Idea yang aku nak bawakkan ni very simple je iaitu:
Jual Produk Fizikal Tanpa Simpan Stok Banyak
Bagaimana?
Caranya mudah sahaja iaitu join mana-mana company direct selling/MLM atau jadi agen kepada mana-mana produk. Tapi sebelum join mereka, kena pastikan dahulu yg produk2 mereka tu boleh dijual melalui internet atau tak boleh. Sesetengah company melarang ahlinya menjual melalui internet. So pastikan dulu sebelum meneruskan langkah seterusnya.
Dgn join diaorang, kita tak perlu kumpul inventori atau stok barang yang terlalu banyak. Beli stok sebagai ready stock sahaja. Kalau dah habis, pergi dapatkan lagi kat stokis/cawangan company. Simple..
Kemudian, pastikan produk yg akan dijual itu adalah:
1. Produk terbaik kat company tu. Aku yakin saper yg biasa ikut MLM, dia tahu pasal core product. Setiap company direct selling pasti ada produk yg terbaik.
2. Boleh terjual. Bermaksud, ada orang dan pasti ada orang akan beli sebab produk tu betul2 diperlukan untuk selesaikan masalah mereka.
3. Untung yg memadai. Kalau produk tu untung sepuluh sen dua, ermm, better tak payahlah. Tapi kalau nak jual juga, ada strategi untuk tambah untung.. Baca point ke-4 nih:
4. Produk yg dijual akan diulang beli. Mudah cerita, pembeli produk tu akan beli lagi bila produk tu dah habis diguna. Mereka ni dipanggil repeated buyers. Contohnya korang jual produk kesihatan lah. Bila pembeli tu dah abis guna, dia akan beli lagi dan lagi. So keuntungan tu akan berterusan.
Satu lagi trik ialah, masa hantar barang yg pembeli tu beli, sertakan katalog produk yg menyenaraikan produk2 lain yg korang jual. So kat sini, korang akan dapat untung pada produk lain pulak kalau diaorang beli.
Pendek kata, jangan main jual apa sahaja. Jual sesuatu yg ‘terbaik’ dan ia memang boleh selesaikan masalah ramai orang. Kalau produk tu UNIK dan takde company lain jual, maka lagi la bagus.
PERINGATAN: Jangan tambah untung pada produk direct selling/MLM. Jual pada harga pengguna yg company dah tetapkan. Kalau tak, itu dah ‘pecah amanah’ namanya. Harga yg company tetapkan tu pun dah termasuk untung runcit. Sebaliknya juga, jangan jual dgn harga murah (kurang dari harga yg ditetapkan). Tu pun langgar aggreement jugak. Berniagalah dgn etika.
Rasanya takat ni dulu tip/idea yg aku nak bagi. Mungkin idea aku ni simple dan ramai orang dah tahu. Tapi aku pasti, at least idea sebegini boleh uraikan kekusutan orang baru yg nak mula internet business.
TIP EMAS: Korang pergi kat thread jual beli kat forum, dan contact member2 forum yang aktif menjual kat sana. Hubungi diaorang dan tanya perkara2 yg berkaitan. Bagitahu diaorang, kalau nak kenakan caj untuk jawab soalan pun, tak kisah. Cara ni lagi cepat berbanding cari2 sendiri.
Tanyalah diaorang pasal apa pun macam soal shipping (penghantaran/pos/kurier), bungkusan barang dan lain2 lagi.
Kalau sape2 ada soalan, tinggalkan komen kat bawah ni. Saya akan cuba jawab dan membantu. Kalau saya tak tahu, kita tungggu yg tahu jawab. hehehe..