5 Cara Mudah Untuk Menjana Pendapatan di Facebook

Salam sejahtera semua,

Baca artikel saya kali ini sekiranya anda merupakan salah seorang penjual di Facebook ataupun baru berjinak-jinak dalam perniagaan di FB.

Menjual di Facebook: Lima Teknik Mudah untuk Mendapat Sales

menjual di facebook

1. Berikan tempoh ataupun kuota terhad. Contohnya, “jualan dibuka selama 3 hari sahaja”, dan “jualan istimewa ini akan ditutup setelah cukup 30 orang pembeli.”

2. Lakukan Follow Up kepada yang telah bertanya / berminat. Jika kita telah memberi maklumat kepada mereka yang berminat tetapi mereka tidak membuat pembelian, maka lakukan follow up, iaitu menghubungi mereka semula. Tanya mereka, apakah yang boleh kita bantu, atau adakah mereka mempunyai sebarang pertanyaan / kemusykilan, atau ingatkan kembali kepada mereka tarikh tamat jualan.

3. Pastikan mereka yang Like Page anda adalah yang benar-benar “targeted” (berpotensi), iaitu sesuai dengan produk yang kita jual. Tiada guna kita mempunyai 10 ribu Likes, tetapi mereka bukanlah individu yang berminat.

4. Buat FB Ads dan target mereka yang sudah Like Page anda sahaja. Penting untuk kita tahu, post FB Page biasanya akan dilihat oleh sekitar 20% orang yang Like FB Page kita. Jadi untuk memastikan semua ataupun sebahagian besar mereka nampak post jualan kita adalah dengan menggunakan FB Ads.

5. Gunakan gambar produk atau gambar perniagaan yang jelas, menarik dan profesional. Anda boleh hasilkan sendiri, dapatkan perkhidmatan jurugambar yang pakar, ataupun minta pihak pembekal menyediakannya.

Mungkin banyak lagi strategi yang boleh anda gunakan untuk meraih jualan yang banyak di Facebook. Namun, 5 teknik ini sahaja sudah mampu untuk meraih pendapatan 5 angka sebulan.

Anda suka artikel ini? Silakan share di Facebook anda dengan klik button FB likes di atas 🙂

 

 

2 comments

  1. Thank you for sharing this excellent information expects some additional in near destiny. i prefer commenting on articles which i exploit to comment usually. I consider all points you have I will observe all of them. i actually like your expressive style.

Leave a Reply to essay writing service reviews Cancel reply

Your email address will not be published.