Artikel yang menarik ini dipetik daripada blog Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2011 http://www.BisnesDigital.com/
Seperti bisnes konvensional yang lain, bisnes internet juga akan melalui fasa di mana sesetengah usahawan akan menggunakan peralatan yang baru untuk membantu mengembangkan bisnes mereka.
Sebelum ini, anda mungkin pernah mendengar ramai usahawan luar negara menggunakan perisian tertentu untuk mengendalikan “web seminar” atau singkatannya “webinar”. Anda juga mungkin pernah mengikuti beberapa webinar yang dianjurkan mereka, tetapi pada masa tersebut, mungkin anda terfikir, “kenapa belum ada lagi usahawan tempatan menggunakan webinar untuk membina bisnes mereka? Adakah usahawan internet tempatan ketinggalan zaman?”.
Jawapannya ada di dalam permintaan pasaran itu sendiri. Jika pasaran belum lagi bersedia, maka ianya bukanlah masa yang sesuai untuk webinar digunakan.
Mungkin pada masa tersebut, talian internet tidak berapa berkuasa untuk menggunakan webinar. Mungkin kumpulan pasaran yang memerlukan webinar ini belum cukup besar. Atau, mungkin pasaran belum bersedia lagi.
Jadi, walaupun usahawan internet tempatan sudah bersedia dengan teknologi ini, ianya tidak dapat diaplikasikan.
Apa yang berlaku ialah usahawan internet yang mengikuti perkembangan semasa akan menunggu saat dan ketika yang sesuai untuk memperkenalkan “webinar” kepada pasaran. Dan, bila semuanya bersedia, maka teknologi ini akan sampai juga ke pasaran tempatan. Maka, akan terdapat lebih ramai lagi usahawan internet yang akan menggunakan “webinar” dengan lebih kerap.
Kini, jika anda perasan, sudah ada beberapa usahawan internet tempatan yang menggunakan “webinar” di dalam bisnes mereka. Saya pasti yang mereka akan menyukai teknologi webinar ini kerana ianya amat mudah digunakan dan lebih ekonomi jika hendak menggunakan medium seminar secara “live” yang sudah tentunya menelan belanja ribuan ringgit bagi setiap satu sesi seminar.
Dengan perisian “webinar”, percaya atau tidak, anda boleh berhubung secara langsung dengan pelanggan anda pada harga kurang US$9 (atau kurang RM30) sebulan. Ini adalah permulaannya dan dengan adanya teknologi yang murah dan senang diperolehi ini, saya jangkakan akan ada lebih ramai lagi usahawan internet yang akan menjadikan “webinar” sebagai senjata pemasaran mereka.
Saya pula telah menggunakan “webinar” semenjak tahun 2009 lagi. Perisian yang digunakan ialah “Instant TeleSeminar” dan sekarang terdapat banyak perisian sebegini.
Bergantung kepada bajet anda, “Instant TeleSeminar” mungkin pilihan anda tetapi jika anda belum lagi bersedia untuk melaburkan modal yang tinggi setiap bulan, GVO Conference (http://get.linktrackr.com/webinar ) adalah pilihan yang ideal. Dan jika anda hendak tahu, saya menggunakan perisian GVO Conference inilah untuk menghasilkan “webinar” yang saya rakam dan jual di
http://www.thefourweekstofreedombook.com/OnlineGroupCoaching1.html (kualiti rakamannya amat baik).
Hari ini pun saya ada terima satu email daripada seorang usahawan internet tempatan yang menjual rakaman “webinar” beliau dan saya rasakan “trend” ini akan berkembang pada masa akan datang. Kenapa? Ini kerana kaedah menghasilkan produk melalui “webinar” adalah mudah, dan strategi menggunakan “webinar” untuk menjual produk juga telahpun terbukti berkesan. Maka, jangan terkejut nanti bila anda lihat ramai usahawan internet tempatan yang akan mengadakan “webinar” mereka sendiri.
Persoalannya sekarang, “SUDAHKAH ANDA BERSEDIA” dengan kemunculan “webinar” ke pasaran tempatan?
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Salah satu kepakaran beliau ialah mencipta pendapatan berulang daripada Internet. Di antara program di internet yang memberikan pendapatan pasif dan berulang kepada Zamri setiap bulan adalah GDI, GVO, GVO Conference, TrafficWave, Getresponse, Aweber, MLM Brilliance dan banyak lagi. Anda boleh mengikuti jejak langkah Zamri Nanyan dengan menyertai satu atau dua dahulu program yang beliau sarankan di atas dan promosi sehingga berjaya. Kemudian, tambah lagi saluran pendapatan berulang anda dengan mempromosikan lebih banyak program keahlian yang beliau sarankan.