Jana Income Melalui Webinar?

Buat Duit Dengan Webinar


Pernahkah anda mendengar mengenai webinar?

Baru-baru ini terdapat satu kaedah penganjuran program yang semakin popular dan mendapat sambutan yang baik, iaitu dengan menggunakan kaedah webinar. Antara webinar yang popular pernah dibuat di Malaysia ialah Program Sembang Bisnes anjuran Cikgu Hafis.

Melalui kaedah ini, sesuatu kursus, bengkel ataupun seminar dianjurkan secara maya, dengan menggunakan platform internet untuk membolehkan interaksi di antara penganjur program dan peserta.

Kelebihan Menggunakan Webinar

- Menjimatkan masa bagi pihak anda sebagai penganjur, dan di pihak peserta, ia amat menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu hadir secara fizikal untuk menghadiri seminar tersebut. Sedangkan semua orang cuma perlu komited untuk tempoh masa webinar itu berlangsung, iaitu mungkin sejam, dua jam atau beberapa jam mengikut jadual webinar.

- Menjimatkan kos kerana anda tidak perlu menyewa bilik seminar, peralatan audio dan visual, perkhidmatan rakaman video dan lain-lain. Peserta juga boleh menjimatkan wang kerana mereka tidak perlu memandu ke tempat seminar atau membayar tol, parking, atau tiket kapal terbang.

- Mudah di pihak anda dan peserta, kerana semua orang cuma perlu menggunakan sambungan internet berserta set audio dan mikrofon untuk berinteraksi dengan anda dan peserta lain webinar tersebut. Kini sudah tiada alasan untuk tidak menyertai seminar kerana webinar seperti ini dilakukan secara online, peserta boleh menyertai webinar anda dari rumah mereka sendiri dalam suasana yang mereka tetapkan sendiri.

- Interaktif, iaitu setiap sesi webinar membolehkan anda berkongsi skrin dengan peserta webinar. Sekiranya mereka mempunyai sebarang persoalan, mereka boleh menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam sistem webinar seperti chat menggunakan teks, fungsi ‘mengangkat tangan’ untuk mendapatkan perhatian anda, dan mereka juga boleh bercakap melalui mikrofon dan didengar oleh peserta-peserta lain.

- Sesi webinar juga boleh dirakam ketika ia dilangsungkan, tanpa perlu anda mengupah perkhidmatan rakaman profesional. Anda boleh menggunakan perisian percuma ataupun berbayar untuk merakam aktiviti skrin komputer anda, berserta audio sepanjang webinar dilangsungkan.

Bagaimana Menggunakan Webinar untuk Menjana Wang

1. Pilih produk yang ingin dipromosikan – perkara pertama yang anda boleh buat adalah untuk memilih produk sendiri atau produk affiliate untuk dipromosikan melalui webinar. Langkah ini sudah tentu pilihan sahaja, sekiranya anda tidak ingin mempromosi sebarang produk, dan cuma fokus untuk menjual sesi webinar, boleh juga. Namun sekiranya anda promosikan produk melalui webinar, sudah tentu potensi menjana wang adalah lebih besar.

2. Pilih tajuk webinar yang bersesuaian – anda boleh memilih tajuk webinar yang bersesuaian dengan produk yang dipromosikan. Tajuk ini juga mestilah sesuatu yang anda punyai pengetahuan dan kemahiran. Perlukah anda miliki sijil profesional untuk mengajar sesuatu seminar? Sudah tentu tidak perlu. Sekiranya anda miliki sijil, adalah lebih baik. Tapi sekiranya tidak ada, anda tidak perlu risau kerana ia bukan keperluan untuk menganjurkan seseuatu webinar.

3. Sediakan laman pendaftaran webinar – selanjutnya anda perlu menyediakan laman web untuk pendaftaran webinar. Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, bolehlah anda mempertimbangkan untuk mengupah designer profesional untuk mendapatkan laman web yang lebih profesional berbanding anda siapkan sendiri. Namun sekiranya anda tidak mempunyai bajet untuk ini, boleh juga digunakan alternatif borang pendaftaran percuma seperti Google Docs ataupun emel terus kepada anda untuk pendaftaran.

