Hai pembaca sekalian,
Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang supaya anda mempunyai
duit lebih untuk menikmati hidup yang lebih baik. Dan saya terbaca satu artikel
mengenai sistem yang boleh anda ikut.
Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya rasa ianya termasuk
cara melenyapkan hutang.
Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah berikut.. dan matlamat
anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai.
1. Periksa rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa
yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata
bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.
Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk
beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli
goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit.
Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar… hehe
2. Kirakan jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil
yang perlu anda bayar dalam sebulan.
3. Tuliskan senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah.
Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas
kinikan rekod senarai hutang ini)
4. Buat senarai pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan.
Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.
5. Dan tengok baki bulan yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa
anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.
6. Senaraikan hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:
1)Hutang handphone RM1000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta waja RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000
7. Sekarang anda perlu ‘menyerang’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu.
Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (handphone?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.
8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu
anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan
sebanyak 10%, iaitu RM200 sahaja.
9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan
RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang. Cuba fikirkan
semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga
Anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar,
cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya
anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.
10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang
kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300.
(RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.
Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun.
Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan,
dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.
Pembaca sekalian, gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.
Sekian tips dari saya.. harap amalkan ye!
Aslkm,salam ziarah,helo kenal xdengan blog OhMisteri ? kalau belum knl,jom ke situ http://ohmisteri.blogspot.com , n jgn lupe linkkn skli blog ni, ok …..
tips bayar hutang yang bagus untuk dipraktikkan. bolehlah saya share dgn kawan2 yg lain.
Terima kasih, sudi-sudikanlah share ye!
nice share