Posted on

? 5 TIPS FB ADS UNTUK DAPATKAN KOS YANG RENDAH

Penting.. Baca Ini!
1. Letak Budget RM10 Sehari
.
Kenapa? Sebab kalau letak daily budget tinggi-tinggi, selalunya FB akan makan duit anda dengan sesuka hati. Ikut bajet yg ada. Minimum budget iklan RM3 je sehari pon boleh. Kalau kita pandai setting iklan, dengan RM3 tu pon dah membantu sangat dengan menarik 800 target prospek nampak iklan kita. Wow!
.
2. Guna Video Views Campaign Objektif
.
FB memang menggalakkan menggunakan video kerana pengguna FB lebih gemar untuk tengok video berbanding membaca. Kos untuk video views memang amat rendah biasanya bawah 10 sen per video views. Jika video anda relevan kepada audience, kos boleh dapat hanya 1 sen per video views.
.
3. Pilih ‘ People Who Live In This Location’
.
Pernah tak anda rasa kenapa banyak like tapi tak ramai yang membeli ? Jadi, inilahh sebabnya ! Pilihan di atas adalah lebih spesifik dan baik jika dibandingkan dgn ‘Everyone in this location’ yang target sesiapa saja yang berada di lokasi tu, termasuklah geng ‘orang luar’ spt mat2 indon. hehe
.
4. Pilih ‘Mobile Newsfeed’
.
Daripada pemerhatian saya, jika anda pilih ‘Dekstop Right Column’, bilangan orang yang menggunakannya sangat rendah. Dan ternyata ramai yang gemar membeli menggunakan fon. Jadi, target terus iklan di ‘Android Smartphone’ dan membuatkan iklan anda menjadi murah. Tak percaya? BUAT dulu baru dapat hasilnya !
.
5. Reply PM Yang Anda Dapat Dalam Masa 24 Jam
.
Apabila anda reply dengan cepat, prospek akan menjadi lebih mudah percaya kepada anda. FB juga melihat kadar respon anda di page. Jika anda respon dengan cepat, FB akan beri kos iklan yang lebih rendah kepada anda.
.
Petua-petua ini merupakan antara ratusan tips & teknik yang akan dipelajari dalam Like Method. Boleh lihat dalam page Like Method untuk belajar lebih lagi.

 

Sumber: FB Page FB Like Method

#SharingIsCaring
#LikeMethod
#BelajarMarketingFB

Posted on

Berapa Banyak Jualan Ebook dalam Sebulan?

Soalan dari pembaca:

Salam,

Saya sudah baca agak banyak email tuan. Sekarang saya ada satu soalan
yang pohon tuan tolong jawabkan.

Soalannya ialah sepanjang yang tuan tahu, berapakah purata pendapatan
yang dapat dijana oleh seseorang penulis ebook bahasa Melayu bagi
setiap ebook yang dihasilkan (saya perlukan angka sebenar, bukan angka
yang dibuat-buat untuk melariskan jualan sesuatu produk).

Terima kasih.

Jawapan dari saya:

Salam Saudara X,

Jualan ebook sebenarnya sama seperti kita menjual produk-produk yang
lain. Ia bergantung sejauh mana promosi kita kepada prospek.

Jualan terbanyak yang saya pernah dengar setakat ini ialah Ebook
Rahsia Bisnes Kerajaan iaitu lebih kurang RM 180 ribu. sebanyak 900
ebook terjual dan harga satu ebook tersebut antara RM 150-200.

Ebook lain yang banyak terjual:
Tips PTD oleh Muaz Hadi – RM 120ribu
Teknik FBO oleh Jamal dan Ali Hanafiah – ~150ribu

Namun, tak semua orang boleh dapat income seperti itu dengan menjual
ebook. Proses yang utama ialah membina jenama terlebih dahulu
dan selalunya pelanggan kita akan membeli penulis ebook yang dah ada nama.

Pada pengalaman saya niche buat duit dan pemasaran internet mempunyai
jualan ebook yang banyak peringkat awal, namun bila dah lama jualan
akan menurun kerana trend dia sudah berkurangan. Kalau niche yang
evergreen seperti kerjaya, kesihatan dan perhubungan (contohnya cinta)
akan mendapat jualan konsisten kerana produk ini sentiasa ada
permintaan. Kebiasaannya kalau ebook tersebut mempunyai permintaan dan
lakukan promosi yang berterusan, boleh dapat jualan dalam 5-10 ebook
dalam sehari.

Oh.. satu lagi, jualan yang beribu-ribu tu biasanya bukan terhasil
daripada jualan dari penulis ebook tu, biasanya dibantu oleh ajen-ajen
affiliate yang turut mempromosikan produk tersebut. Oleh tu, jika
ebook terjual, biasanya 50% komisyen akan diberi pada ajen dan
selebihnya kepada penjual ebook tersebut.

Itu sahaja dari saya, terima kasih.

Sekiranya anda ingin mengetahui teknik sebenar menghasilkan ebook yang mudah dan menguntungkan, apa kata anda lihat dahulu produk ini