Lima Ciri-ciri Usahawan Berjaya

Sebagai seorang usahawan online, kita perlu merancang dengan baik, sama ada aktiviti perniagaan online, urusan peribadi ataupun projek-projek yang sedang dijalankan dengan sistematik. Oleh sebab itu, saya sering mengingatkan diri saya dan orang lain supaya menjadi lebih menepati masa dan sentiasa peka pada peluang untuk mencapai target.

Di sini saya kongsikan 5 tips bagaimana kita boleh menjadi lebih produktif sepanjang bergelar usahawan internet ini supaya ia dapat memberi manfaat kepada semua newbie di luar sana:

1. Mempunyai objektif yang spesifik.
Penting untuk kita mempunyai matlamat dalam hidup supaya bisnes kita laksanakan ini akan menjurus ke arah pencapaian matlamat dan gol yang kita sendiri tetapkan. Teknik penetapan matlamat secara spesifik masih kekal relevan sebagai asas utama dalam penghasilan kerja yang berkesan. Jika kita tiada matlamat yang jelas dan baik maka sukarlah untuk mencapai aras kejayaan yang diharapkan, oleh itu teknik ini mampu memberikan kesan yang positif terhadap keperibadian diri, kerja dan perniagaan kita.

2. Senaraikan segala tugas dan tepati kerja tersebut secara prioriti dan sistematik
Dalam hidup kita ini terlalu banyak perkara yang difikirkan sehingga boleh menyebabkan kita kelam kabut jika tidak disusun dengan baik. Cuba anda senaraikan matlamat dan tugas yang perlu dilaksanakan secara sistematik terlebih dahulu. Projek mana yang ada deadline, yang mana boleh ditangguh terlebih dahulu, yang mana ada yang penting dan perlu diberikan perhatian serius. Semuanya perlu ditetapkan dengan lebih teliti.

3. Kawal setiap aktiviti dan dan tugasan dengan kerap
Kadang-kala setiap part kerja ataupun sesuatu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Oleh itu kita perlu memberi perhatian, mengawasi setiap proses dengan jadual yang efisyen. Misalnya proses pembinaan laman web, anda boleh tetapkan masa 3 hari maksimum untuk menyiapkan design layout dan jangan lebih dari itu. Manakala proses upload/restore web dan database ke server dalam masa tidak lebih 1 hari dan sebagainya. Anda boleh outsoursekan kerja-kerja anda kepada orang lain, namun pastikan mereka dapat menyiapkan tugasan anda mengikut target yang ditetapkan.

4. Kurangkan aktiviti yang kurang produktif
Kebanyakan usahawan internet terlalu asyik dengan sesuatu perkara mahupun lupa task yang telah ditetapkan. Kurangkan aktiviti yang tidak produktif seperti :

– Kurangkan YM, MSN, Mirc, Skype dan lelain tanpa tujuan khusus yang bermanfaat.

– Kurangkan masa menonton tv atau main game permainan video

– Jangan terlalu leka dengan facebook, twitter atau blog hiburan sehingga lupa kerja yang perlu dilakukan

– Periksa emel 4 kali sehari iaitu pagi, tengah hari, petang dan malam.

– Kurangkan melepak dan membuang masa tanpa tujuan khusus yang bermanfaat.

Bukan tak boleh langsung untuk bersantai dengan aktiviti di atas, namun bataskan aktiviti tersebut dan hanya ketika anda merehatkan minda sahaja anda boleh gunakan untuk aktiviti di atas.

5. Beri ganjaran kepada diri sendiri bila sesuatu matlamat hampir sampai
Setelah bersusah payah berhari-hari nak menyiapkan sesuatu projek, hadiahkan suatu ganjaran kepada diri sendiri sebagai peransang dan motivasi untuk lebih bersemangat. Misalnya, sekiranya anda telah mencapai target jualan sebanyak 100 unit, anda boleh memberi ganjaran kepada diri sendiri dengan memberi tablet PC baru. Terpulang apa jenis hadiah pun asalkan tidak menepati bajet anda. Ini penting untuk merangsang motivasi diri kita untuk lebih berjaya pada masa depan.

Ada banyak lagi tetapi saya rasa yang asas lebih baik dikuasai terlebih dahulu. Ini hanyalah sebahagian daripada tips asas yang perlu kita terapkan dalam kerja seharian. Moga dengan tips ini akan memberi manfaat pada diri saya dan juga kepada semua pembaca.

Jangan lupa kongsikan tip ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

1 comment

Leave a Reply to allemagne_cialis Cancel reply

Your email address will not be published.