Strategi Pelancaran Produk Melalui Internet

Setelah menyiapkan sesebuah produk, dan menetapkan harga sewajarnya, anda boleh terus memasarkan produk tersebut dan mengaut hasil jualan daripada penjualan tersebut. Namun, tanpa strategi pelancaran produk yang teliti melalui internet, anda mungkin menerima hasil yang sederhana, ataupun sekiranya tersilap langkah, mungkin tidak berjaya membuat sebarang jualan langsung.

pelancaran produk

 

Ikuti beberapa langkah berikut untuk melancarkan produk sebagai strategi untuk menghasilkan jualan dan potensi mengaut keuntungan maksima daripada pelancaran produk anda.

1. Sediakan pakej yang menarik – produk utama + bonus
Langkah pertama sudah tentu untuk menyiapkan pakej produk yang menarik. Lazimnya sesebuah pakej akan mengandungi produk utama seperti ebook, video dan lain-lain, dan juga bonus. Bonus ini adalah percuma dan diberikan untuk mengukuhkan lagi aplikasi produk utama sebantar tadi.

2. Upah penulis surat jualan
Selanjutnya anda perlu mengupah penulis surat jualan profesional. Penulis surat jualan kebiasaannya berpengalaan menyediakan surat jualan yang berupaya menarik minat pelawat melakukan pembelian melalui laman web jualan terbabit. Sebagai alternatif, anda boleh juga menyediakan surat jualan sendiri sekiranya anda mahir. Dengan cara ini, anda dapat jimat kos upah penulis surat jualan tapi pada masa yang sama, anda mungkin perlu meluangkan masa untuk belajar ilmu copywriting serta menyesuaikan ilmu tersebut dalam konteks produk fizikal.

3. Desain laman web yang profesional
Anda juga memerlukan sebuah laman web jualan yang profesional. Sekiranya anda berkemahiran, anda bolehlah menyiapkan laman web ini sendiri. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran untuk mendesain laman web, ataupun mempunyai banyak urusan lain yang memerlukan fokus, anda boleh mengupah seseorang pereka laman web untuk membina suatu laman web untuk anda.

4. Sistem tempahan yang baik
Selain itu, anda juga memerlukan sistem tempahan yang baik bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan produk. Sekiranya anda memilih untuk menguruskan sendiri urusan tempahan, bolehlah anda memasang sistem ini di laman web jualan. Atau sekiranya anda memilih untuk melantik ejen tempahan, anda boleh memilih sistem seperti JomNiaga.com untuk menyelaras tempahan dan pembayaran.

Inginkan strategi pelancaran produk lagi? Bersambung di artikel akan datang..

12 comments

  1. Alhamdulillah terima kasih tuan. Saya telah menghasilkan 2 ebook saya sendiri. Niche Internet Marketing khas untuk student. Walaubagaimanapun jualan masih tidak memberangsangkan. Post tuan ni sangat kena dengan saya. terima kasih sekali lagi.

  2. I’m curious to uncover out what blog system youre employing? Im experiencing some small security troubles with my latest weblog and Id like to locate something more safeguarded. Do you’ve any recommendations?

  3. Excellent blog here! Also your web site loads up very fast! What web host are you using? Can I get your affiliate link to your host? I wish my website loaded up as quickly as yours lol

Leave a Reply to James Cancel reply

Your email address will not be published.