Bisnes ecommerce sekarang dah jadi satu trend memandangkan semua orang kena duduk rumah dan pasaraya ditutup.
Bila ini berlaku, banyak jenama besar juga dah turut aktif dalam ecommerce dan menyumbang kepada peralihan pelanggan daripada beli kat kedai kepada beli secara online.
Namun, ecommerce ni ada banyak benda kena ambik tau. Ia bukan bisnes yang mudah seperti bisnes ebook.
1. Inventory
Ni boleh kata macam darah bagi sebuah bisnes ecommerce. Tak ada produk nak dijual, maka tak ada lah bisnes. So, inventory kena jaga bebetul. Stock in stock out, kena pandai manage.
2. Payment gateway
Kaedah bayaran apa yang kita guna? Adakah konsep bayar macam biasa baru barang hantar? Adakah COD? Adakah subscription? Kena tengok juga berapa lama fund release oleh gateway. Sebab kita perlu rolling dengan cepat untuk stock up inventory.
3. Ecommerce platform
Sekarang ni dah banyak ecommerce platform. 2 favourite saya adalah Woocommerce dan Shopify. Nak tentukan ecommerce platform yang mana sesuai untuk kita, kena tengok juga apa strategi marketing yang kita nak gunakan. Kedua2 platform ni ada banyak plugin dan apps untuk buat pelbagai strategi marketing.
4. Shipping
Bisnes ecommerce tak dapat lari daripada bercakap pasal shipping. Ia satu benda yang sangat penting. Memilih shipping provider yang betul perlu mengambilkira kos shipping per kg, kepantasan sampai kepada pengguna, dan coverage. Selain tu, tengok juga yang mana boleh support bisnes kita dengan baik seperti proses automasi, dan airwaybill.
5. Gambar
Apa saja bisnes di Internet, gambar memainkan peranan utama kerana orang tak boleh nak tengok depan2 dan feel, pegang, sentuh barang yang kita jual. Jadi, kita kena pastikan kita invest untuk dapatkan gambar yang cantik dan menarik. Dengan gambar yang menarik, bisnes dari rumah boleh compete dengan bisnes besar macam Adidas dan Ikea.
Selepas kita dah setup ecommerce business kita, barulah kita masuk ke bahagian yang paling penting iaitu MARKETING.
InsyaAllah akan datang saya akan kongsikan pula macam mana nak buat marketing untuk bisnes ecommerce.
Nota: Posting ini merupakan perkongsian dari Tuan Ammar Zahar melalui Telegram beliau. Sekiranya mahu info lanjut, boleh turut serta dalam channel Telegram beliau di https://t.me/tipsammarzahar