Berbaloikah Perniagaan Internet?

Perniagaan internet
Fuh… lama sungguh saya tak update blog ni.. banyak perkara yang saya tak luahkan dalam blog ini sebab kekangan masa untuk memerah idea untuk menulis. Hakikatnya, saya byk habiskan masa dengan perniagaan online saya. Tapi tak mengapalah, asalkan ada entry yang boleh dikongsikan bersama pun jadi lah.

Kali ini saya nak cerita sedikit tentang perniagaan internet.. ramai orang, terutamanya rakyat malaysia ingatkan perniagaan internet ni cepat kaya seperti masuk MLM, pelaburan internet dan sebagainya. Ramai orang beranggapan bahawa dengan perniagaan internet ni kita boleh kaya dengan sekelip mata. Hakikatnya.. ia bukanlah sesenang yang kita fikirkan. Seperti pepatah inggeris:

Rome wasn’t build in a day

Hakikatnya, kejayaan bukanlah boleh kita capai dengan sekelip mata. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita capai sekiranya kita mengetahui teknik yang betul. Yang penting, seseorang yang ingin berjaya di internet perlu membina kredibiliti di internet dahulu. Ini adalah supaya para pelanggan akan percaya dengan kita dan akan senang berurusan dengan kita sekiranya mereka ingin membeli barangan dari kita kelak.

Namun persoalan saya, adakah berbaloi. Secara peribadinya, saya berasa amat berbaloi dengan perniagaan internet. Berbanding dengan perniagaan offline (seperti membuka bazaar atau kedai fizikal). Kita perlu menghabiskan masa untuk menjaga kedai ataupun perlu membayar gaji kepada pekerja. Lagipun kos untuk memulakan perniagaan internet adalah lebih rendah berbanding perniagaan biasa… Ada yang boleh mula dengan RM 0 sahaja!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan internet, nasihat saya jangan bertangguh lagi. Banyakkan pembacaan dahulu dan bertindak cepat… sebelum lebih ramai yang ingin sertai dan anda akan terus ketinggalan.

Salam kejayaan!

2 comments

Leave a comment

Your email address will not be published.