Salam semua,
Semalam saya baru menerima hadiah berupa sebuah buku dari PTS. Waah, terkejut jugak sebab saya tak sangka boleh dapat juga hadiah dari mereka. Ini kerana saya ada mempromosikan Peraduan “Saya Mahu hadiah Buku PTS” yang diadakan pada December 2009 lepas.
Walaupun agak lewat sikit, takpelah. Janji dapat kan? Tajuk buku yang saya dapat tu ialah “Internet Marketing untuk Bisnes Kecil” yang ditulis oleh Zamri Mohamad dan Izwan Wahab. Saya baru baca beberapa muka surat baru sejak 2 hari lepas, kena curi masa lagi ni nak habiskan buku ni. Namun, so far isi kandungan buku ini amat menarik dan sesuai untuk dibaca oleh sesiapa yang ingin memulakan pernigaan internet.
Ha.. inilah salah satu kelebihan berblog kan? Selain memberi informasi kepada pengunjung yang bertandang di blog kita, kita juga boleh dapat hadiah percuma daripada pengiklan kita. Tidak lupa juga, blog ni dapat membina personaliti kita di internet. Orang akan mula mengenali kita dan memberi kepercayaan kepada kita sekiranya mereka ingin berurusan dengan kita.
Sampai di sini dahulu catatan saya. Akhir kata terima kasih PTS!