Azli Paat telah meninggal dunia pada 6 Februari 2012 jam 7:30malam di rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur kerana demam panas.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Sedikit informasi mengenai Azli Paat:
- Merupakan seorang IT genius
- Pengasas sistem SMS DAPAT dan sistem SMS RAKANCOP
- Berjaya mengubah cara orang ramai da organisasi dalam berkomunikasi.
- Panel utama di ruangan ICT dan Anda di Bernama Radio 24 setiap Isnin-Jumaat jam 7:50pagi (siaran terakhir beliau pada 5 Februari 2013)
- Pemenang Anugerah MSC Malaysia APICTA 2012
- Pengasas ADACode, sistem penghantaran mesej interaktif untuk agensi kerajaan
- Entreprenur yang dikagumi dalam industri IT
Berita penuh sumber dari Bernama:
Pakar ICT Azli Paat meninggal dunia
2013/02/07 – 00:45:47 AM
KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri ‘Best of the Best’ APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam ini.
Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.
Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam.
Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya.
Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.
Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok.
Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.
Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.
Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari.
Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.
“Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri,” katanya.
Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lalu, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – BERNAMA
Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Al-fatihah..
Alfatihah untuk beliau, saya dah lama mengenali beliau, lg pun org kampung saya.
Kali terakhir berjumpa pada tahun 2006, di Hotel Nikko, KL semasa seminar…