Buat Duit Dengan Personal Coaching

Strategi Perkhidmatan Personal Coaching


Untuk kali ini saya akan kongsikan kepada anda salah satu lagi model bisnes internet yang boleh di bawa ke dunia offline.

Model Bisnes Personal Coaching (PC) ini walaupun masih kurang demand, namun marginnya agak tinggi, kerana kebiasaannya PC akan dicaj antara RM300-1000 bagi satu sesi. Setiap sesi biasanya akan berjalan selama 2-4 jam.

Terdapat pelbagai model bisnes internet di luar sana. Setiap satunya mempunyai potensi untuk menjana wang besar bagi seseorang usahawan internet. Salah satu model bisnes yang semakin popular adalah dengan menawarkan personal coaching untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Kelebihan Personal Coaching

Perkongsian yang Fokus
Pertama, personal coaching membolehkan perkongsian ilmu secara fokus kepada individu atau sekumpulan kecil individu. Ini sudah tentu antara daya penarik untuk mendapatkan pelanggan kerana coaching tersebut akan fokus kepada situasi atau masalah mereka, dan bukannya diskusi umum.

Fleksibel
Kedua, masa, tempat dan peraturan personal coaching adalah fleksibel kerana ia melibatkan seorang trainer dan kumpulan kecil individu. Sebagai seorang trainer, anda akan dilihat sebagai seorang yang prihatin kerana mempertimbangkan permintaan pelanggan pada masa dan tempat yang mereka inginkan.

Harga Ditentukan Sendiri
Dan ketiga, anda boleh menetapkan sendiri harga untuk sesuatu sesi atau siri personal coaching berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda. Dengan melakukan promosi yang efektif, anda berpotensi menjadi seorang trainer yang disegani dan mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan anda.

Untuk artikel akan datang, saya akan kongsikan bagaimana memulakan personal coaching bagi seseorang usahawan internet. Sekian sahaja untuk kali ini.

3 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *