Posted on

Jualan Terawal Saya di Ebay!

Ini adalah antara jualan pertama saya di Ebay. Barang ni pun saya dapat daripada cenderahati yang diberikan oleh vendor opis saya suatu masa dahulu.

Oklah kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang dah menjana ribuan ringgit di Ebay. Inipun saya lakukan semata-mata untuk mengumpul Feedback sebelum saya melangkah lebih serius lagi dalam listing barang.

Ini merupakan salah satu tips yang saya ikuti daripada DVD Diari Usahawan Ebay Berhingus Oleh Sifu Mansurbiz (terima kasih sifu!)

Antara tip-tip menjual di Ebay:

1) Kumpul positif feedback sebanyak mungkin

2) Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan dropship, nasihat saya gunakan dropship tempatan supaya senang anda berurusan.

3) Buat kajian pasaran terlebih dahulu sebelum anda listkan barang. Gunakan Terapeak ataupun WatchItem untuk mendapatkan trend pasaran terkini.

Untuk mendapatkannya, boleh dapatkannya di link ini. Bonus menarik menanti anda!

Posted on

Skim Cepat Kaya: Simbol Ketamakan Manusia

Entri ini mungkin agak berbeza sedikit dari entri-entri sebelum ini. Tapi saya ingin menulis mengenai isu ini yang saya rasa sehingga kini masih lagi berleluasa dikalangan masyarakat kita hari ini.

Sehingga hari ini, kita masih lagi mendengar isu ini. Tak habis-habis dengan skim cepat kaya! Menurut para ulama dan pakar agama, Islam yang telah menggariskan bahawa sebarang pendapatan atau keuntungan yang berpunca daripada sumber yang haram ataupun gharar (was-was) adalah hukumnya haram, dan sekiranya perkara yang ingin dilakukan itu memberi risiko yang buruk, maka hukumnya akan jatuh haram juga.

Dalam konteks ini, memang jelaslah bahawa skim cepat kaya yang diwar-warkan oleh orang kita dewasa ini lebih membawa kepada unsur haram dan menzalimi diri sendiri yang ternyata ditegah oleh Allah S.W.T. Hukum ini tidak kira sama ada individu yang menubuhkannya mahupun individu yang menyertai skim ini.

Falsafah “Melayu tolong Melayu” ataupun seumpama dengannya jelas mengajak orang lain supaya menyertai skim tersebut, supaya penganjur akan cepat mendapat keuntungan hasil daripada penyertaan skim tersebut oleh orang ramai.

Jelaslah, skim cepat kaya ini bukan sahaja melanggar undang-undang negara, malah amat dilarang dalam Syariah Agama.

Ciri-ciri Skim Cepat Kaya:

1) Perniagaan lebih pada mencari prospek baru dalam menaja atau merekrut ahli baru, berbanding daripada penggunaan ataupun pembelian produk.

2) Menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat berdasarkan bilangan ahli yang ditaja.

3) Diajak mendengar ceramah ataupun taklimat di hotel atau tempat yang mewah, mengenai sesuatu perniagaan yang tidak difokuskan kepada kualiti atau cara pemasaran produk.

4) Produk atau perkhidmatan yang dijual oleh syarikat terbabit tidak setimpal dengan nilai sebenar. Contohnya produk kopi dijual dengan harga RM 230 sekotak sedangkan anda boleh dapatkannya kurang daripada RM 10.

Ingat, jangan biarkan diri anda ditipu lagi!

Posted on

Generate Your Wealth via Financial Planning

More tips from me to generate your household income:

Make a shopping list

– Have a shopping list when you shop to make sure you only buy the things that you need. Watch out for impulse shopping as this can affect your budget and cause your savings to leak. Adopt a “cooling-off period” when you consider buying expensive items. You may find that you do not need the item after thinking through.

Pay your bills on time

– Practice the good habit of paying your bills on time or as soon as you get them. This is to avoid any oversight, penalty charges and the possibility of using the money set aside for the bill payments for other purposes.

Stay focus on your savings plan

– Work out the amount of money that you would like to save each month and keep to the plan. Sign up for an automatic debit arrangement with your bank to deduct your salary into your savings account. Start to save early to benefit from the effect of compound interest where you will get interest on your original savings and the interest earned.

Spend less than you earn

– To grow your wealth and achieve your financial goals, you need to spend less than you earn. This is true even if you have earned a lot. Regularly, check your spending and assess if you spend on things which you can do without. A “Dollar” saved is a “Dollar” earned.

Household planning is a family affair

– Involve your family in drawing up the household budget together. This will make it easier to keep to the household budget since the entire family has agreed and accepted it. Besides, your children will also learn the benefits and value of having a household budget and the difference between needs and wants.

Achieve your goals with financial planning

– If you want to achieve your financial dreams, you should put them down in writing together with your plans on how you intend to achieve them. Besides giving you a clearer idea of what you want, a written plan will allow you to track your progress and take any corrective steps needed for you to reach your goals.

Posted on

Teknik Topi Kelabu (Greyhat) Dapatkan Backlink Percuma

Teknik sorok url anda untuk backlink!

Pada post kali ini, saya nak kongsikan sedikit teknik hitam kelabu bagaimana caranya mendapatkan backlink dengan membuat post samada di forum, comment wordpress, comment blogger mahupun comment di flickr!

Dalam erti kata lain, spam menyerang forum atau comment blog dan mendapatkan balik backlink kepada site anda dengan menggunakan icon “smiley” sebagai anchor text. Hidden link anda tidak akan di”notice” oleh orang lain tetapi ia akan banyak membantu sebagai salah satu cara dalam proses mengoptimasi enjin carian (SEO).

Pada zahirnya apa yang kamu dapat lihat pada icon smiley di bawah? hanya icon sahaja kan?

🙂

cuba mouse over pada icon tersebut dan click pada icon tersebut, nyatanya ia akan membawa kita kepada link url lain kan? menarik bukan teknik ni? anda boleh selitkan url anda di dalam post di forum forum yang anda sertai. anda juga boleh post di comment wordpress atau blogger.

Bayangkan apa yang anda boleh lakukan lagi dengan potensi yang didedahkan ni… hehehe… bagi mereka yang buat cookie stuffer, mungkin terpikir akan potensi teknik ini lagi kan?

Ok di bawah ni contoh code kalau kita nak letak di forum:

[URL=http://info.jemput.com] : ) [/url]

manakala di bawah ni pula code untuk comment di wordpress

🙂

dan juga di ruangan comment flickr (cuma gantikan dengan image icon smiley yang telah dihostkan ditempat lain)

”"

Senang bukan? bak kata nickflame, “to whitehaters, Why so serious about spam? Blackhatters are always a step ahead of you…