Bagaimana Anda Boleh Meningkatkan Trafik dan Laman Web Anda Secara Berterusan?
Semua orang tahu bahawa antara rahsia untuk berjaya menjual di internet ialah dengan mendapatkan trafik yang banyak.
Trafik, ataupun pelawat laman web anda merupakan nadi utama perniagaan internet.
Tanpa jumlah pelawat yang banyak, produk yang hebat pun belum tentu dapat dijual. Tapi, bagaimana nak mendapatkan jumlah pelawat banyak dan berterusan?
Ikuti tip-tip yang saya berikan di bawah ini:
1) Komen di Blog yang Popular
Ini merupakan cara yang simple untuk mendapatkan trafik yang berterusan. Anda boleh gunakan Software Blog Tracker Plus yang saya berikan melalui Software Sempoi, kerana software tersebut akan menyenaraikan ranking Alexa sekali. Lawat sekurang-kurangnya 5 blog mempunyai ranking alexa terendah, dan berikan komen yang bernas pada entry baru blog tersebut. Masukkan laman web anda di bahagian website. Cuba amalkan langkah ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan lihat hasilnya nanti!
p/s: Pastikan pada ruangan komen, anda gunakan nama samaran anda dan bukannya keyword, supaya admin blog tidak mem’ban’ komen anda.
2) Linkkan website anda dengan Facebook.
Pastikan anda add rakan-rakan yang mempunyai sama niche dengan blog anda. Apabila blog anda mempunyai entri baru, pastikan Facebook anda dapat memaparkan blog anda secara automatik pada status anda, dan apabila rakan-rakan FB anda membaca status fb tersebut, mereka akan terus klik untuk membaca blog anda.
Saya juga pernah membuat teknik ini dan menyedari kebanyakkan trafik website saya datangnya dari FB. Terdapat beberapa plugin yang boleh updatekan entri blog anda pada FB secara automatik seperti Networkblogs dan Blogupp.
3) Teknik Optimasi Enjin Carian (SEO)
Teknik ini mungkin mengambil masa yang lama, tetapi amat berbaloi sekiranya dilakukan secara berterusan. Namun tidak mustahil sekiranya anda berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Pastikan keyword utama website anda dinyatakan di dalam beberapa entry blog anda, dan blog yang sentiasa dikemaskini akan disukai oleh enjin pencari, terutamanya Google. Saya akan terangkan teknik SEO ini lagi dalam emel akan datang 🙂
4) Hantar Artikel anda ke Laman Artikel
Anda ada artikel yang menarik? Inilah peluang anda, gunakannya sebaik mungkin. Hantar artikel anda tadi ke blog/web info yang mengumpul pelbagai maklumat dan mempunyai trafik yang tinggi. Antara laman artikel yang saya syorkan ialah 1artikel
Cubalah teknik-teknik di atas, tak semestinya anda perlu cuba semua. Tapi yang penting anda buat secara konsisten, saya yakin dalam jangka panjang trafik anda akan datang mencurah-curah!