bagi setiap keputusan yang dibuat.
Jadi, bukankah kita boleh belajar daripada setiap kesilapan yang kita lakukan?

Walaubagaimanapun, anda janganlah fikir yang anda akan terus gagal jika melakukan apa-apa keputusan di luar sana. Itu pemikiran yang kurang cerdik namanya.. tetapi, jika anda gagal, terima kegagalan tersebut sebagai satu titik permulaan baru untuk anda berusaha dengan cara yang lebih baik dan berbeza.

Ya, ianya mungkin agak memenat dan meletihkan, tetapi.. anda boleh menggunakan kegagalan itu sebagai penambahbaikan dalam hidup dan bisnes anda. Apabila anda sudah biasa dengan kegagalan, anda akan jadi semakin kuat dan tidak kisah dengan apa pun perkara yang berlaku. Asalkan anda boleh capai TARGET matlamat yang anda telah tetapkan.

4. Cari Mentor yang Berjaya.

Jika anda mahu belajar menjahit, anda tidak akan jadi pakar dalam kemahiran itu dalam sekelip mata. Jika nak belajar sendiri, anda perlu AMBIL MASA. Jadi, anda perlu cari MENTOR yang boleh mengajar anda. Itulah cara paling PANTAS jika anda nak belajar sesuatu yang baru.

Anda sudah dapat menjimatkan masa yang anda luangkan untuk belajar berseorangan. Contoh, jika anda ingin belajar menjahit sendiri, mungkin anda akan mengambil masa selama 3 tahun dan lebih. Tetapi, jika anda mempunyai mentor, anda mungkin akan menjadi pakar dalam menjahit lebih kurang dalam tempoh setahun sahaja.
INGAT! Perkara yang paling penting jika anda ada mentor adalah, mentor tersebut akan memberi anda jalan pintas untuk capai apa yang anda nak. Mentor pastinya akan tunjukkan cara yang beliau sudah gunakan dan pastinya sudah terbukti berkesan..

Beliau takkan biarkan anda melakukan kesilapan yang sama seperti yang beliau pernah lakukan dulu.

Apapun, yang paling penting adalah, anda kena terus-menerus POSITIF dengan diri anda dan syukuri segala apa yang berlaku dalam diri anda.Setiap apa yang berlaku itu ada SEBAB dan MANFAATNYA. Lihatlah setiap kesilapan itu sebagai GURU yang mengajar kita agar kita melakukan perkara yang sama.

Posted on 9 Comments

Analisis Praktikal dalam Validasi Produk

cara validasi produk

Bagaimana anda boleh mengetahui yang produk anda boleh dijual dipasaran?

Teknik analisis validasi produk ini adalah hasil daripada perkongsian di Facebook oleh seorang usahawan: Faiz Sufi.

Mari kita sama-sama membacanya..

Analisis Praktikal.
Hari ini, aku buat 100 unit nasi lemak.
Jualan ?
70 bungkus sahaja.

Untung ke rugi ??

Modal per unit : RM0.30
Kos 100 unit = RM30.00
Jualan 70 unit = RM70.00

RM70 – RM30 = RM40 untung.

Lebihan 30 bungkus dijadikan jamuan kecil surau berdekatan. :3

Rujuk gambar adalah nasik lemak
yang aku test selepas dia dah jadi sejuk.
Masa panas-panas, sedap mewangi jerrr. hoho.

=============================================

1 – Timeframe.
Start masuk keja pukul 4.30 petang, hingga 7.00 malam.
Peak hour, pukul 5.30 ~ 6.30, dimana orang terlekat
di jalan jem KL sudah tiba di kawasan ini.
Kita time jualan semasa itik pulang petang ke sarang.

Maka, kita test dan validate untuk esok pagi pula.
time waktu burung keluar dari sarang ( pergi kerja)

2- Validation.
Ramai orang jenguk-jenguk dari tingkap kereta.
Apokobondo eh budak ni jual ?
Tahu nasi lemak, tapi mereka tak berhenti.

Kena upgrade : Letak banner tulis NASI LEMAK RM1.
Baru la orang tak terjenguk-jenguk.

3- Proses Upgrade.
Jangan tunggu semua sempurna, baru kita nak start business.
Buat dulu, mana yang kurang.
Kita cukupkan along the way those business is running.

Contoh :
Lapik meja tiada. Esok kita cari.
Banner tiada ? Esok kita pi buat.
Duit kecil tak cukup ? Esok kita lengkapkan.

4- Feedback.
Jangan syok sendiri dengan produk kita.
Mesti ambik feedback dari customer untuk kita improve
produk kita. Sambal aku buat jenis PEDAS piauuu punya.

Tak semua orang makan pedas,
Budak-budak kecik tak buleh nak makan.

So, build a product that suite your customer.

Contoh : rujuk gambar.
Nasi Lemak ketika panas = bau-nya mewangi sedap jer.
Bila dah sejuk ? lain rasanya.

Ikan bilis selepas digoreng = rapuh jerrrr.
Lepas dah perap dalam bungkusan, dah sejuk = jadi liat sikit.

Kita jual kat pelanggan, semasa produk tu dah sejuk.
Lain rasanya. So, kita kena ubahsuai kasi jadi lagi
sedap time dah sejuk.

5- Market Behaviour

Siapakah pelanggan yang banyak beli dari kita ?

Setakat aku test petang tadi,
Nasi Lemak RM1 dibeli oleh golongan fakir papa kedana bandar.
Which is : student student. Haha.

Golongan gaji kelas bawahan yang banyak beli.
Dibuat berdasarkan pemerhatian kenderaan pembeli,
umur, pakaian mereka.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

6- TIPS Melariskan Jualan walaupun kita baru buka KEDAI !!

Ilmu ni aku belajar dari seorang businessman di Kedah.
Ribwan Don. Dia ajar aku, tips memilih kedai.

Dirakamkan di sini :
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=718443734840313

Kita niaga tepi jalan, kita mesti duduk secara berkelompok.
Clustering !

Kenapa ?
a> pelanggan tak suka nak berhenti kereta dua tiga tempat.,
di laluan yang sama.
b> apabila ramai peniaga berkelompok,
ia akan nampak meriah, dan menjadi magnet untuk orang datang.
c> kawasan yang ada pelbagai pilihan,
lebih disukai customer.

Ultimate tips, kalau kita baru niaga,
nak dapat customer dengan cepat, kita mesti duduk berkelompok.
Kita tumpang customer kedai yang dah lama bertapak di situ.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

7- Adab

Sebelum buka payung,
Kita minta izin dulu kat peniaga yang dah lama bertapak kat situ.
nak tumpang niaga sebelah.

Biasanya diaorang tak bagi. Kebanyakkan.
Takut persaingan. Walaupun hang jual produk berbeza.

Kalau hang rajin, educate la diaorang tentang
business secara berkelompok ( CLUSTERING )
Kalau malas nak gaduh, buka la jauh sikit dari dia.

8- Tapak.

Undang-undang tidak bertulis,
Kalau dah ada orang meniaga kat situ, maka tapak itu dia punya.
Walau takda nama dia register kat situ.

Kalau dia niaga malam,
minta izin nak guna tapak tu untuk niaga pagi.

9- Undang-undang.

Kebersihan:
Seboleh-bolehnya, follow udang-undang yang ada, seperti,
Jaga kebersihan kawasan,
Walaupun sampah itu dibuang oleh pemandu kereta
kat tempat hang – jangan merungut. Kutip dan buang jer.

Lalu Lintas:
Cari tapak yang apabila customer berhenti,
trafic masih lancar. parking yang luas.

Kalau ada kereta belakang kena brake / jalan jadi jammed
disebabkan ada satu kereta parking nak beli produk kita.
Siaplah kau untuk dapat complaint.

Saliran :
Kalau hang menega tepi jalan, atas tanah
Perhatikan tempat kereta customer selalu masuk.
Kalau dah mendap, biasanya air bertakung kat situ.
Letak la batu, atau tambak tanah semula.

Kawasan jadi Lecak = Kereta BMW tak boleh kena lecak-lecak ni bro !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

10- Lesson learn from the street.

Survival.
Meniaga di jalanan ini adalah untuk hang naikkan
semula semangat juang survival untuk hidup.
Do something.

Self Feeling – Ego, Anger, Superiority, Angkuh, Sombong.
Masa hang niaga tepi jalan ni, pemandu keta mewah akan
jeling jeling ku memandang, sama sama kita memandang, tengok hang jer.
Hang akan rasa ‘terhina’. But it is just your own feelings.
Suara kecik dari dalam yang negatif macam tu.

Hang akan rasa bersyukur, apabila tengok Pakcik India
yang bawa moto roda tiga – juai aiskrim, roti, jajan keliling taman tu.
How strong Pakcik India tu untuk meniaga macam tu,
tiap tiap hari.

Semua self feeling yang ada,
akan bercampur baur selama hang terpacak jadi tunggul di situ.

Kekitaan.
Yang banyak lemparkan senyuman ketika
hang jadi tunggul kayu dok tunggu pelanggan,
adalah dari golongan lower class.
> geng naik moto
> student unibesti
> budak sekolah
> Pakcik India moto roda tiga.
> kereta proton saga yang buruk buruk tu
> pekerja buruh

Hang akan rasa best dan gembira,
Macam mana bersyukurnya geng ni dapat beli
barang makanan pada harga murah.

11- TIME TRADING.
Adakah berbaloi dengan masa hang buat kerja ini?
Waktu Jualan : 4 jam
Bungkus-bungkus : 2jam
Masak : 1jam.

total work hour : 7jam.
salary : RM40 nett profit.

Berbaloi atau tidak ?
Berbaloi atau tidak , kita tak dapat tentukan lagi,
sebb ini adalah 1st day kita test market.

Kalau RM40 x 30 hari = RM1200 sebulan.
Level fakir miskin kedana di bandar besar.

Seronoknya meniaga ini adalah Exponential.
Hari ini RM40, maybe esok dapat RM60.
Lusa, sudah jadi RM75, tulat dah dapat RM100.

Ada increment setiap hari.
Time flexible ikut aturan kita.

Berbeza dengan makan gaji.
Pendapatan kita stagnant.
Time pula sudah tetap.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

12- Never Give Up, Never Surrender.

The biggest risk is not to take the risk at all – mark jukerberg.

Aku punya klaus dulu,
Tanam biji benih, 50-50 pokok akan tumbuh.
Tak tanam ? 100% confirm tak tumbuh langsung !

Yes, hari ini kita ada lebihan 30 bungkus TAK HABIH JUAL.
Tapi untung ke tidak ?

Yer. aku dah expect, 1st day ni tak habis jual punyerrr.
tapi aku buat jugak ! thats we call 50-50 risk.

yes, ada kemungkinan tak habis jual,
tapi kita tak rugi.
that how you play the game.

InsyaALLAH.
Kita USAHA, ada sumber rezeki ALLAH tetapkan untuk alamat kita.

Posted on 6 Comments

Rahsia Pelaburan Pasaran Saham

Berikut adalah catatan yang dapat saya buat ketika saya menghadiri satu preview mengenai pelaburan saham pada penghujung tahun lepas.

