Posted on

Cara Mendaftar Perniagaan di SSM Secara Online

Tips kali ini yang ingin saya kongsikan adalah Pendaftaran Perniagaan Internet atau offline anda yang dapat dilakukan secara online. Pendaftaran ini amatlah mudah dan hanya perlu anda lakukan dengan komputer peribadi anda atau laptop anda! Tidak perlu lagi bersusah payah menunggu nombor giliran anda di panggil atau mengeluarkan sedikit belanja untuk mengupah agen lain.

Ini telah saya perakui benar kerana hari ini saya sendiri telah berjaya mendaftarkan nama perniagaan saya tiga hari lepas. Kini, perniagaan kedua saya telah saya daftarkan secara online sahaja. Amat mudah!

Segalanya bermula kerana semasa saya pulang bercuti tempohari saya tidak sempat untuk mendaftarkan perniagaan saya kerana kesuntukan masa. Lantas saya terus bertanya adakah mereka menerima pendaftaran secara online? Jawapan positif saya terima dan terus saya beredar dan mendapatkan kertas panduan yang ada.

Berikut saya kongsikan maklumat dari kertas panduan tersebut yang telah saya oleh sedikit isi kandungannya tanpa mengubah panduan penting :

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN E-LODGEMENT SSM PENDAFTARAN PERNIAGAAN :

1. Anda di kehendaki mempunyai alamat e-mel. Mudah bukan?

2. Anda di kehendaki mendaftar sebagai ahli di portal mygovernment : www.gov.my atau di http://www.malaysia.gov.my/EN/myPortal/Pages/myPortal.aspx

Terus terang saya nyatakan jika anda mendaftar di waktu hari bekerja amat mudah kerana dalam beberapa minit saja nama anda telah didaftarkan.

3. Seterusnya mendaftar sebagai ‘SSM Subscriber Registration’ sekiranya hendak mengerahkan borang pendaftaran: www.gov.my . Di sana anda akan di tunjukkan link ke website www.ssm.com.my untuk tujuan pendaftaran sebagai ‘SSM Subscriber’. Sila pilih icon e-lodgement atau klik di sini http://www.ssm.com.my/perkhidmatan_eLodgement.php

4. Bayaran boleh di buat secara kad kredit, debit langsung dan pre paid. Bagi bayaran secara debit langsung anda hendaklah mempunyai akaun di salah satu bank berikut : MAYBANK / BANK ISLAM / HONG LEONG / PUBLIC BANK DAN CIMB. Tiada bayaran tambahan bagi urusniaga yang dibuat.

Jika melibatkan bayaran secara prabayar (prepaid) sila daftar di Kaunter SSM Tingkat 2 atau Tingkat 13. (Langkah 1 dan 2 di atas mesti di patuhi terlebih dahulu)

Bayaran minima permulaan ialah RM 65.00 (untuk urusan yang berkaitan dengan pendaftaran perniagaan).

5. Sila ikuti arahan yang tertera di skrin mengikut transaksi yang di kehendaki bagi Pendaftaran Perniagaan secara online iaitu:

* Carian Nama (Borang PNA 42)
* Pendaftaran Baru (Borang A)
* Pendaftaran Perubahan (Borang B1, B2, B3 dan B4)
* Pembaharuan Perniagaan (Broang A1)
* Penamatan Perniagaan (Borang C)

Pastikan anda telah selesai mendaftar sebagai pelanggan SSM seperti langkah 3. Kemudian, barulah anda boleh teruskan dengan carian nama. Bagi Pendaftaran Perniagaan (ROB) seperti enterprise, anda boleh buat carian nama dahulu dengan klik pada page SSM E-Lodgment : “Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (ROB)”.

6. Ikuti arahannya yang mudah sahaja dan straight forward. Isikan borang tersebut dan berikan nama perniagaan anda mengikut peraturan nama perniagaan yang ditetapkan oleh SSM (ada dalam borang tersebut).

7. Seterusnya, pada bahagian “Jenis Perniagaan Yang Dijalankan” atau “Nature of Business”, isikan bentuk perniagaan yang dijalankan. Sekiranya anda menjual produk fizikal/digital, boleh tuliskan sebagai “Trading” (tak perlu tulis secara terperinci buat masa ini). Sekiranya bentuk perkhidmatan, boleh tuliskan jenis perkhidmatan yang dijalankan seperti “Membaiki kereta” dan sebagainya.

8. Setelah anda submit borang kelulusan nama perniagaan, tunggu email seterusnya daripada SSM, biasanya akan ambil masa kurang dari 12 jam.  Pastikan anda periksa SPAM folder anda (ini berlaku pada saya!).

9. Sekiranya diluluskan anda boleh teruskan dengan “Pendaftaran Perniagaan Dalam Talian (ROB) ” pada menu E-Lodgement tersebut. Dapatkan nombor rujukan kelulusan nama perniagaan (Approval Name No.) dalam email yang diterima untuk mendaftar perniagaan anda.

