Strategi dan Teknik Rahsia Pelancaran Produk: Siri 2

Salam sejahtera,

Dalam artikel yang lepas, saya sudah kupas strategi awal dalam pelancaran produk di internet. Kali ini saya sambung semula bagaimana anda boleh tingkatkan lagi penjualan produk melalui strategi yang saya bentangkan di bawah:

Sambungan daripada artikel ini: https://itsferd.com/strategi-pelancaran-produk-melalui-internet

5. Jemput JV dan pasang perisian affiliate
Anda juga boleh menjemput rakan kongsi (JV) untuk bantu mempromosi jualan produk digital tadi. Sekiranya ini berlaku, sudah tentu anda perlu memasang sistem affiliate ke dalam laman web jualan. Atau sekiranya anda memilih untuk melantik JomNiaga.com sebagai ejen tempahan, mereka juga boleh membantu dari segi affiliate kerana ahli berdaftar dengan JomNiaga.com boleh mendaftar sebagai affiliate untuk mempromosi produk anda. Dengan menggunakan strategi ini, anda meluaskan prospek jualan produk kerana terdapat ejen-ejen affiliate yang membantu anda membuat promosi. Bagi tujuan ini, sudah tentu anda perlu memberi sebahagian hasil jualan melalui link affiliate ini untuk membayar komisen kepada affiliate.

6. Borang opt-in dan sistem autoresponder
Selanjutnya, anda perlu menyediakan borang opt-in di laman web jualan bagi memudahkan pelawat menyertai senarai subscriber anda. Bagi tujuan ini, anda memerlukan akaun autoresponder yang kukuh bagi menampung jumlah subscriber berserta emel-emel promosi yang anda muatkan ke dalam sistem tersebut. Dengan menggunakan strategi ini, anda boleh memulakan kempel pemasaran emel dengan berhemah dan meningkat prospek penghasilan jualan.

7. Promosi online dan offline
Sesudah itu, anda boleh mulai fokus untuk mempromosi produk digital melalui kaedah promosi online seperti blogging, pemasaran forum, Adwords dan sebagainya. Anda juga boleh memilih untuk mempromosi secara offline, seperti brosur dan ruangan iklan di dalam akhbar tempatan. Apa jua kaedah yang anda pilih, tujuannya hanya satu, untuk meyakinkan pelanggan bahawa produk anda boleh memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah mereka.

8. Sediakan team sokongan
Akhir sekali, dan ia juga antara strategi penting dan pelancaran produk, iaitu menyediakan team sokongan untuk menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan oleh pelanggan anda. Mereka mungkin menghadapi masalah untuk mula menggunakan produk tersebut, atau terdapat sebarang kaedah penggunaan yang mereka tidak jelas. Dengan mempunyai team sokongan sendiri, anda boleh menjaga setiap seorang pelanggan dan mungkin mengekalkan mereka sebagai pelanggan setia untuk produk-produk lain selepas ini.

Itulah dia, lapan tip ringkas sebagai strategi untuk pelancaran produk terkini anda. Sekiranya anda ikuti sahaja langkah-langkah ini, maka potensi anda untuk mengaut keuntungan yang maksima adalah lebih tinggi. Selamat mencuba!

7 comments

Leave a Reply to custom Cancel reply

Your email address will not be published.