Berapa Banyak Jualan Ebook dalam Sebulan?

Soalan dari pembaca:

Salam,

Saya sudah baca agak banyak email tuan. Sekarang saya ada satu soalan
yang pohon tuan tolong jawabkan.

Soalannya ialah sepanjang yang tuan tahu, berapakah purata pendapatan
yang dapat dijana oleh seseorang penulis ebook bahasa Melayu bagi
setiap ebook yang dihasilkan (saya perlukan angka sebenar, bukan angka
yang dibuat-buat untuk melariskan jualan sesuatu produk).

Terima kasih.

Jawapan dari saya:

Salam Saudara X,

Jualan ebook sebenarnya sama seperti kita menjual produk-produk yang
lain. Ia bergantung sejauh mana promosi kita kepada prospek.

Jualan terbanyak yang saya pernah dengar setakat ini ialah Ebook
Rahsia Bisnes Kerajaan iaitu lebih kurang RM 180 ribu. sebanyak 900
ebook terjual dan harga satu ebook tersebut antara RM 150-200.

Ebook lain yang banyak terjual:
Tips PTD oleh Muaz Hadi – RM 120ribu
Teknik FBO oleh Jamal dan Ali Hanafiah – ~150ribu

Namun, tak semua orang boleh dapat income seperti itu dengan menjual
ebook. Proses yang utama ialah membina jenama terlebih dahulu
dan selalunya pelanggan kita akan membeli penulis ebook yang dah ada nama.

Pada pengalaman saya niche buat duit dan pemasaran internet mempunyai
jualan ebook yang banyak peringkat awal, namun bila dah lama jualan
akan menurun kerana trend dia sudah berkurangan. Kalau niche yang
evergreen seperti kerjaya, kesihatan dan perhubungan (contohnya cinta)
akan mendapat jualan konsisten kerana produk ini sentiasa ada
permintaan. Kebiasaannya kalau ebook tersebut mempunyai permintaan dan
lakukan promosi yang berterusan, boleh dapat jualan dalam 5-10 ebook
dalam sehari.

Oh.. satu lagi, jualan yang beribu-ribu tu biasanya bukan terhasil
daripada jualan dari penulis ebook tu, biasanya dibantu oleh ajen-ajen
affiliate yang turut mempromosikan produk tersebut. Oleh tu, jika
ebook terjual, biasanya 50% komisyen akan diberi pada ajen dan
selebihnya kepada penjual ebook tersebut.

Itu sahaja dari saya, terima kasih.

Sekiranya anda ingin mengetahui teknik sebenar menghasilkan ebook yang mudah dan menguntungkan, apa kata anda lihat dahulu produk ini

 

3 comments

  1. I will immediately grab your rss feed as I can not find your email subscription link or enewsletter service. Do you have any? Kindly let me know so that I could subscribe. Thanks.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *