Bagaimana Nak Tahu Produk Scam?

Akhir-akhir ini, dah banyak saya perhatikan produk-produk digital yang dijual di internet. Tidak kiralah sama ada berbentuk ebook, video, perisian dan sebagainya. Ada yang nampak meyakinkan, tapi.. betulke produk ni betul-betul memberi kesan kepada penggunanya?

Di sini saya mencadangkan beberapa cara untuk anda mengetahui sama ada produk tersebut scam atau tidak. Antaranya:

Maklumat Tentang Produk Tersebut Tidak Jelas

Saya selalu perhatikan ada minisite yang menjual ebook informasi seperti “Buat duit dalam sejam sahaja” atau “RM 5000 duduk goyang kaki”. Namun, apa asas teknik yang digunakan? Affiliate ke? Tulis Ebook ke? MLM ke? PPL ke? Rahsia sangat ke sampai mereka tak beritahu apa asas yang digunakan? Pada pendapat saya, sekiranya produk tersebut terlalu berahsia, mungkin ebook tersebut mengandungi unsur scam atau penipuan. Jadi, berhati-hatilah sebelum anda membuat keputusan untuk membeli produk tersebut

Penulis/Penerbit Produk Tidak Mendedahkan Identiti Sebenar

Membina kredibiliti adalah penting dalam menjalankan apa-apa perniagaan, Justeru, adalah penting sekiranya penjual produk mendedahkan dirinya dikhalayak ramai. Namun, tidak semestinya beliau mesti memberi nombor telefon di dalam web jualan tersebut. Cukup sekadar memberi gambar penulis/penerbit dan sedikit biodata mengenai dirinya. Ini secara langsung akan memberi keyakinan kepada pelanggan untuk membeli produk tersebut. Namun, sekiranya identitinya dirahsiakan, mungkin penulis atau penerbit produk itu ada muslihat mereka sendiri supaya pelanggan tidak mencari mereka sekiranya berlaku apa-apa yang melibatkan produk yang dijual.

Produk Terlalu Hype

“Dengan menggunakan pil ini, anda dijamin akan turun 10kg dalam masa 3 hari.”

ataupun

“Anda akan dapat 5000 dalam masa 1 jam sahaja dengan produk ini!”

Nampak terlalu hype atau “janji-menggunung-tinggi” kan ayat-ayat sebegini? Sekiranya produk yang diberikan adalah too good to be true, adalah besar kemungkinan produk tersebut adalah scam. Hakikatnya, tiada yang terlalu mudah untuk kita mencapai sesuatu kejayaan di dalam sesuatu perkara. Yang penting, usaha yang berterusan dan bijak dalam mengambil langkah (work smart).

Sebenarnya, banyak lagi cara untuk kita mengenal pasti sama ada produk yang dipromosikan adalah scam atau tidak. Mungkin saya akan utarakan lagi teknik-teknik yang lain pada entry seterusnya. Akhir kata, selamat maju jaya!

4 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *