Buat Duit Online Tanpa Laman Web

Adakah anda ingin menghasilkan pendapatan daripada internet tetapi anda tidak mempunyai cukup pengalaman dan sememangnya tiada pengalaman dalam bidang ini. Anda juga tidak mempunyai modal yang cukup untuk memulakannya. Sebenarnya anda tidak perlu risau ataupun bimbang kerana banyak kaedah yang boleh anda gunakan untuk memulakan perniagaan online anda yang pertama. Salah satu peluang yang ada dan pada pendapat saya ini adalah di antara yang terbaik, ialah dengan menyertai affiliate marketing.

Affliate marketing memberi peluang kepada anda memasarkan sesuatu secara online walaupun anda tidak mempunyai produk anda sendiri. Apa yang perlu anda lakukan adalah mendaftar dengan affiliate program, yang dimiliki oleh affiliate merchant. Sekarang anda telah pun mempunyai produk untuk dipasarkan secara online. Sebagai affiliate, anda akan dibayar komisen yang telah ditetapkan oleh affiliate merchant. Komisen ini akan dibayar kepada anda sekiranya anda membawa pelanggan kepada website merchant’s dan mereka membeli produk yang anda promosikan.

Untuk anda mula menyertai dan mempromosikan affiliate program amat cepat dan mudah, kerana pendaftarannya adalah percuma. Tetapi biarpun faedah dan kelebihan yang telah ditawarkan oleh kebayakan affiliate merchant, ramai lagi yang masih teragak-agak untuk menyertai affiliate marketing. Antara sebab utama kenapa mereka ini masih lagi teragak-agak untuk menyertainya adalah kerana mereka ini tidak mempunyai website untuk mempromsikan produk affiliate. Disebabkan persoalan ini, tergerak hati saya untuk menerangkan adakah mereka yang ingin menyertai affiliate program perlu mempunyai website.

Di negara barat, ada sesetengah usahawan internet yang baru atau pun yang senior dalam perniagaan mempromosikan affiliate program memulakan dan menjalankan perniagaan mereka tanpa website. Anda sudah nampak bukan, sebenarnya sesiapa sahaja yang ingin mempromosi dan memasarkan produk affiliate boleh bermula walaupun tidak mempunyai website. Lagi pun, banyak strategi dalam affiliate marketing yang boleh membawa kejayan kepada anda dapat dilaksanakan tanpa anda memiliki website. Antara strategi yang saya maksudkan adalah seperti email marketing, menulis ebooks secara percuma , promosi di ezines, menyertai perbincangan online, dan menulis arktikel.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan secara affiliate, saya sarankan anda rajin ke forum-forum internet marketing sama ada tempatan atau antarabangsa. Dengan ini, anda boleh menjana pendapatan tanpa perlu ada website sendiri.

3 comments

Leave a comment

Your email address will not be published.