Kepentingan dan Kelebihan Backlink pada Laman Web

Apa itu Pautan atau Backlink Laman Web?

Pautan backlink adalah antara satu strategi SEO yang penting. Backlink bermaksud pautan dari laman web lain kepada laman web anda. Ia juga dikenali sebagai pautan masuk atau inbound. Lagi banyak pautan backlink kepada sesebuah laman web, lebih tinggi populariti dan ranking laman web tersebut.

Kepentingan backlink

Backlink amat penting untuk menentukan ranking laman web anda untuk sesuatu kata kunci carian. Sebagai contoh, apabila seseorang memasukkan kata kunci carian di Google, Google akan mengira bilangan backlink berkualiti dan bermerit tinggi bagi sesebuah laman web. Lagi banyak backlink, lebih tinggi kedudukan laman web tersebut di laman keputusan enjin carian.

Namun awas, anda tidak mahukan banyak backlink sekiranya backlink itu datang daripada laman web yang tidak relevan dengan laman web anda. Sebagai contoh, kata kunci bagi laman web anda adalah ‘kek coklat’ dan backlink yang anda terima pula daripada laman web yang tidak berkaitan dengan niche anda, seperti laman web lucah dan sebagainya. Dalam situasi ini, Google mungkin mengenakan denda kepada laman web anda dengan menurunkan ranking dalam enjin carian.

Strategi Backlink yang berkualiti

Berikut merupakan teknik untuk menghasilkan backlink yang bermutu tinggi dan supaya tidak dipandang remeh oleh Google:

1. Tulis artikel dan hantar ke direktori artikel

Strategi backlink paling utama dan lazimnya tidak melibatkan sebarang kos adalah dengan melakukan pemasaran artikel. Anda boleh menulis artikel dan menghantarnya ke laman web direktori artikel seperti EzineArticles dan lain-lain. Di penghujung artikel, anda mesti menulis profail ringkas diri sebagai penulis berserta link ke laman web asal anda. Apabila ada pelawat yang membaca artikel tulisan anda, dan mereka inginkan maklumat lanjut, sudah tentu profail ringkas itu tadi memudahkan mereka untuk klik dan mereka dibawakan ke laman web asal anda.

2. Jadi penulis jemputan di blog dan laman web lain

Selain itu, anda juga boleh menulis artikel untuk dipaparkan di blog dan laman web lain. Ini adalah kaedah backlink yang baik kerana bukan sahaja URL laman web anda ada dinyatakan di hujung artikel tadi untuk dipaparkan bagi tujuan backlink. Anda juga ‘meminjam’ secara sah trafik yang datang ke blog dan laman web tersebut.

**Nak lagi strategi backlink? bersambung dalam artikel akan datang**

3 comments

Leave a Reply to cialis_pills Cancel reply

Your email address will not be published.