Posted on

Apple Ipad 3 Memang Tak Best?

Seperti mana yang kita tahu, Apple baru sahaja mengumumkan Ipad baru yang ditunggu-tunggu oleh peminat tegar Apple. Rumours yang dicanang-canang sejak Januari lagi akhirnya terbongkar juga setelah pengumuman ini dibuat oleh Apple sendiri pada 7 Mac 2012.

ipad 3 ulasan
kredit Apple.com

Tapi, Betul ke Ipad 3 TAK BEST?

Jawapannya BETUL… Sekiranya Ipad ini LAMBAT dilancarkan di Malaysia.. hehehe! maaflah tajuk agak kontroversi.

Tapi kemungkinan besar Apple Ipad, ataupun dipanggil the new Ipad seperti di laman rasmi Apple dijangka berada di Malaysia dalam bulan April atau Mei 2012. Ini membuatkan peminat Apple Malaysia terpaksa mendapatkan stok dari luar negara sama ada membeli di Ebay ataupun kirim kepada kawan-kawan yang berkunjung ke USA.

Sekiranya peminat yang ingin mendapatkan Apple di Ebay, berhati-hatilah kerana banyak scammer yang akan ambil kesempatan mencuri duit pelanggan di Ebay. Pastikan anda kenal pasti penjual Ebay yang betul-betul asli dan boleh dipercayai. Lagi elok sekiranya seller tersebut mendapat Top Rated Seller.

Kalau anda nak tahu apa yang best tentang Ipad baru ni anda boleh lawati blog gajet seperti Amanz.my

p/s: Nampaknya kena kumpul duit ler nak beli Ipad baru dan iphone 5 yang bakal tiba nanti. Hohoh!