Idea Duit Cepat di Internet

Perniagaan di internet  bukanlah perniagaan yang mempunyai trend, musim atau sesuatu yang akan ditelan zaman. Internet merupakan lubuk duit bagi sesiapa yang bijak mencari peluang. Selagi ada internet, selagi itulah perniagaan internet akan wujud. Ia berhubung-kait dengan permintaan di internet, selagi ada permintaan terhadap produk online, selagi itulah perniagaan internet tetap akan menjadi perniagaan yang relevan.

Jadi, kenapa tunggu lagi? Marilah sertai perniagaan yang tiada had ini sama ada secara part time atau full time. Namun, ada satu lagi perkara yang anda perlu tahu dalam perniagaan internet ini iaitu perniagaan ini mampu memberi pendapatan segera kepada anda.

Apa yang anda perlu ada adalah sambungan internet dan sedikit kemahiran, anda sudah boleh memulakan pencarian wang anda. Perniagaan yang saya maksudkan adalah buat duit melalui freelance iaitu melakukan pekerjaan untuk orang lain.

Di sini, saya akan huraikan 3 jenis kerja sambilan utama yang ada di internet. Sebenarnya terdapat banyak lagi kerja kerja sambilan tetapi saya akan utamakan yang tiga ini dahulu:

1. Articel writing atau menulis artikel.

Di internet, pekerjaan ini adalah yang paling panas  dan saingan pula adalah sangat sengit. Namun, anda tidak perlu gusar kerana di situ ada kemahuan, di situ ada jalan. Kini semua orang ingin berblog dan menjana pendapatan darinya. Namun, tiada semua orang ada masa atau ada bakat dalam menulis.

 Jadi, mereka akan mengupah orang untuk menulis bagi pihak mereka. Di sinilah anda mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan darinya. Ada banyak jenis kerja penulisan yang boleh anda lakukan, antaranya 

  • Penulisan artikel.
  • Penulisan blog.
  • Cerita pendek.
  • Lagu.
  • Sajak dan puisi.
  • Cerita lawak.
  • Penulisan artikel akademik 

Pendek kata, segala jenis pekerjaan penulisan ada di tawarkan di Internet. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari sahaja pekerjaan yang di tawarkan dan jana wang darinya. 

Untuk setiap artikel yang di tulis, anda mungkin akan di bayar sebanyak RM 7-10. Namun, apabila reputasi anda sudah meningkat dan tahap penulisan anda bertambah baik, anda mungkin akan di bayar sehingga 10 USD bagi setiap artikel. Bayangkan dalam sehari anda menulis 10 hingga 20 artikel, sudah tentu kerja ini bakal membantu anda dari segi kewangan kan?

2. Tawarkan apa sahaja servis ringkas.

Apa sahaja servis yang anda mampu beri anda boleh jual servis anda itu. Antara servis yang anda boleh jalankan adalah

  • Mengambil upah promosi produk di forum-forum.
  • Mengambil upah melakukan tugas SEO seperti submit site ke sosial bookmark.
  • Mengambil upah mendownload video dari youtube, letak watermark dan upload ke kembali ke youtube.
  • Mengambil upah melakukan keyword research.
  • Mengambil upah download movie.
  • Mengambil upah beli barang dari pasar raya dan hantar ke rumah pembeli.
  • Mengambil upah menjadi latar suara di video. 

Pendek kata, apa sahaja yang anda mampu sumbangkan, anda boleh jana pendapatan darinya. Contoh terbaik ada di fiver.com manakala untuk versi Malaysia pula anda boleh postkan servis anda di Murahnya.my

Di Fiver dan Murahnya.my terdapat banyak perkhidmatan pelik yang di cadangkan. Mungkin anda boleh tiru dan dapatkan idea dari perkhidmatan di sana.

Jual website yang sudah siap.

Anda reka apa-apa website yang anda selesa dan tahu. Kemudian anda jual di website di atas. Jika ada yang berminat, mereka akan beli. Jadi, tidak ada tekanan di sini. Antara website yang boleh di jual adalah 

  • Automatik blog.
  • Blog yang siap sedia untuk di gunakan.
  • Website jualan beserta dengan produk.
  • Website reseller
  • Website korporat. 

Jual sahaja website yang sudah siap kepada pelanggan-pelanggan di

  • www.flippa.com
  • www.ebay.com
  • www.websitebroker.com

Anda boleh jual website yang sudah siap ini antara 50USD hingga 200 USD bergantung sejauh mana tingginya permintaan. Semakin tinggi permintaan, semakin tinggi nilai website anda.

Sekiranya anda nak tahu teknik website yg nak dijual, apa kata anda ke website ini: Teknik Flip Website

Kesimpulan

Setiap hari di Internet terdapat berpuluh ribu kerja kerja sambilan di tawarkan kepada sesiapa yang mahukannya. Apa yang anda perlu ada adalah kemahiran dan skill yang tertentu. Jadi, Jangan mencari alasan lagi yang anda tiada idea di internet. Apa yang penting, lakukannya sekarang!

Leave a comment

Your email address will not be published.