Teknik Urus Masa bagi Usahawan Internet

Ramai yang menyangka sekiranya mereka adalah usahawan internet yang menjalankan model bisnes internet sebagai seorang affiliate, mereka tidak perlukan suatu rancangan kerja yang khusus. Mereka sangkakan oleh kerana mereka tidak perlukan produk sendiri, tidak perlukan kemahiran untuk pembungkusan dan penghantaran, tidak perlu berhadapan dengan majikan, maka mereka cuma perlu fokus untuk promosi sahaja. Biarpun sangkaan ini mungkin ada asasnya, ia tidak berapa tepat sekiranya mereka ingin memaksimakan kejayaan dalam bisnes affiliate mereka.

Antara perkara paling penting yang anda perlukan sebagai seorang usahawan affiliate adalah untuk mempunyai strategi pengurusan masa yang baik. Berikut disenaraikan beberapa tip pengurusan masa tersebut.

1) Punyai tabiat produktif

Sudah tentu perkara pertama dalam pengurusan masa adalah menyimpan tabiat yang produktif. Sebagai contoh, anda boleh menyediakan senarai aktiviti yang ingin dicapai dan kesemua aktiviti ini dipecah-pecahkan menjadi lebih kecil untuk dilakukan setiap hari. Hasilnya, anda mungkin mempunyai satu jadual yang produktif seperti ini:

  • Isnin: Tulis 3 artikel untuk dihantar ke laman direktori untuk pemasaran artikel
  • Selasa: Merekodkan 2 video promosi untuk pemasaran Youtube
  • Rabu: Menyiapkan 2 slide powerpoint untuk dihantar ke SlideShare
  • Khamis: Pemasaran FaceBook. Twitter dan forum
  • .. dan selanjutnya bagi aktiviti-aktiviti yang lain

Dengan menggunakan kaedah ini, anda dapat mencapai kesemua aktiviti yang telah anda senaraikan sebelum ini bagi tujuan promosi affiliate anda. Ini adalah contoh tabiat bisnes yang produktif.

2) Kawal perkara yang tidak berkaitan

Oleh kerana tiada sesiapa yang memantau kerja anda dalam mempromosikan bisnes affiliate, kawalan diri adalah amat penting. Anda perlu bijak mengawal diri daripada terjebak dengan perkara-perkara yang melalaikan seperti asyik melayari laman web yang tiada kaitan dengan bisnes affiliate dalam tempoh masa yang anda tetapkan untuk tabiat produktif itu tadi. Ataupun anda menerima jemputan rakan-rakan untuk keluar berjalan-jalan tanpa perancangan awal hinggakan kerja affiliate anda tertangguh.

Sebaik-baiknya anda ‘kurung’ diri anda untuk menyiapkan kerja-kerja yang anda ingin lakukan berkaitan bisnes affiliate anda sebelum anda melakukan kerja-kerja lain yang tidak berkaitan. Disiplin diri yang kukuh akan menentukan sama ada kerja-kerja affiliate anda tercapai atau tidak.

3) Mematuhi masa yang ditetapkan

Selanjutnya, anda perlu menetapkan dan mematuhi tempoh masa yang sesuai untuk menyiapkan sesuatu kerja affiliate. Sebagai contoh, anda merancang untuk menyiapkan 3 buah artikel pemasaran dalam tempoh 3 jam daripada pukul 2 petang sehingga 5 petang. Maka itulah yang akan anda usahakan untuk menyiapkan artikel-artikel tersebut dalam tempoh masa yang anda sendiri tetapkan.

4) Elakkan bertangguh

Anda juga perlu elakkan tabiat suka bertangguh, walaupun target yang anda ingin capai masih jauh. Sebagai contoh, anda bercadang untuk mendapatkan nama domain yang baru berserta hosting untuk laman web promosi produk affiliate yang baru anda sertai. Anda menyangka tempoh pertandingan affiliate masih lama, jadi anda menangguhkan niat untuk mendapatkan nama domain dan hosting tadi. Ini tidak seharusnya berlaku, kerana lagi cepat anda capai target tersebut, lagi awal anda boleh meraih pembelian daripada prospek pelanggan produk tersebut.

Sebagai contoh, bayangkan sekiranya anda bermula pada hari ke-10 setelah pelancaran sesuaut produk dengan pertanding affiliate, anda sebenarnya sudah kehilangan prospek selama 9 hari terawal kerana prospek-prospek ini mungkin telah membeli daripada usahawan-usahawan internet lain yang tidak bertangguh dan terus memulakan promosi affiliate mereka sejak hari pertama pelancaran produk affiliate itu tad. Sudah tentu anda tidak ingin kerugian, bukan?

5) Berehat dengan secukupnya

Perkara terakhir yang anda perlu ingat dalam mengurus masa sebagai seorang usahawan affiliate adalah untuk mempunyai rehat yang secukupnya. Anda tidak boleh berkerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Anda pasti akan kepenatan. Sebaliknya, dengan rehat yang secukupnya selepas beberapa jam berkerja, anda akan kembali bertenaga keesokan harinya kerana minda dan badan anda sudah berehat secukupnya. Anda pasti teruja dengan kehebatan rehat yang secukupnya dan keupayaan rehat menjadikan anda kembali bertenaga untuk meneruskan bisness affiliate anda di hari berikutnya.

Itulah dia beberapa tips ringkas untuk membantu pengurusan masa dalam bisnes affiliate anda. Selamat mencuba

Pengurusan Masa Usahawan Internet

Leave a comment

Your email address will not be published.