Bagaimana Anda Boleh Elakkan dari Belenggu Masalah Kewangan

Kali ini saya nak berikan tips dan teknik yang boleh anda gunakan untuk mengurus wang dengan bijak. Dengan berpandukan tips yang saya berikan, saya pasti anda boleh menguruskan wang anda dengan dengan lebih berhemah mengikut kesesuaian anda sendiri.

Tips 1: Urus Perbelanjaan anda dengan bijak

Anda perlu membuat kajian mengenai perbelanjaan anda dan kenal pasti perbelanjaan tetap dan boleh ubah. Perbelanjaan boleh ubah seperti makan di restoren mewah, membeli gajet terkini dan sebagainya perlu anda hadkan dan apa yang diperlukan adalah sedikit disiplin kepada aktiviti harian anda.

Bagaimana pula dengan perbelanjaan tetap? Perbelanjaan ini tidak boleh dielakkan atau dikurangkan terus untuk disesuaikan dengan keadaan kewangan anda. Perbelanjaan seperti ini adalah seperti:

1) Pembiyaan rumah, kereta atau pinjaman pendidikan.
2) Pembayaran bil-bil tetap seperti elektrik, cukai pintu atau bil telefon
3) Wang saku bulanan anak atau pemberian kepada ibu-bapa.

Walaupun anda tak boleh hapuskan terus perbelanjaan seperti ini, ada caranya untuk anda kurangkan perbelanjaan ini.

Tip 2: Kawal perbelanjaan anda.

Anda tidak sepatutnya berbelanjan mengikut sesuka hati anda. Usaha anda untuk berjimat hanya akan menjadi sia-sia sekiranya anda terus membeli barang tanpa perancangan dan komitmen anda untuk membayar bulanan bertambah. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan tangguhkan dulu barang “mewah” anda sehingga anda berkemampuan untuk membelinya!

Tip 3: Hadkan penggunaan kad kredit

Sekiranya anda gemar menggunakan kad kredit tanpa rasa bersalah, sudah sampai masanya tabiat tersebut anda perlu lupuskan. Memanglah, kad kredit memudahkan pembelian barang, namun penggunaan kad kredit yang tidak berdisiplin akan menyusahkan anda kelak. Sebenarkan penggunaan kad kredit tanpa kawalan menyebabkan anda berbelanja tidak mengikut kemampuan anda. Semakin anda berhutang dengan kad kredit dan membayar dengan kadar yang minimum, lagi tinggi faedah yang dikenakan oleh pihak bank dan ini menyukarkan anda untuk menyelesaikan hutang kad kredit anda.

Hadkan kad kredit anda kepada satu atau dua kad sahaja, dan pastikan hutang kad kredit dijelaskan sebaik-baiknya dalam masa sebulan atau disiplinkan diri anda untuk membayar hutang kad kredit tepat pada masanya.

Banyak lagi tips yang boleh saya dikongsikan. Insya Allah saya akan kongsikan lagi pada entri akan datang 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published.