Strategi Pemasaran Instagram
Dalam artikel yang lepas, saya dah kongsikan kepada anda kelebihan melalakukan pemasaran melalui instagram.
Kempen pemasaran ini masih baru dan tak ramai yang melakukannya lagi. Namun, hasil yang diterima agak mengkagumkan memandangkan kebanyakkan pengguna kini memiliki smartphone dan mempunyai aplikasi instagram di dalamnya.
Bagaimana memulakan kempen pemasaran melalui Instagram? Ikuti strategi yang diberikan di bawah ini:
1. Dapatkan akaun dan kemaskini profail
Perkara pertama yang anda perlu lakukakan adalah untuk mendapatkan akaun Instagram melalui aplikasi di telefon pintar anda. Kemudian anda perlu mengemaskini profail dan memuatkan gambar profail supaya sekiranya ada orang yang ingin mengetahui mengenai gambar-gambar yang dimuatkan tadi, mereka boleh menyemak di ruangan profail.
2. Kerap memuat naik imej produk diselangi dengan imej berkaitan
Kemudian anda bolehlah mula memuat naik imej produk atau perkhidmatan yang dipromosikan. Namun awas, imej jualan tidak boleh dimuatkan terlalu kerap untuk tidak membosankan rakan-rakan Instagram yang lain. Oleh itu, sebagai tip, anda bolehlah memuatkan gambar-gambar lain yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan anda serta berkongsi maklumat bermanfaat dengan mereka. Kemudian baru anda selangkan dengan gambar jualan itu tadi.
3. Lancarkan peraduan untuk mendapatkan lebih ramai pengikut
Untuk mendapatkan lebih ramai peminat, anda boleh melancarkan peraduan. Sebagai contoh, sesiapa yang memberikan komen paling kreatif untuk gambar-gambar tertentu akan mendapat produk percuma dan sebagainya. Ini akan menggalakan orang lain untuk menjadi pengikut akaun Instagram anda dan mereka akan meninggalkan komen bagi tujuan memenangi peraduan yang dilancarkan.
4. Berikan pengikut anda kod promosi
Dari semasa ke semasa, anda juga boleh memberikan kod promosi kepada rakan-rakan Instagram. Jangan lupa untuk meletakkan tarikh sah untuk kod tersebut, supaya tempoh sah yang terhad akan menyebabkan rakan-rakan anda teruja untuk melakukan pembelian dengan segera bagi membolehkan mereka menggunakan kod promosi itu tadi.
5. Beri penghargaan kepada pengikut anda
Selanjutnya, anda perlu menunjukkan penghargaan kepada pengikut anda. Sebagai contoh dengan menunjukkan di profail anda gambar-gambar mereka yang menarik perhatian, membalas komen mereka ataupun berkongsi gambar dari akaun Instagram mereka dari semasa ke semasa. Dengan cara ini, mereka akan merasa dihargai, di samping anda mengukuhkan penjenamaan perniaagaan internet dengan menggunakan medium Instagram.
6. Promosikan akaun Instagram anda secara online dan offline
Akhir sekali, sudah tentu anda kena promosikan nama profail Instagram secara online dan juga offline. Sekiranya secara online, bolehlah anda memasukkan link profail anda di laman web serta media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter dan Google+. Manakala sekiranya secara offline pula, anda boleh memasukkan.
Itulah dia, sedikit perkongsian ringkas mengenai strategi pemasaran menggunakan aplikasi Instagram.
Selamat mencuba!
Location:Jalan Pahang,Kuala Lumpur,Malaysia
How cialis erectile dysfunction gives Viagra a run for its money Can I combine Cialis with any other medications?
cheap viagra For Women Herbal in Tyler .
I discovered your blog web site website on the search engines and check several of your early posts. Always sustain up the very excellent operate. I lately additional increase Rss to my MSN News Reader. Looking for toward reading much far more on your part later on!