Dapatkan Entrepreneur Magazine dengan Percuma

Salam sejahtera buat pembaca sekalian,

Kali ini saya nak cerita mengenai majalah percuma pulak. Bagi mereka yang ingin mendapat maklumat tentang dunia perniagaan, kini Freshbooks, sebuah website yang menawarkan khidmat invoice  ingin memberikan majalah Entrepreur ini secara percuma.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mengisi borang yang disediakan oleh mereka di sini,  dan pihak mereka akan menghantarkan majalah itu terus ke rumah anda!

entrepreneur magazine

Mengenai Entrepreur Magazine

Majalah Entrepreneur  merupakan majalah antarabangsa keluaran Amerika Syarikat yang diterbitkan sebulan sekali. Majalah ini khusus untuk para usahawan, sama ada yang baru berjinak-jinak dalam menceburi bidang perniagaan mahupun mereka yang sudah berpengalaman selama bertahun-tahun.

Majalah ini juga  banyak mengutarakan kisah-kisah, usahawan yang berjaya, maklumat mengenai pemasaran, pengurusan, teknologi, strategi dan juga trend terbaru dalam bidang perniagaan. 

Bagi saya majalah ini sangat lengkap bagi mereka yang dahagakan maklumat tentang cara nak mendapat kebebasan kewangan. Untuk menjual barang bukan sahaja dengan menjual produk fizikal, malah produk digital dan juga melalui  internet juga boleh di dapati di sini!

Leave a comment

Your email address will not be published.