Salam sejahtera,
Pada awal Mei yang lepas, saya ada menghantar satu emel kepada subscriber saya sekiranya mereka mempunyai permasalahan mengenai perniagaan internet. Alhamdulillah, respon yang saya terima tidak kurang hebatnya dan kebanyakkan dari mereka memberikan soalan yang bernas dan baik. Saya akan beberapa soalan yang diberikan dengan ilmu yang saya ada. Ikuti soal-jawab perniagaan internet di bawah ini:
Soalan 1.
Saya pun masih lagi mencari pendapatan sampingan, dan sekarang ni masih lagi juga buat marketing untuk satu produk MLM
Jawapan: Terima kasih atas soalan, tahniah kerana mempunyai semangat jati diri untuk menjana pendapatan sampingan. Apa yang penting saudara mempunyai passion terhadap bidang tersebut dan fokus apa yang anda lakukan.
Untuk produk MLM yang saudara promosikan, pastikan saudara mempromosikan manfaat produk tersebut, bukan manfaat daripada menyertai skim MLM tersebut. Kerana jika anda mempromosikan kelebihan MLM tersebut dari segi kewangan
maka secara dasarnya anda boleh dicop sebagai skim cepat kaya ataupun skim piramid. tidak dapat dinafikan banyak produk MLM yang bagus namun disebabkan janji-janji agen yang mementingkan manfaat kewangan berbanding produk, perniagaan MLM tersebut cepat jatuh.
Soalan 2.
Saya Mempunyai tajuk cadangan untuk saudara kongsikan:
- – Cara mendapat “leads” yang berkesan.
- – Viral blogging cara berkesan.
- – SEO blog post berkesan.
- – Cara mendapat trafik serta tukar trafik kepada jualan.
Jawapan: Insya Allah, setiap tajuk ini saya akan bincangkan dengan lebih terperinci untuk entri yang akan datang.
Soalan 3
Boleh saudara berikan panduan internet marketing, cara berblogging dan cara marketing di forum?
Jawapan: Untuk panduan pemasaran internet dan cara berblogging, saya banyak kongsikan di artikel yang lepas dan pemasaran forum saya akan berikan dalam satu entri khas.
Soalan 4
Bagaimana untuk menjalankan pemasaraan internet yang bergerak secara berkumpulan dan saling membantu?
Jawapan: Untuk soalan ini, saya sangat sarankan supaya anda menyertai mana-mana seminar perniagaan internet yang dijalankan oleh ikon IM. Dari situ, anda boleh membina jaringan perniagaan dan siapa tahu anda boleh membina team anda sendiri?
Saya sendiri pernah membina jaringan network melalui seminar atau kursus yang saya sertai 🙂
Soalan 5.
Saya sekarang sedangan membuat insurans/takaful. Boleh bagi idea bagaimana untuk mempromosikan bisnes tersebut di internet?
Jawapan: Banyak cara anda boleh mempromosikan bisnes takaful, antaranya melalui blog, video dan juga sosial media seperti di Facebook. Ceritakan manfaat yang prospek akan peroleh sekiranya mereka mendapatkan plan takaful dari anda. Kemudian bina fanpage Takaful anda sendiri dan rajin-rajinkan untuk pos mengenai tips tips plan takaful yang anda tahu. Gunakan FB ads untuk menarik banyak like dan mengumpul banyak prospek. Tunggu dan lihat hasilnya.
Sekian sahaja untuk kali ini. Saya akan sambung dalam emel yang akan datang.
This TV commercial for cialis prescription online hilariously illustrates the side effects of taking the drug.
Improvement Specialist for the Donald D.