Strategi Pemasaran Viral dalam Perniagaan Internet

Viral Marketing merupakan suatu strategi pemasaran terhebat masa kini. Perkataan Viral itu sendiri berasal dari perkataan Virus.

Bagaimana Pemasaran Viral ini melakukan pemasaran untuk anda?

Viral marketing berfungsi dengan tersebarnya sesuatu produk dari seorang kepada orang lain kemudian begitulah seterusnya. Kenapa viral marketing sangat penting kepada pemilik bisnes pada ketika ini kerana ia adalah satu cara pemasaran yang mudah untuk menjimatkan kos pengiklanan sesuatu produk.

Cuba anda fikirkan bagaimana virus merebak? Ia tersebar dari seorang pesakit kepada pesakit-pesakit lain dan kemudian ia tersebar sehingga ke seluruh dunia. Begitu juga dengan Viral Marketing. Di sini boleh juga dikatakan sebagai ‘Word of Mouth’. Dari mulut seseorang dan tersebar kepada orang lain pula. Jadi, oleh sebab itulah viral marketing adalah sangat penting kepada pemilik bisnes pada hari ini.

Ia sangat mudah dan dapat menjimatkan masa dan wang berbanding anda laburkan untuk pengiklanan.

Saya hanya ulaskan sedikit tentang viral marketing. Ia memberi kesan yang sangat positif untuk diguna pakai oleh pemilik bisnes. Dengan usaha bekerja 100% pada permulaan, kemudian tersebarlah produk yang kita jual kepada orang ramai hasil daripada mulut ke mulut. Ini yang dikatakan KUASA PEMASARAN VIRAL.

Jika sekali imbas, kita dapat lihat bisnes Multilevel Marketing atau MLM telah lama mempraktikkan pemasaran VIRAL ini. Kebanyakan daripada mereka yang sertai program network marketing atau MLM ini berjaya mendapat hasil income yang lumayan dengan wujudnya konsep viral ini. Jadi,satu perkara yang perlu anda fokus sekarang adalah tentang viral marketing. Sekali sahaja anda setup bisnes ini, ia akan merebak dengan sendirinya tanpa anda sedari!

Jadi setakat ini sahaja artikel tentang PEMASARAN VIRAL. Semoga ia dapat memberi gambaran yang jelas kepada anda apa itu VIRAL yang disebut oleh ramai orang ketika ini terutamanya pemilik bisnes dan affiliate.

Jumpa lagi di artikel akan datang 🙂

1 comment

Leave a comment

Your email address will not be published.