Entri ini mungkin agak berbeza sedikit dari entri-entri sebelum ini. Tapi saya ingin menulis mengenai isu ini yang saya rasa sehingga kini masih lagi berleluasa dikalangan masyarakat kita hari ini.
Sehingga hari ini, kita masih lagi mendengar isu ini. Tak habis-habis dengan skim cepat kaya! Menurut para ulama dan pakar agama, Islam yang telah menggariskan bahawa sebarang pendapatan atau keuntungan yang berpunca daripada sumber yang haram ataupun gharar (was-was) adalah hukumnya haram, dan sekiranya perkara yang ingin dilakukan itu memberi risiko yang buruk, maka hukumnya akan jatuh haram juga.
Dalam konteks ini, memang jelaslah bahawa skim cepat kaya yang diwar-warkan oleh orang kita dewasa ini lebih membawa kepada unsur haram dan menzalimi diri sendiri yang ternyata ditegah oleh Allah S.W.T. Hukum ini tidak kira sama ada individu yang menubuhkannya mahupun individu yang menyertai skim ini.
Falsafah “Melayu tolong Melayu” ataupun seumpama dengannya jelas mengajak orang lain supaya menyertai skim tersebut, supaya penganjur akan cepat mendapat keuntungan hasil daripada penyertaan skim tersebut oleh orang ramai.
Jelaslah, skim cepat kaya ini bukan sahaja melanggar undang-undang negara, malah amat dilarang dalam Syariah Agama.
Ciri-ciri Skim Cepat Kaya:
1) Perniagaan lebih pada mencari prospek baru dalam menaja atau merekrut ahli baru, berbanding daripada penggunaan ataupun pembelian produk.
2) Menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat berdasarkan bilangan ahli yang ditaja.
3) Diajak mendengar ceramah ataupun taklimat di hotel atau tempat yang mewah, mengenai sesuatu perniagaan yang tidak difokuskan kepada kualiti atau cara pemasaran produk.
4) Produk atau perkhidmatan yang dijual oleh syarikat terbabit tidak setimpal dengan nilai sebenar. Contohnya produk kopi dijual dengan harga RM 230 sekotak sedangkan anda boleh dapatkannya kurang daripada RM 10.
Ingat, jangan biarkan diri anda ditipu lagi!
Harga produk dan kepenggunaan produk tu penting.
Skg byk business yg hanya gah dalam menunjukkan testimoni2 (ada testimoni tipu), sijil itu ini (ada sijil beli) dan pendapatan ribu-ribuan (sedangkan money game, yg awal mmg kaya raya)