DVD Diari Usahawan Ebay Berhingus – Terbaiklah!!

Memang tak sangka.. panduan memang video yang paling best saya pernah jumpa. Saya baru dapatkan dvd video ini minggu lepas. Memang menarik sangat! Kelakar pun ada, serius pun ada, macam menonton filem box office lah!

diari usahawan ebay berhingus dvd

Bagi yang nak dapatkan DVD tu, bolehlah anda beli sekarang di sini. Opps.. Jangan lupa, ada bonus menarik jika anda beli DVD tersebut melalui saya. Nak tau? Boleh lihat entry saya di sini

Lihat sendiri ulasan dari sifu MansurBiz aka Yusry JomSeminar:

Salam usahawan,

Sekarang ni “undercover” aku dah pecah lubang

yeayyy…! akhirnya undercover aku di WC terbongkar. By the way, no big deal since objective aku dah tercapai dengan jayanya… thumbs up to everybody!

Mansurbiz yang membuka thread bertajuk “Diari Usahawan eBay Berhingus” kini sudah hampir mencecah 1,500 pages dan 500,000 views merupakan satu-satunya thread yang paling hot di wangcyber.com dalam masa paling singkat.

Di forum carigold juga ada, tetapi disebabkan masalah teknikal yang berulang-ulang, membuatkan aku memfokuskan kepada forum WC sahaja.

Thread tersebut merupakan salah satu projek komuniti underground aku yang ke-3 dalam masa aku kembali ke dunia IM semenjak tahun 2006. Ilham datang selepas aku belajar daripada Michael Fortin, salah seorang copywriter rujukan aku mengenai social marketing through real-life story.

—————–

Apa cuba aku buktikan?

Sebagai seorang usahawan internet sepenuh masa sememangnya aku tidak akan sesekali lupakan kepada usaha mendidik komuniti. Aku percaya kepada satu prinsip “what you give to universe, you get back more”.

Bermula dari projek pertama – “Tuah Emas”, mendidik, meningkatkan IM “literacy” dan market awareness untuk komuniti melalui blog, forum dan ebook sulung bertajuk “e-biz”;

projek ke-2 merupakan satu website “penampan” dalam usahaku membanteras kehadiran lambakan laman-laman bersifat negatif dan ke-3 merupakan thread eBay tersebut.

Even dalam Islam kita diajar, jika kita mempunyai kelebihan, berkongsilah dengan orang lain kerana ianya satu “amanah” bukan hak mutlak kita seorang. Kebanyakan orang hanya teringatkan harta, tetapi ilmu lebih berharga kerana ROI (Return on Investment) nya diperolehi oleh si penerima seumur hidupnya manakala si pemberi menerima sehingga ke hari kiamat!

“Derma” kepada sesama saudara Islam amat besar ganjarannya. Bukan 10 kali balasan kita terima, tetapi lebih 700 kali ganda jika kita ikhlas membantu. Sila refer hadis untuk pengesahan. Aku dah pernah bangkitkan perkara ini di forum.

—————–

Ianya Bermula Dengan Ejekan

“One small step for man; one giant leap for mankind” – Neil Armstrong

Secara jujurnya, aku mula minat memulakan perniagaan ebay sejak bulan Februari 2009, meskipun sudah berdaftar dan membeli pelbagai item di eBay sejak tahun 2006.

Selepas 2 minggu memulakan perniagaan eBay, aku berhasrat untuk berkongsi eksperimen, penemuan dan pengalaman aku melalui diari di forum bertajuk “Diari Usahawan eBay Berhingus”.

Tajuk memasukkan beberapa elemen attraction dalam copywriting yang sinonim dengan maksud – “perkongsian rahsia, tips & tricks tanpa berselindung (sebab tu dinamakan diari) menggunakan satu cabang perniagaan internet eBay oleh seorang newbie”. Ini maksud tersirat dalam elemen AIDA.

Tajuk simple tetapi sedikit “catchy” mewujudkan satu “curiosity” kepada bakal pembaca. Manusia secara psikologi merupakan makhluk yang penuh sifat “curiosity” (amat cenderung untuk mengetahui sesuatu), sebab itu teknik sebegini begitu efektif.

Berbalik kepada topik. Jika diselak kembali pada laman awal setiap thread tersebut aku menjelaskan bahawa aku akan berkongsi pengalaman sendiri sebagai newbie dalam dunia eBay kepada pembaca tanpa berselindung.

Untuk menguatkan lagi AIDA, aku menyertakan juga “social proof” berbentuk laporan jualan dan keuntungan setiap hari. Meskpun angka tersebut tidaklah sebesar mana, tetapi ianya “daya tarikan yang kuat” kerana ianya terbukti secara live.

Sebab itu rancangan TV berbentuk Live atau Realiti lebih mudah mendapat sambutan. Psikologi.

