Mitos Jual Ebook (Yang Tak Ramai Tahu)

Antara cara paling mudah untuk jana pendapatan di internet adalah melalui jualan ebook. Namun, tidak semua orang mengambil keputusan untuk jana pendapatan melalui ebook kerana minda mereka telah di sekat oleh sesuatu yang tidak perlu.

Berikut adalah antara mitos yang menghalang anda dari memulakan perniagaan ebook.

Anda perlukan idea yang unik dan hebat.

Kebanyakan Internet Marketer menjana pendapatan melalui jualan ebook adalah dengan menjual maklumat yang betul pada orang yang betul.
Jika anda perhatikan kebanyakan isi di dalam ebook boleh di dapati secara percuma di internet.
Namun, ebook mereka tetap terjual kerana mereka menjual pada orang-orang yang terdesak untuk memperoleh maklumat di dalam ebook tersebut.Anda tidak perlu ada idea yang power atau hebat untuk menulis ebook.
Apa yang anda perlukan hanyalah mencari sekelompok orang yang dahagakan sesuatu maklumat dan jual ebook berdasarkan maklumat tersebut.

Anda perlu menjadi pakar.
Anda tidak perlu menjadi pakar untuk menulissesuatu ebook. Apa yang anda perlukan hanyalahkebolehan untuk menyampaikan sesuatu. Kualitiebook bergantung kepada sejauh mana kemampuananda untuk menyampaikan sesuatu kepada pembacaebook.
Oleh itu, jika anda faham mengenai sesuatu,anda boleh menjual maklumat tersebut. Anda baca3 jenis buku dan anda faham apa yang diperkatakan di dalam buku tersebut, kemudiananda olah mengikut kefahaman anda sendiri dalambentuk ebook dan jual ia kepada orang ramai diinternet. Senang kan?

Masa untuk menghasilkan ebook adalah lama.
Inilah mitos yang selalunya mengganggu andauntuk menjadikan diri anda sebagai penulisebook. Tidak susah untuk menulis ebook. Andacari masalah, selesaikan masalah tersebut,kemudian anda jual penyelesaian tersebut kepadaumum. Proses penulisan ebook adalah sangatmudah dan tak perlu ambil masa yang lama.

Anda perlu ada minat yang mendalam di dalam sesuatu tajuk untuk memulakan penulisan ebook.

Minat tidak datang dengan sendiri. Minat datang apabila anda mula melakukan penulisan ebook. Ketika anda mula menulis, anda akan melakukan kajian. Di sinilah, minat anda akan datang kerana anda telah faham mengenai tajuk tersebut.  Minat yang di maksudkan adalah apabila anda menulis, anda perlu serapkan minat di dalam penulisan supaya hasilnya adalah memberangsangkan untuk di baca.

Anda memerlukan testimoni sebelum memulakan perniagaan ebook.

Kadangkala ada di kalangan anda tidak berani untuk menjual ebook kerana tidak tahu bagaimana hendak memperoleh testimoni. Senang sahaja, anda tulis ebook anda dan beri ia kepada beberapa orang yang berkenaan untuk anda memperoleh testimoni. Jangan rungsingkan diri anda. Anda boleh mulakan perniagaan ebook tanpa testimoni asalkan jaminan anda mencukupi.

Testimoni adalah jaminan. Anda juga boleh meminta feedback dari pembeli untuk di jadikan testimoni.

Niche tertentu telah tepu.

Di dalam perniagaan, tiada istilah tepu. Tepu hanya wujud apabila wang adalah terhad, namun, wang di dunia adalah tidak terhad. DI dalam industri informasi, semua jenis ebook boleh di jual walaupun di dalam niche tersebut hampir semua perkara telah di terokai.

Ada sahaja jalan untuk menjadikan ebook anda lebih baik dari ebook orang lain. Contohnya, wujudkan take action di dalam ebook, peta minda, teknik baru, kajian terbaru, harga murah, lebih ringkas dan mudah di fahami dan lain-lain teknik lagi.

Kesimpulannya, bukan senang hendak senang. Namun, jual ebook adalah antara kaedah yang senang untuk anda jana wang di internet. Tiada apa yang dapat menghalang anda untuk menjana wang di internet melainkan minda anda sendiri. Buang segala prasangka di dalam minda anda dan mulakan perniagaan ebook anda sekarang tanpa ragu-ragu lagi.

2 comments

  1. Sepanjang yang tuan tahu, berapakah purata pendapatan yang dapat dijana oleh seseorang penulis ebook bahasa Melayu bagi setiap ebook yang dihasilkan (saya perlukan angka sebenar, bukan angka yang dibuat-buat untuk melariskan jualan sesuatu produk)?

Leave a Reply to buy essays Cancel reply

Your email address will not be published.