Fuh.. lama sudah tidak menjenguk blog sendiri.. disebabkan banyak kegiatan lain yang mengisi kehidupan harian.. saya hampir terlupa yang saya sebenarnya memiliki sebuah blog sendiri!
Namun dari hari ke hari saya merasakan saya perlu juga memanfaatkan blog ini sebagai wadah perkongsian perniagaan internet saya dan juga log segala aktiviti saya di internet. Kalau tak, lama-kelamaan segala kegiatan di internet yang saya lakukan dahulu akan luput begitu sahaja.
Banyak sebenarnya perlu dikongsikan kepada para pembaca. Nanti bila dah dapat semangat dan ‘vibe’ baru, saya akan terus kongsi kan pada saudara semua.
Blog ini juga bakal bertukar konsep dan wajah baru. Agar pembaca tak mudah bosan dengan artikel yang statik dan ‘dry’.
Oh.. hari ini juga merupakan hari jadi saya, jadi, sesiapa nak bagi ucapan hadiah hari jadi sudi-sudilah tinggalkan komen di bawah ni ye… heh!
Akhir kata.. salam perjuangan!