Lebih menarik, aku membuat “public challenge”, bahawa aku akan hanya menjual “mouse pad” untuk berniaga di eBay dan mendapatkan status “Power Seller”.

Ya, memang ramai yang pandang rendah, skeptikal dan gelak berguling-guling dengan cabaran tersebut pada mulanya. Tetapi aku mendapat status Power Seller juga selepas 3 bulan (3 bulan adalah minimum penilaian di eBay) dengan hanya menjual mouse pad sahaja.

Point yang aku cuba buktikan disitu adalah persisten adalah kunci kejayaan mencapai apa juga matlamat berbanding hanya hangat-hangat taik ayam, regardless apa yg dijual. Proven.

Aku sukakan praktikal dan live proven berbanding teori.

Bila wujud golongan skeptikal ini, maka daya tarikan diari tersebut semakin meningkat kerana wujudnya elemen interaksi dan participation daripada pembaca. Provokasi juga salah satu elemen tarikan efektif.

Nampaknya mereka yang skeptikal sudah mula menelan air liur sendiri. Aku tidak menyalahkan atau berkecil hati dengan mereka, sebab memang itu expectation aku dari mula. Malahan aku lebih suka jika wujud pelbagai gologan sebagai reader – “menyokong (pro)”, “skeptikal/menentang (contra)” dan “atas pagar/wait & see (neutral)”.

Mereka ini membuatkan live story lebih interaktif. Macam naik roller-coaster, ada naik dan turun… itu yang membuat “ketagih” berbanding hanya cerita yang mendatar, tiada emosi dan hanya fantasi serta baik sahaja.

Diari ini juga mempraktikkan teknik “Soap Opera”, sentiasa ada kesinambungan atau elemen “cliff-hanger” – tersangkut-sangkut, ada klikmaks semua bercampur-baur. Cerita baru sama ada bersifat suspend, baik dan buruk tiada siapa yang tahu bila mereka bangun setiap pagi keesokannya… sebab ianya kisah benar.

—————–

Terkejut dan Berjayakah Matlamat Diari Usahawan eBay berhingus?

Siapa sangka, perkongsian pintar daripada ahli forum lain juga sememangnya amat membantu menjayakan matlamat projek komuniti ini. Tanpa mereka, peratus kejayaan mengecil. Sokongan daripada para pembaca juga amat diluar dugaan aku sendiri.

Jika aku berusaha sendirian seperti lone ranger, ianya pasti tidak akan berjaya.

Meskipun ianya perkongsian ilmu secara percuma, bagi sesetengah orang mengatakan ilmu percuma sampah amat meleset sama sekali. Bagi aku, ianya amat berjaya.

Baca sendiri testimonial tanpa tapisan (sebab aku bukan admin atau mod forum WC), siapa sangka tiba-tiba ada beberapa “silent reader” yang berkongsi kejayaan mereka hasil perkongsian tersebut.

Berikut merupakan beberapa kerat “testimonial” kejayaan “Diari Usahawan eBay Berhingus” hasil perkongsian pintar dan sokongan ramai pihak yang juga bermula sebagai newbie, tetapi kini dah jadi Power Seller atau Top Rated Seller di eBay:

1) Seorang bujang menggunakan hasil kejayaan untuk berkahwin dan berbulan madu di pulau idaman.
2) Seorang anak dapat membawa seluruh keluarganya, melancong ke destinasi eksotik di luar negara.
3) Seorang pelajar dapat menampung yuran pelajaran dan membeli aset idaman.
4) Seorang adik perempuan masih bersekolah, membuatkan kakaknya tergamam kerana boleh menjana pendapatan sendiri bernilai ribuan ringgit sebulan!
5) dan banyak lagi kisah real life success…

Dikesempatan ini, aku ingin menekankan bahawa projek komuniti ini amat berjaya kerana wujudnya sokongan dan usaha murni beberapa manusia gigih yang ingin sama melihat orang lain berjaya bersama-sama. Nikmat kejayaan tersebut terbukti amat besar dan lebih bermakna.

Setinggi penghargaan kepada nick berikut Zacky, Dilemma, VirtualMetal, Kekuda, Qrodat, Awe 9, Lutfee, Shahraduan, Optom77, JohnTravolta, DangaBay, KitaKaya, WorldEzam, Catzer, Boukdella, Mumtahanah, yat47, Heaven serta ramai lagi mereka yang tenggelam timbul dalam thread tersebut.

Pesanan biasa aku kepada semua juga, ambil quote si TuahEmas:

“Start Now, Start Small”

Salam Sukses,

Yusry JomSeminar
aka Tuah Emas
aka Mansurbiz

P/S: Bagi yang ingin mendapatkan DVD ini, jangan lupa ada bonus baik punya dari saya!

1 comment

Leave a Reply to nashki Cancel reply

Your email address will not be published.