Bagaimana Anda Boleh Tingkatkan Sales Melalui Facebook Fanpage?

Kaedah Pemasaran Facebook yang Berkesan

Sumber: limebloo.com

 

Beberapa tahun lalu, mempunyai laman Facebook kebanyakannya hanya untuk tujuan peribadi dan bersosial dengan rakan-rakan. Kini, semuanya telah berubah. Facebook juga telah menjadi sumber pendapatan bagi kebanyakan usahawan online.

Hambir satu bilion akaun sama ada peribadi dan perniagaan, Facebook kini telah berkembang dari semasa ke semasa. Persoalannya, bagaimana untuk anda mendapatkan golongan sasaran tersebut dan bagaimana membuat mereka menyedari apa yang anda akan tawarkan?

Cuba anda gunakan cara di bawah dalam pemasaran Facebook anda:

1. Profile Fanpage yang Berkualiti

Pastikan profail dan maklumat Fanpage anda diisi dengan lengkap. Jangan biarkan Fanpage kelihatan seolah-olah ia hanya separuh siap. Kekalkan tahap profesionalisme anda dan jelaskan pada Fanpage anda itu bahawa anda mengambil berat tentang pelanggan anda dan akan sentiasa ada untuk menjawab apa-apa soalan yang mereka tanyakan. Jika anda tidak mempunyai gambar sendiri untuk diletakkan di profail, logo anda juga boleh digunakan.

2. Menyesuaikan Halaman Anda

Jadikan page Facebook anda unik dan menarik berbanding fan page Facebook yang lain. pastikan design dan cover timeline Fanpage anda lebih relevan dengan perniagaan/produk anda dan pelanggan anda. Gunakan imej yang cantik dan memukau supaya jenama anda lebih mudah diingati oleh pelanggan anda.

3. Libatkan Pelanggan dalam Komen

melibatkan mereka dalam perbualan atau perbincangan merupakan salah satu cara terbaik untuk mendapatkan pengunjung untuk “Like” anda di Facebook. Bagaimana produk anda dapat membantu fans anda? Mulakan perbincangan mengenai produk anda dan dapatkan feedback dari mereka. Ini akan membuatkan pengguna datang ke dalam perbincangan untuk menambah input atau memberi pendapat, dan yang lebih penting membaca apa yang orang lain katakan mengenai produk anda.

Sebagai contoh, jika anda menjual perkhidmatan menjual kasut, cuba memulakan perbualan mengenai fesyen terkini, jenis kasut yang sesuai untuk dating dan bersuka-ria, dan bajet dalam membeli kasut. Banyakkan memberi pandangan dan tips kepada pelanggan anda.

4. Buat Promosi dan Tawaran Istimewa

Semua orang sukakan diskaun. Pelanggan anda akan melonjak sekiranya anda menawarkan promosi dan tawaran istimewa kepada pengunjung Anda sebenarnya mengambil berat tentang mereka dengan memberi mereka tawaran istimewa dengan harga yang berpatutan sekiranya anda kerapa melakukan promosi jualan diskaun.

5. Mengadakan Peraduan dan Cabaran

Salah satu cara untuk menjadikan fan page Facebook anda terkenal adalah dengan membuat cabaran dan peraduan kepada fans anda. Galakkan peserta peraduan menyebarkan link fanpage anda, supaya ia mudah tersebar dan rakan-rakan peserta peraduan juga akan turut serta like pada Fan Page anda. Ini merupakan teknik yang viral dan menjimatkan kos!

Teknik Facebook Ads dalam Perniagaan Online Anda

Kalau anda nak tahu, teknik paling HOT dalam pemasaran di Facebook ialah melalui Facebook Ads.

FB Ads adalah singkatan kepada Facebook Advertising ataupun pengiklanan di Facebook. Kalau anda perasan, setiap iklan
dipaparkan di sebelah kanan Facebook, mengikut kesesuaian penggunanya seperti jantina, umur dan minat mereka.

FB Ads ini membolehkan pengguna di Facebook (FB) mengiklankan produk, perniagaan atau perkhidmatan mereka di FB. Dah ramai usahawan internet telah menjana ribuan ringgit melalui FB Ads ini. Kalau anda tak join sama beriklan di FB memang rugi! Tapi untuk mengusai teknik iklan di FB ni, anda tak boleh terus redah sahaja Kalau tak kena caranya, anda boleh rugi sebab beriklan di FB.

Ada yang dah habis beratus ringgit beriklan di FB, tapi tak dapat satu jualan pun. Sebabnya, mereka tak mengetahui teknik post iklan yang betul!

Untuk itu, Saudara Jamal dan Ali Hanafiah akan membantu anda bagaimana anda dapat meminimakan kos iklan serta mengelakkan kerugian beriklan di FB. Bukan sahaja elak dari rugi, malah anda boleh untung besar lagi.. fuhh…

Apa kata anda terus sahaja lawat website di bawah:

[+] Teknik FBAds Optimization (FBO)