Instagram Medium Pemasaran Online Terkini

Pemasaran InstagramHari demi hari, semakin ramai yang menggunakan Instagram untuk mengembangkan lagi pemasaran perniagaan mereka. Sebagai seorang usahawan internet, sudah tentu anda tidak mahu ketinggalan. Mari kita lihat beberapa perkara penting mengenai pemasaran Instagram.

Apakah itu Instagram?

Instagram ialah satu aplikasi mobile yang berkonsepkan perkongsian imej bergambar. Sesiapa sahaja yang menggunakan peralatan mobile seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya boleh memuat turun aplikasi ini dan mula menggunakannya. Oleh kerana ia mudah digunakan, dan didatangkan dengan ciri-ciri yang baik, maka semakin banyak perniagaan yang menggunakan Instagram untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka dan mengembangkan perniagaan mereka. Dengan Instagram, anda memang mempunyai peluang untuk membuat duit darinya.

Kepentingan menggunakan Instagram

Sebagai seorang usahawan internet, sudah tentu anda tidak mahu ketinggalan menggunakan Instagram sebagai salah satu strategi pemasaran yang berkesan. Dianggarkan kira-kira 100 juta pengguna smartphone di dunia telah memuat turun applikasi Instagram. Mari kita lihat beberapa kelebihan Instagram.

1. Imej bergambar adalah saluran interaksi yang hebat – sekiranya dibandingkan dengan teks, imej bergambar lebih menarik perhatian orang lain sedangkan maklumat yang dikongsikan adalah sama. Imej bergambar seperti yang digunakan di dalam Instagram adalah saluran interaksi yang hebat di antara anda dan prospek pelanggan

2. Ciri-ciri Instagram membuatkan gambar anda kelihatan profesional – terdapat beberapa ciri-ciri suntingan di dalam aplikasi ini yang boleh membuatkan gambar anda kelihatan profesional. Dengan beberapa klik pilihan, anda sudah menukarkan gambar asal menjadi seperti profesional. Menarik, bukan?

3. Kelebihan aplikasi mobile – membolehkan anda mengambil gambar menggunakan telefon pintar dan memuatkan ke dalam akaun Instagram anda. Ini membolehkan pelanggan anda mengikuti perkembangan produk atau pekhidmatan yang anda tawarkan secara langsung pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

Melihat kepada kelebihan di atas, adalah amat RUGI sekiranya para IM mengabaikan teknik pemasaran melalui Instagram, memandangkan kini terdapat hampir 8 juta rakyat Malaysia yang memiliki smartphone dan hampir setiap smartphone mempunyai applikasi Instagram.

Setakat ini dahulu. Untuk artikel seterusnya, saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh memasarkan produk anda melalui Instagram.

Leave a comment

Your email address will not be published.