Dalam artikel yang lepas, saya sudahpun menghuraikan secara ringkas apa itu Instagram dan kelebihan melalkukan pemasaran melaluinya.
Untuk artikel kali ini, saya ingin menjelaskan bagaimana anda boleh jana pendapatan melaluinya.
Bagaimana memulakan kempen pemasaran melalui Instagram
1. Dapatkan akaun dan kemaskini profail
Perkara pertama yang anda perlu lakukakan adalah untuk mendapatkan akaun Instagram melalui aplikasi di telefon pintar anda. Kemudian anda perlu mengemaskini profail dan memuatkan gambar profail supaya sekiranya ada orang yang ingin mengetahui mengenai gambar-gambar yang dimuatkan tadi, mereka boleh menyemak di ruangan profail.
2. Kerap memuat naik imej produk diselangi dengan imej berkaitan
Kemudian anda bolehlah mula memuat naik imej produk atau perkhidmatan yang dipromosikan. Namun awas, imej jualan tidak boleh dimuatkan terlalu kerap untuk tidak membosankan rakan-rakan Instagram yang lain. Oleh itu, sebagai tip, anda bolehlah memuatkan gambar-gambar lain yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan anda serta berkongsi maklumat bermanfaat dengan mereka. Kemudian baru anda selangkan dengan gambar jualan itu tadi.
3. Lancarkan peraduan untuk mendapatkan lebih ramai pengikut
Untuk mendapatkan lebih ramai peminat, anda boleh melancarkan peraduan. Sebagai contoh, sesiapa yang memberikan komen paling kreatif untuk gambar-gambar tertentu akan mendapat produk percuma dan sebagainya. Ini akan menggalakan orang lain untuk menjadi pengikut akaun Instagram anda dan mereka akan meninggalkan komen bagi tujuan memenangi peraduan yang dilancarkan.
4. Berikan pengikut anda kod promosi
Dari semasa ke semasa, anda juga boleh memberikan kod promosi kepada rakan-rakan Instagram. Jangan lupa untuk meletakkan tarikh sah untuk kod tersebut, supaya tempoh sah yang terhad akan menyebabkan rakan-rakan anda teruja untuk melakukan pembelian dengan segera bagi membolehkan mereka menggunakan kod promosi itu tadi.
5. Beri penghargaan kepada pengikut anda
Selanjutnya, anda perlu menunjukkan penghargaan kepada pengikut anda. Sebagai contoh dengan menunjukkan di profail anda gambar-gambar mereka yang menarik perhatian, membalas komen mereka ataupun berkongsi gambar dari akaun Instagram mereka dari semasa ke semasa. Dengan cara ini, mereka akan merasa dihargai, di samping anda mengukuhkan penjenamaan perniaagaan internet dengan menggunakan medium Instagram.
6. Promosikan akaun Instagram anda secara online dan offline
Akhir sekali, sudah tentu anda kena promosikan nama profail Instagram secara online dan juga offline. Sekiranya secara online, bolehlah anda memasukkan link profail anda di laman web serta media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter dan Google+. Manakala sekiranya secara offline pula, anda boleh memasukkan.
Itulah dia, sedikit perkongsian ringkas mengenai strategi pemasaran menggunakan aplikasi Instagram.
Selamat mencuba!