Jetstar Menawarkan Penerbangan Percuma?

Anda gemar melancong? Bagi saya, melancong merupakan aktiviti yang paling menarik untuk merehatkan fikiran. Alangkah indahnya kalau kita dapat melancong ke mana-mana tanpa memikirkan masalah tentang kerja, masalah kad kredit dan hutang yang tertunggak, kerana wang  sudah mencukupi buat kita? Best kan?

jetstar

Heh.. melalut dah saya ni.. sebenarnya saya nak bagi tau tentang tawaran menarik daripada Jetstar, sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang sedang bersaing hebat dengan Air Asia. Kita tak bercakap mengenai tambang tiket air asia yang berharga RM 9.90, itu pun belum termasuk airport tax, tapi saya nak bagitau tawaran menarik dari Jetstar.

Sekiranya anda menempah penerbangan Jetstar pergi dan balik, anda akan mendapat tiket percuma untuk penerbangan baliknya! Anda cuma membayar airport tax sahaja untuk penerbangan balik. Tiket yang ditawarkan serendah RM 85 ini menawarkan banyak destinasi seperti Kuala Lumpur –> Singapore, Penang–>Singapore, Jakarta –> Singapore dan banyak lagi. Bukan setakat itu sahaja,  nikmati bonus tambahan lagi bila anda book penerbangan Jetstar:

  • Penginapan di Accor Hotels Singapore percuma untuk malam kedua!
  • Singapore Flyer Ticket
  • Voucher Membeli Belah di Lapangan Terbang Changi sebanyak  SGD 5.00

Namun, saya bukanlah nak mempromosi penerbangan dari Jetstar ni, cuma saya nak kongsi memandangkan promosi ni dah mula hebah di radio.. hehe. Jangan lupa, layari website Jetstar untuk mendapat maklumat lanjut!

jetstar2

Leave a comment

Your email address will not be published.