Dalam artikel yang lepas, saya sudah terangkan secara serba ringkas mengapa anda perlu melakukan pemasaran melalui Youtube. tak kiralah anda ini seorang usahawan internet, penjual tudung di FB, pemasar kerepek/produk makanan di forum atau facebook, teknik ini semestinya berkesan sekiranya anda lakukan. Kerana apa? 90% daripada pengguna internet suka untuk menonton video dan pemasaran video adalah sangat viral!
Baiklah, kini anda sudah tahu potensi menggunakan kaedah promosi YouTube untuk bisnes internet anda. Sekarang mari kita lihat apakah tip-tips untuk melakukan promosi melalui portal ini.
1. Hasilkan video yang menarik
Sebaik memutuskan apakah produk yang anda ingin promosikan, anda boleh terus mula menghasilkan video. Sekiranya ini kali pertama anda menghasilkan video, anda boleh merujuk di banyak laman web di internet yang menerangkan kaedah membuat video sama ada secara percuma ataupun berbayar. Yang penting, video tersebut mestilah berupaya menarik minat prospek untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk itu tadi.
2. Upah orang menyediakan video
Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk menghasilkan video sendiri, atau menghadapi kekangan masa, anda boleh mengupah orang lain untuk menyediakan video mengikut terma-terma dan maklumat yang diberikan kepadanya. Dengan sedikit upah, video tersebut hendaklah disediakan secara eksklusif untuk anda sahaja dan apabila siap, video itu menjadi milik anda. Untuk mencari pakar yang menyediakan perkhidmatan video, anda boleh cari di forum perniagaan internet ataupun di servis perkhidmatan di Murahnya.my
3. Sewa ruangan komen di video lain
Sekiranya anda tidak mahu menghasilkan video sendiri, dan juga tidak mahu mengupah orang untuk menyediakan video, anda boleh membuat sedikit kajian apakah video yang menjadi trend masa kini. Sebagai contoh, video berkaitan bola sepak, atau ceramah agama, asalkan video tersebut mendapat jumlah tontotan yang tinggi di portal YouTube. Apa yang anda boleh lakukan adalah untuk menghubungi pemilik video itu tadi, dan memohon untuk menyewa ruangan komen dan deskripsi pada video tersebut. Dengan kadar sewa yang berpatutan, anda boleh menulis maklumat produk yang dipromosikan di ruangan komen dan deskripsi video tersebut. Secara tidak langsung, anda menyampaikan mesej produk tersebut apabila ada prospek yang menonton video tersebut.
4. Gunakan tips SEO untuk video anda
Sepertimana pemasaran artikel ataupun laman web, anda boleh menggunakan tips SEO yang sama untuk video YouTube anda. Sebagai contoh, nama fail yang dimuat naik ke portal YouTube hendaklah mengandungi kata kunci yang anda inginkan. Sepertimana tajuk video, ruangan komen dan deskripsi video tersebut hendaklah dimasukkan kata kunci yang berkaitan dengan produk yang dipromosikan. Strategi SEO ini akan memudahkan robot enjin carian untuk mengenalpasti kaitan video anda dengan mana-mana kata kunci yang dimasukkan di kotak carian di sesebuah portal enjin carian.
5. ‘Branding’ untuk siaran YouTube anda
Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk mencipta penjenamaan untuk siaran YouTube anda. Sebagai contoh, anda menghasilkan latar belakang tertentu yang menonjolkan simbol dan warna penjenamaan mengikut produk yang dipromosikan. Setiap kali prospek melawat laman video anda, mereka akan melihat stail yang sama untuk kesemua video-video anda di portal YouTube tersebut.
6. Gunakan YouTube Ads
Bagi meningkatkan lagi potensi carian video, anda boleh menggunakan kaedah berbayar seperti YouTube Ads untuk mempromosi video-video yang anda inginkan.
7. Promosikan video dengan konsisten
Akhir sekali, anda perlu mempromosikan video-video tersebut secara konsisten. Sekiranya anda mempunyai laman web, anda boleh meletakkan link untuk vide tersebut di laman web itu tadi. Dan sekiranya anda mempunyai senarai subscriber, anda boleh memberikan link video tersebut kepada mereka melalui pemasaran emel.
Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba!
Info menarik ni .. sekali sekala ada juga update video di youtube .. nanti kena cuba ..
terima kasih