*sekadar mencatitkan nota di sini supaya tidak kehilangan di kemudian hari. Malah nota ini boleh dikongsi dengan yang lain untuk panduan bersama*

Secrets of Stock Trading

1. Learn how to lose money
2. Learn how to make money
Secrets to create money tree with equity investments

1. Great company @ great price
– Fundamental analysis
– Fundamentally strong has tendency price goes up
– Equal directions

2. Timing: capturing the middle trend
– technical analysis
– it is not to target the bottom, it’s about getting in the middle

3. Power of options
call – when price goes up
put – when price goes down

Stock rating system
8 – 10 = tendency to go up
1 – 6 = fundementally weak

money.msn.com <– find stock rating
i) company name
ii) ticker symbol

Posted on 9 Comments

5 Cara Berkesan Untuk Tarik Fans Kat Facebook Page Anda

FB Viralism

Kali ni saya nak kongsikan cara power dan efektif untuk tarik fans ke
page bisnes anda.

Ada pelbagai cara kalau nak tarik fans yang ramai untuk fanpage
bisnes anda. Tapi saya betul-betul nak anda follow je ape yang saya
bagitau ni.

#1 – Blog

Jika anda mempunyai blog, gunakan ia sebaik mungkin untuk mendapatkan
fans.

Caranya sama ada anda menulis satu post khas mengenai Facebook Page
anda, letak link FB Page di mana-mana bahagian blog, ataupun gunakan
‘widget’ yang disediakan oleh Facebook.

#2 – Youtube

Hasilkan video yang berinformasi, menghiburkan dan santai. Tempoh
video tidak perlu terlalu panjang. Sudah cukup sekitar 1 hingga 3
minit sahaja.

Pada bahagian ‘description’, letak link ke Facebook Page. Youtube
adalah enjin carian kedua yang digunakan oleh pengguna Internet untuk
mencari sesuatu maklumat.

Selalunya saya akan gunakan platform Screen-O-Matic untuk rakam video
informasi ni. Setelah rakam, integratedkan video anda tu ke akaun
Youtube anda.

#3 – FB Ads

Inilah kaedah yang terbaik, paling berkesan dan paling cepat
menghasilkan jumlah fans yang banyak. Ada pemilik Fan Page mendapat
ribuan fans dalam masa sehari dua sahaja.

Mengapa FB Ads memberikan hasil sebegini besar? Salah satu sebabnya
adalah, pengiklanan ini adalah lebih targeted dan berjuta-juta rakyat
Malaysia aktif menggunakan Facebook.

#4 – Advertorial atau Review

Keluarkan sedikit kos untuk bisnes kita diulas oleh mana-mana
blogger. Cari blog yang berkaitan dengan bisnes kita dan hubungi
pemilik blog itu.

Tanya mereka jumlah caj yang mereka kenakan untuk satu ulasan di blog
mereka. Ulasan itu sama ada mengenai produk, Fan Page ataupun bisnes
kita.

Anda juga boleh cuba mesej kepada pemilik-pemilik fanpage yang
mempunyai LIKE yang banyak dan tanyakan soalan tentang cas untuk
iklankan fanpage anda kepada Fans mereka..

#5 – Cara yang terakhir yang tak patut saya dedahkan…

Ini yang terakhir, saya tak mampu nak sembunyikan sesuatu yang
berharga dan diperlukan oleh usahawan online seperti anda.. Ini adalah
cara paling berkesan sekali setakat ini:

Klik sini: http://itsferd.com/fbviral

Semoga perkongsian ini menjadikan bisnes anda ke level yang
seterusnya.

Posted on 4 Comments

Langkah-langkah memulakan senarai subscriber

Berikut merupakan langkah bagi membina senarai emel list:-

1. Pilih sistem autoresponder yang baik 

Mungkin anda tertanya bolehkah anda membina senarai subscriber secara manual? Sudah tentu boleh… Sekiranya anda mempunyai jumlah subscriber yang sedikit. Namun sekiranya anda menyimpan impian jangka panjang sebagai seorang usahawan internet, lebih baik sekiranya anda memulakan senarai subscriber anda dengan menggunakan sistem autoresponder yang kukuh dan baik. Sesebuah sistem autoresponder akan membantu pengumpulan senarai subscriber secara otomatik dan sistematik, supaya anda boleh fokus terhadap bisnes internet dan bukannya menghabiskan masa mengemaskini senarai subscriber anda!

2. Sediakan siri emel yang berkaitan

Sebaiknya anda menyediaka beberapa siri emel untuk dimuatkan ke dalam sistem autoresponder itu tadi. Siri emel ini mestilah berkenaan dengan kempen subscriber yang anda buatkan sebelum ini. Sudah tentu anda boleh set tarikh untuk bilakah setiap satu emel ini dihantar kepada subscriber anda. Itulah dia, buat kerja sekali, dan nikmati interaksi yang berpanjangan dengan subscriber anda.

3. Bina borang opt-in yang menarik

Seterusnya adalah langkah untuk membina borang opt-in atau “squeeze page” yang menarik untuk memikat hati pengunjung dan memuatkan ke laman web anda. Anda boleh bina borang ini menggunakan kemudahan yang disediakan oleh sistem autoresponder anda. Setelah siap, anda cuma perlu salin kod borang tadi dan muatkan ke dalam laman web anda.

4. Berikan insentif bonus

Untuk lebih memikat hati pelawat untuk menyertai senarai subscriber anda, satu strategi yang terbukti berkesan adalah dengan memberikan insentif bonus. Contoh insentif bonus adalah seperti pemberian ebook percuma, kupon belian, dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan kempen autoresponder yang anda sudah tentukan dari awal.

5. Bina kepercayaan sebelum menjual

Pelanggan lazimnya lebih mudah membuat pembelian daripada orang yang mereka kenali atau percaya. Jadi untuk strategi bisnes melalui senarai subscriber ini, anda digalakkan untuk membina kepercayaan dengan subscriber tadi sebelum anda memberikan hint untuk menjual secara soft-selling ataupun hard-selling. Sebagai contoh, anda boleh jadualkan emel anda untuk dihantar kepada subscriber seperti jadual di bawah:

Emel berbentuk informasi 1 > informasi 2 > informasi 3 > emel jualan > informasi 4.

Dengan cara ini, subscriber anda akan lebih menghargai emel-emel daripada anda kerana anda banyak berkongsi informasi pelanggan berbanding menjual kepada mereka.

6. Galakkan komunikasi dua hala

Sebagai pemilik senarai subscriber, anda yang paling kerap menghantar emel kepada subscriber tersebut. Anda bolehlah menggalakkan komunikasi dua hala dan bukannya emel berbentuk perkongsian daripada anda semata-mata. Sebagai contoh, anda memberi pilihan kepada pelanggan membalas emel anda secara terus sekiranya mereka mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan lanjut.

Itulah dia, tip-tip ringkas untuk memulakan senarai subscriber untuk bisnes internet anda.

Semoga bermanfaat!

Posted on 4 Comments

Video Untuk Naikkan Motivasi

Kisah ini dipetik daripada IM antarabangsa, Anik Singal. Baca kisah ini selanjutnya..

Seseorang bertanya kepada saya: “Pernah tak anda berasa down atau kecewa?”

“Mestilah, kenapa tidak?”

Dia bertanya lagi: “Bukankan tuan seorang yang memberi semangat dan motivasi kepada orang lain? Macam mana tuan pula yang boleh merasa down?”

Saya menjawab, “Err.. Saya pun manusia biasa juga, tapi saya tahu bagaimana saya boleh mengatasi perasaan itu dengan cepat!”

Apa yang beliau lakukan ketika sedang down.. ialah menonton video di bawah ini.

Apa pendapat anda tentang video di atas? Mohon komen di ruangan di bawah 🙂

Ini pula video kegemaran saya yang saya baru tonton..

Kejayaan adalah terletak di tangan anda. Sama ada cepat atau tidak, usaha, dan tawakkal terletak pada anda.