Dua Teknik untuk Tingkatkan Jualan Anda

Hari ini saya akan dedahkan beberapa teknik pemasaran yang boleh anda gunakan dalam bisnes anda.

Ramai yang merungut kepada saya mengapa produk mereka tidak laku walau pelbagai cara telah digunakan.

Setelah menjual produk bernilai ratusan dan ribuan ringgit di internet saya telah menggunakan beberapa teknik yang melariskan produk-produk saya dan ini masanya untuk anda ikut.

Antara 2 teknik terbaik yang saya gunakan adalah seperti di bawah:

1. Testimoni penguna

Dapatkan testimoni dari pengguna produk anda. Jika ramai yang puas hati dengan produk anda tentu mereka tidak keberatan untuk berikan testimoni. Testimoni adalah bukti terbaik bahawa produk anda benar-benar berkualiti.

Anda boleh melihat contoh testimoni produk di sini

2. Bonus tambahan

Berikan bonus tambahan yang berkaitan dengan produk anda. Baru-baru ini saya telah membeli produk minyak wangi jenama Annick Goutal. Setelah membayar saya terkejut sebab banyak hadiah yang diberi termasuk bag, buku nota dan hampir 5 lagi sampel produk mereka.

Jadi jika anda mahu menjual program A katakan, anda berikan beberapa bonus tambahan yang akan membuat prospek anda rasa rugi jika tidak membeli daripada anda. Anda mesti letakkan had masa supaya teknik ini lebih efektif.

Contohnya:

"Pesan Produk A hari ini dan dapatkan 5 bonus tambahan bernilai RM399 untuk tempoh 5 hari sahaja!”

Okey, selepas ini anda boleh gunakan 2 teknik pemasaran pro diatas dan lihat produk anda licin dengan cepat 😉

increase_sales

imej dari one-touch-upsell

Jumpa lagi dengan tip-tip yang lain!

Leave a comment

Your email address will not be published.