Sebagai seorang usahawan internet, anda mempunyai banyak pilihan untuk mempromosikan perniagaan anda. Sebahagian daripada pilihan ini berbentuk promosi online, manakala sebahagian lagi berbentuk promosi offline. Salah satu kaedah promosi berkesan adalah dengan menghasilkan newsletter untuk langganan subscriber di laman web anda.
Artikel ringkas ini membongkarkan kepentingan menggunakan newsletter sebagai salah satu kaedah promosi untuk bisnes internet anda, dan tip-tip menghasilkan newsletter berkesan.
Kenapa newsletter baik untuk bisnes anda
- Senarai subscriber yang fokus – daripada ramai pelawat yang berkungjung ke sesebuah laman web, cuma sebahagian daripada mereka yang mengisi borang opt-in untuk menerima newsletter. Ini bermaksud, cuma mereka yang serius dan benar-benar inginkan maklumat itu akan memberikan emel mereka kepada senarai subscriber anda. Mereka adalah subscriber yang mempunyai keinginan yang fokus.
- Pelbagai siaran newsletter – Anda boleh menghantar newsletter ke alamat emel subscriber, memuatkan newsletter tersebut di laman web, atau mengkhususkannya ke dalam arkib newsletter yang mudah dicapai oleh prospek anda.
- Strategi memujuk prospek menjadi pelanggan – Tidak semua pelawat akan membuat keputusan untuk membeli pada kali pertama mereka berkungjung di sesebuah laman web. Adalah lebih mudah untuk menawarkan kepada mereka newsletter percuma melalui borang opt-in kerana anda boleh ‘memujuk’ mereka secara berperingkat untuk membuat pembelian melalui newsletter tersebut.
- SEO untuk kandungan berkualiti tinggi – rata-rata diperkatakan kandungan itu penting. Apabila anda memuatkan kandungan yang berkualiti tinggi ke dalam newsletter, dan membiarkan newsletter tersebut tersebar meluas melalui internet, itu sebenarnya adalah strategi SEO yang baik dan berterusan untuk laman web anda.
Nantikan strategi newsletter yang power dalam entri akan datang.