10. Pada bahagian “Jenis Perniagaan yang Dijalankan” Gunakan butang search untuk anda memilih jenis perniagaan anda. Sekiranya anda menjalankan perniagaan menjual produk digital (Internet Marketer), mungkin anda boleh buat carian keyword “Information”. Tak perlu terlalu spesifik dengan perniagaan yang anda lakukan.

11. Setelah selesai isi, buat bayaran dengan kredit kad ataupun bayaran secara pre-paid dan hantar borang tersebut.  Notis memaklumkan pendaftaran perniagaan akan dimaklumkan menerusi e-mel. Memang benar setelah urusan pencarian nama atau pendaftaran perniagaan selesai dalam tempoh tidak sampai 12 jam (sebab saya daftar diwaktu malam) keesokan harinya perncarian nama saya telah berjaya dan diluluskan. Seterusnya dalam tempoh 1 jam urusan Pendaftaran Perniagaan secara online saya telah selesai dan berjaya! Semuanya hanya berhubung melalui e-mel!

12. Seterusnya perkhidmatan bagi mendapatkan cetakan maklumat perniagaan boleh anda perolehi menerusi e-Info dengan melayari semula laman web www.ssm.com.my atau terus ke Kaunter No 3 dan 4 di Tingkat 13, Suruhanya Syarikat malaysia, The Mall. Ketika ini saya hanya perlu membuat cetak Pendaftaran Perniagaan saya di atas kertas A4. Kelak apabila saya kembali ke tanahair, insyaallah salinan asal akan saya perolehi dan bolehlah dipaparkan di dinding di depan komputer peribadi saya! Insyaallah.

(Terima kasih juga kepada wanitaniaga.com atas informasi ini )

Posted on

Bagaimana Nak Tahu Produk Scam?

Akhir-akhir ini, dah banyak saya perhatikan produk-produk digital yang dijual di internet. Tidak kiralah sama ada berbentuk ebook, video, perisian dan sebagainya. Ada yang nampak meyakinkan, tapi.. betulke produk ni betul-betul memberi kesan kepada penggunanya?

Di sini saya mencadangkan beberapa cara untuk anda mengetahui sama ada produk tersebut scam atau tidak. Antaranya:

Maklumat Tentang Produk Tersebut Tidak Jelas

Saya selalu perhatikan ada minisite yang menjual ebook informasi seperti “Buat duit dalam sejam sahaja” atau “RM 5000 duduk goyang kaki”. Namun, apa asas teknik yang digunakan? Affiliate ke? Tulis Ebook ke? MLM ke? PPL ke? Rahsia sangat ke sampai mereka tak beritahu apa asas yang digunakan? Pada pendapat saya, sekiranya produk tersebut terlalu berahsia, mungkin ebook tersebut mengandungi unsur scam atau penipuan. Jadi, berhati-hatilah sebelum anda membuat keputusan untuk membeli produk tersebut

Penulis/Penerbit Produk Tidak Mendedahkan Identiti Sebenar

Membina kredibiliti adalah penting dalam menjalankan apa-apa perniagaan, Justeru, adalah penting sekiranya penjual produk mendedahkan dirinya dikhalayak ramai. Namun, tidak semestinya beliau mesti memberi nombor telefon di dalam web jualan tersebut. Cukup sekadar memberi gambar penulis/penerbit dan sedikit biodata mengenai dirinya. Ini secara langsung akan memberi keyakinan kepada pelanggan untuk membeli produk tersebut. Namun, sekiranya identitinya dirahsiakan, mungkin penulis atau penerbit produk itu ada muslihat mereka sendiri supaya pelanggan tidak mencari mereka sekiranya berlaku apa-apa yang melibatkan produk yang dijual.

Produk Terlalu Hype

“Dengan menggunakan pil ini, anda dijamin akan turun 10kg dalam masa 3 hari.”

ataupun

“Anda akan dapat 5000 dalam masa 1 jam sahaja dengan produk ini!”

Nampak terlalu hype atau “janji-menggunung-tinggi” kan ayat-ayat sebegini? Sekiranya produk yang diberikan adalah too good to be true, adalah besar kemungkinan produk tersebut adalah scam. Hakikatnya, tiada yang terlalu mudah untuk kita mencapai sesuatu kejayaan di dalam sesuatu perkara. Yang penting, usaha yang berterusan dan bijak dalam mengambil langkah (work smart).

Sebenarnya, banyak lagi cara untuk kita mengenal pasti sama ada produk yang dipromosikan adalah scam atau tidak. Mungkin saya akan utarakan lagi teknik-teknik yang lain pada entry seterusnya. Akhir kata, selamat maju jaya!