Tips Percuma untuk Pengguna Jalan Raya

Salam Sejahtera,

Lawak tak gambar atas tu? Gambar tu? Saya dapat dari email dari rakan bisnes saya, dan memberikan gambar dan tips ketika menghadapi kemalangan. Tips ini sebenarnya dipetik dari http://afyan.com, laman mengenai tip-tip yang berguna mengenai takaful dan insurans. Dari pemerhatian saya, penulis web ini merupakan seorang yang mahir dalam hal tuntutan insurans dan takaful selama bertahun-tahun. Oleh itu, sesiapa yang nak cari duit lebih dalam bidang takaful ni boleh la hubungi dia yer! Ayuh, mari kita baca tip-tip ini..

TIP PERCUMA: Ketika Membuat Laporan Polis

21 May 2009 No Comment
Ini adalah tips-tip tambahan ketika membuat laporan polis selepas terlibat di dalam kemalangan. Seeloknya, ia dibaca bersama 3 tulisan saya sebelum ini yang bertajuk: Tip Jika Terlibat Kemalangan dan Membuat Tuntutan Takaful / Insurans:
1. Bahagian 1: http://afyan. com/ver1/ ?p=858
2. Bahagian 2: http://afyan. com/ver1/ ?p=869
3. Bahagian 3: http://afyan. com/ver1/ ?p=890
Jika kemalangan tanpa melibatkan pihak lain.
  1. Jika kemalangan melibat diri sendiri sahaja, elakkan mengaku punca kemalangan adalah daripada diri sendiri, seperti mengantuk, menggunakan telefon dan sebagainya.
  2. Apa pun ia atas budi bicara polis untuk menentukannya.
  3. Maka, buatlah sebaik mungkin, berbudi bahasa, bersopan santun, beperkerti mulia untuk mengambil hati polis.
  4. Sekiranya pegawai yang bertugas menganggap kemalangan tersebut disebabkan kecuaian diri sendiri, saman polis akan dikeluarkan sebanyak RM 300.
  5. Awas, jangan rasuah, mereka anti-rasuah! :)
Jika kemalangan melibatkan dua atau lebih pihak
  1. Jika dua kenderaan, selalunya pegawai polis akan memutuskan bahawa kenderaan di hadapan sebagai “yang dilanggar” dan kenderaan di belakang sebagai “yang melanggar”, kecuali dibuktikan sebaliknya
  2. Maka, dalam keadaan ini maka kenderaan di belakang akan disaman kerana “bersalah” melanggar kenderaan hadapan.
  3. Selain itu, apabila kemalangan melibatkan kenderaan yang berbeza saiz; contohnya kereta dengan lori, motor dengan kereta, maka yang “bersalah” adalah kenderaan yang lebih besar, kecuali dibuktikan sebaliknya.
  4. Situasi lain; jika ia melibatkan kenderaan dengan pejalan kaki, pemilik kenderaan akan didapati “bersalah”, kecuali dibuktikan sebaliknya.
  5. Maka, “pihak yang bersalah” akan dikenakan saman sebanyak RM 300, dan sekiranya gagal, nama anada akan disenaraihitamkan.
  6. Akhir sekali, jangan sekali-kali mengingkari untuk menerima saman polis, kerana ia akan menyebabkan disaman dua kali atas dua kesalahan. Maknanya RM 300 x 2 = RM 600!
Kisah Benar 1:
Ibu saya mengalami kemalangan, dan membuat laporan polis. Ketika laporan polis dibuat ibu saya mengatakan bahawa ia berpunca daripada mengantuk. Namun pegawai yang menerima laporan tersebut mengesyorkan agar tidak dinyatakan perihal mengantuk. Maka dengan bantuan polis yang baik hati tersebut, maka laporan polis tersebut tertulislah kemalangan kerana “kambing melintas jalan”. Maka terselamatlah ibu saya daripada disaman.
(Nota; Tuntutan insurans tidak boleh dibuat ke atas kambing ataupun pemilik kambing)
Kisah Benar 2:
Seorang pemilik kenderaan mengalama kemalangan. Kemudian apabila dilaporka kepada polis lalu mengatakan bahawa dia mengantuk ketika memandu. Lantas, tanpa banyak soal polis tersebut mengeluarkan saman maksimum. Disebabkan perkara tersebut, dia tidak layak membuat tuntutan daripada pihak insurans.
Nasibnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kemalangan, kemudian disaman pula. Selepas ditimpa tangga, terkena pula tahi ayam. Selepas dikenakan saman, dia tidak layak pula membuat tuntutan insurans dan terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki kenderaan yang kemalangan.
(Nota; Sebarang pengakuan kesilapan diri sendiri atas sesuatu kemalangan, akan membawa implikasi saman)
Kisah Benar 3
Seorang pelanggan saya mengalami kemalangan. Di membawa kereta dan terlanggar sebuah motosikal atas kecuaian penuggang motosikal membuat pusingan U-Turn. Kedua-duannya membuat laporan polis, dan penuggang motosikal mengaku bersalah. Maka, polis mengeluarkan saman terhadap penunggang motorsikal.
(Nota; Sebenarnya dalam situasi di atas, sekiranya pemilik motosikal tidak mengaku bersalah, maka pemilik kereta mesti membuktikannya. Tapi selalunya amat sukar untuk membuktikan keadaan itu)
Kisah Benar 4
Seorang peguam mengalami kemalangan jalan raya tetapi di tidak mengaku bersalah. Polis mengeluarkan saman, dan dia enggan menerimanya atas alasan dia tidak bersalah. Beberapa bulan selepas itu, apabila dia memperbaharuinya cukai kenderaannya dengan saya, didapati namanya disenaraihitamkan oleh polis. Rupa-rupanya dia dikenakan saman sebanyak RM 600 atas dua saman. Saman pertama kerana menjadi punca kemalangan. Saman kedua kerana tidak mahu menerima saman pertama.
(Nota; Ini kira tak makan saman la…)

1 comment

  1. Pingback: saman polis

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *