Saya Mahu Hadiah PTS dan Buku Percuma!

Ahaa.. Saya ada satu berita best untuk penggemar-penggemar buku semua, tak kire la sama ada ulat buku-buku ilmiah ataupun pembaca novel. Sedang saya jalan-jalan dalam internet ni saya jumpa satu peraduan menarik.


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

Pernah dengar nama PTS? PTS merupakan syarikat penerbitan yang banyak mengeluarkan buku-buku dan novel-novel yang bermanfaat untuk tatapan rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura. PTS juga banyak menerbitkan buku-buku yang bercorak kanak-kanak, remaja, novel dewasa, bisnes & pengurusan, pendidikan, agama dan sebagainya. Tak hairanlah PTS sebuah syarikat yang namanya semakin hari semakin dikenali.

Sempena kempen Membaca Musim Cuti Sekolah bermula dari 21 Nov 2009 sehingga 3 Januari 2010, PTS kini sedang mengadakan peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang. Dengan berbelanja sebanyak RM 25 dengan membeli buku-buku PTS dalam satu resit, korang dapat melayakkan diri dalam peraduan ini. Antara hadiah-hadiah yang menarik adalah seperti TV LG Plasma 42″, Kamera Video Sony, Acer Aspire Timeline, Ipod Touch dan banyak lagi.. menarik kan?

Untuk mengetahui syarat-syaratnya anda boleh lawat laman webnya di sini

Tapi ni ada 1 peluang best untuk para blogger ataupun pemilik website. Jika anda mempunyai blog atau website, PTS akan memberikan kepada anda satu buku percuma terbitan PTS dengan syarat anda meletakkan code banner pada blog atau website anda. Buku percuma tersebut pula tidak melebihi RM25. Sambil promote peraduan diorang, buku percuma pun boleh dapat, sape taknak buku percuma kan?

So apa yang perlu anda buat cuma letakkan banner pada mana-mana bahagian di blog anda sehingga 3 Januari sahaja dan pihak PTS akan menghantar buku percuma yang anda pilih pada awal Januari nanti. Nak tahu lebih lanjut, sila tengok kat sini. Jangan berlengah lagi, tawaran untuk buku percuma ini akan tamat pada 1 Disember 2009. Lepas ni dah tak dapat dah buklu percuma tu… ternganga lah korang.. hehehehe..

Okeh, akhir kata – MEMBACA MENAMBAH PENGETAHUAN!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *