Langkah-langkah memulakan senarai subscriber

Berikut merupakan langkah bagi membina senarai emel list:-

1. Pilih sistem autoresponder yang baik 

Mungkin anda tertanya bolehkah anda membina senarai subscriber secara manual? Sudah tentu boleh… Sekiranya anda mempunyai jumlah subscriber yang sedikit. Namun sekiranya anda menyimpan impian jangka panjang sebagai seorang usahawan internet, lebih baik sekiranya anda memulakan senarai subscriber anda dengan menggunakan sistem autoresponder yang kukuh dan baik. Sesebuah sistem autoresponder akan membantu pengumpulan senarai subscriber secara otomatik dan sistematik, supaya anda boleh fokus terhadap bisnes internet dan bukannya menghabiskan masa mengemaskini senarai subscriber anda!

2. Sediakan siri emel yang berkaitan

Sebaiknya anda menyediaka beberapa siri emel untuk dimuatkan ke dalam sistem autoresponder itu tadi. Siri emel ini mestilah berkenaan dengan kempen subscriber yang anda buatkan sebelum ini. Sudah tentu anda boleh set tarikh untuk bilakah setiap satu emel ini dihantar kepada subscriber anda. Itulah dia, buat kerja sekali, dan nikmati interaksi yang berpanjangan dengan subscriber anda.

3. Bina borang opt-in yang menarik

Seterusnya adalah langkah untuk membina borang opt-in atau “squeeze page” yang menarik untuk memikat hati pengunjung dan memuatkan ke laman web anda. Anda boleh bina borang ini menggunakan kemudahan yang disediakan oleh sistem autoresponder anda. Setelah siap, anda cuma perlu salin kod borang tadi dan muatkan ke dalam laman web anda.

4. Berikan insentif bonus

Untuk lebih memikat hati pelawat untuk menyertai senarai subscriber anda, satu strategi yang terbukti berkesan adalah dengan memberikan insentif bonus. Contoh insentif bonus adalah seperti pemberian ebook percuma, kupon belian, dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan kempen autoresponder yang anda sudah tentukan dari awal.

5. Bina kepercayaan sebelum menjual

Pelanggan lazimnya lebih mudah membuat pembelian daripada orang yang mereka kenali atau percaya. Jadi untuk strategi bisnes melalui senarai subscriber ini, anda digalakkan untuk membina kepercayaan dengan subscriber tadi sebelum anda memberikan hint untuk menjual secara soft-selling ataupun hard-selling. Sebagai contoh, anda boleh jadualkan emel anda untuk dihantar kepada subscriber seperti jadual di bawah:

Emel berbentuk informasi 1 > informasi 2 > informasi 3 > emel jualan > informasi 4.

Dengan cara ini, subscriber anda akan lebih menghargai emel-emel daripada anda kerana anda banyak berkongsi informasi pelanggan berbanding menjual kepada mereka.

6. Galakkan komunikasi dua hala

Sebagai pemilik senarai subscriber, anda yang paling kerap menghantar emel kepada subscriber tersebut. Anda bolehlah menggalakkan komunikasi dua hala dan bukannya emel berbentuk perkongsian daripada anda semata-mata. Sebagai contoh, anda memberi pilihan kepada pelanggan membalas emel anda secara terus sekiranya mereka mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan lanjut.

Itulah dia, tip-tip ringkas untuk memulakan senarai subscriber untuk bisnes internet anda.

Semoga bermanfaat!

4 comments

  1. Excellent blog here! Also your web site loads up very fast! What web host are you using? Can I get your affiliate link to your host? I wish my website loaded up as quickly as yours lol

Leave a Reply to vagra_sale Cancel reply

Your email address will not be published.