Apa itu Tagging dan Bagaimana Tagging Menaikkan Trafik?

Tag sebenarnya adalah keyword bagi blog post atau keyword bagi blog anda keseluruhannya. Contohnya, jika laman web atau blog anda tentang stress, terdapat lagi kemungkinan lain seperti stress management,stress tips,healthy stress dan sebagainya yang mungkin, namun ia masih dalam kategori stress. Boleh dikatakan ia tiada beza dengan keyword yang kita guna pada meta tag anda. Ia boleh menjadi satu kategori atau hanya satu subjek bagi sesusatu entry dalam blog anda.

Namun terdapat banyak perbezaan diantara pengunaan tag dan keyword dalam laman web. Jika anda mengunakan keyword, anda mungkin akan mengunakan satu keyword sahaja seperti stress management. Anda mungkin tersenarai dengan hanya hanya dengan keyword stress management walaupun terdapatkan keyword lain yang ada pada laman/blog anda. Ia akan mengelirukan enjin carian bagi mengkategorikan laman web anda. Hasilnya ia mungkin pada ranking 10 ribu walaupun ia mengandungi kandungan/content yang cukup menarik dan fresh. Tapi dengan tag,anda boleh mengunakan semuanya dan membawa trafik kepada laman web anda. Ini adalah kerana anda boleh membuat tag apa sahaja yang anda mahu. Dalam SEO,anda mungkin terpaksa memilih satu keyword yang paling sesuai bagi satu page laman web/blog anda.

Tapi dengan tagging anda boleh mengunakan sebanyak mungkin keyword yang anda rasa anda ingin masukkan kepada laman web/blog anda. Dalam tagging optimization anda mungkin mendapat ranking yang tinggi di enjin carian dengan tag berlainan. Dengan satu post,anda boleh membawa trafik dari beberapa tag. Menarik bukan? Enjin carian tidak buat ranking berdasarkan tag, tapi dari algoritma yang kita langsung tak faham dan sangat kompleks. Tapi laman web bookmarking mengunakan tag untuk menguruskan kandungan laman web mereka. Kebanyakan laman web bookmarking ini mempunyai ranking yang baik di internet. Jadi ia akan membantu anda mendapat ranking yang baik dalam enjin pencari kerana mempunyai kaitan dengan mereka.

Bersambung lagi dalam entry akan datang…

Leave a comment

Your email address will not be published.