Perisian Bermanfaat Untuk Anda

Salam Sejahtera

Bertemu lagi di ruangan ini. Apa khabar? Kali ini saya nak kongsi dengan anda mengenai perisian atau software yang percuma untuk anda download. Perisian ini nampak jer remeh, tapi sebenarnya banyak manfaatnya kalau kita dapat gunakan sebaiknya. Klik pada gambar tersebut untuk download dengan segera!

 

JPEG Resizer Ver 2.1

Jpeg Resizer

Seperti namanya, perisian ini merupakan satu cara mudah untuk anda me’resize’kan gambar anda secara pukal. Sekiranya anda ada satu foto album yang mempunyai beratus-ratus gambar dan anda mahu kecilkan gambar-gambar tersebut, perisian ini memang sesuai untuk anda.

Easy MP3 Cutter

Easy Mp3 Cutter

Satu perisian untuk menyunting Mp3 anda. Amat mudah digunakan dan antaramukanya yang sangat friendly. Juga, anda boleh menggabungkan dua atau lebih Mp3 dengan perisian ini. Dapatkannya sekarang!

Bit Kinex 3.0.5

Perisian FTP ini memudahkan anda untuk memindahkan file anda kepada server, ataupun memuat turun file anda dari remote server ke PC anda. Mudah digunakan dan ianya percuma!

WinRar 3.8

Perisian yang mesti ada pada setiap komputer.  berfungsi untuk memampatkan file-file yang ada supaya menjadi lebih kecil, ataupun menggabungkan file-file yang ada supaya menjadi satu file dan dipindahkan ke dalam komputer untuk dimuat turun.

Leave a comment

Your email address will not be published.