4. Promosikan laman pendaftaran– untuk menyampaikan maklumat mengenai webinar yang akan dilangsungkan, anda boleh menggunakan kaedah promosi percuma seperti Facebook Groups yang berkaitan, ataupun media sosial yang lain. Anda juga boleh menggunakan kaedah promosi berbayar seperti Facebook Ads ataupun menyewa banner di laman web yang mempunyai trafik tinggi seperti Lelong.my ataupun WangCyber.com.

5. Rancang webinar sebaik mungkin – sebagai persediaan, anda perlu menyediakan modul webinar seperti nota tangan, slaid pembentangan dan lain-lain untuk dibentangkan semasa webinar.

6. Rakam webinar dan sunting secara profesional – ketika webinar berlangsung, anda boleh memilih untuk merakam sesi webinar tersebut dengan menggunakan perisian percuma ataupun berbayar. Kemudian, anda perlu menyunting rakaman video tersebut secara profesional sama ada buat sendiri ataupun mengupah penyunting profesional. Rakaman ini boleh diberikan secara percuma kepada mereka yang mendaftar ke webinar anda, ataupun dijual kepada orang lain yang berminat untuk mendapatkannya.

Software Webinar yang Boleh Digunakan


Terdapat 2 laman web yang boleh anda gunakan untuk webinar, iaitu:

1. GoToMeeting.com
2. InstantTeleseminar.com

Bergantung pada jumlah pengunjung yang hadir, setiap platform di atas mengenakan cas yang berbeza-beza dan ada yang percuma.

Buat Duit dengan Webinar Memang Menguntungkan

Itulah dia, sedikit perkongsian mengenai strategi menjana wang dengan menggunakan kaedah webinar. Semoga bermanfaat untuk anda!

Posted in perniagaan internet | 1 Comment

Kaedah Pemasaran Youtube yang Berkesan

pemasaran youtube

Dalam artikel yang lepas, saya sudah terangkan secara serba ringkas mengapa anda perlu melakukan pemasaran melalui Youtube. tak kiralah anda ini seorang usahawan internet, penjual tudung di FB, pemasar kerepek/produk makanan di forum atau facebook, teknik ini semestinya berkesan sekiranya anda lakukan. Kerana apa? 90% daripada pengguna internet suka untuk menonton video dan pemasaran video adalah sangat viral!

Baiklah, kini anda sudah tahu potensi menggunakan kaedah promosi YouTube untuk bisnes internet anda. Sekarang mari kita lihat apakah tip-tips untuk melakukan promosi melalui portal ini.

1. Hasilkan video yang menarik

Sebaik memutuskan apakah produk yang anda ingin promosikan, anda boleh terus mula menghasilkan video. Sekiranya ini kali pertama anda menghasilkan video, anda boleh merujuk di banyak laman web di internet yang menerangkan kaedah membuat video sama ada secara percuma ataupun berbayar. Yang penting, video tersebut mestilah berupaya menarik minat prospek untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk itu tadi.

2. Upah orang menyediakan video

Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk menghasilkan video sendiri, atau menghadapi kekangan masa, anda boleh mengupah orang lain untuk menyediakan video mengikut terma-terma dan maklumat yang diberikan kepadanya. Dengan sedikit upah, video tersebut hendaklah disediakan secara eksklusif untuk anda sahaja dan apabila siap, video itu menjadi milik anda. Untuk mencari pakar yang menyediakan perkhidmatan video, anda boleh cari di forum perniagaan internet ataupun di servis perkhidmatan di Murahnya.my

3. Sewa ruangan komen di video lain

Sekiranya anda tidak mahu menghasilkan video sendiri, dan juga tidak mahu mengupah orang untuk menyediakan video, anda boleh membuat sedikit kajian apakah video yang menjadi trend masa kini. Sebagai contoh, video berkaitan bola sepak, atau ceramah agama, asalkan video tersebut mendapat jumlah tontotan yang tinggi di portal YouTube. Apa yang anda boleh lakukan adalah untuk menghubungi pemilik video itu tadi, dan memohon untuk menyewa ruangan komen dan deskripsi pada video tersebut. Dengan kadar sewa yang berpatutan, anda boleh menulis maklumat produk yang dipromosikan di ruangan komen dan deskripsi video tersebut. Secara tidak langsung, anda menyampaikan mesej produk tersebut apabila ada prospek yang menonton video tersebut.

 4. Gunakan tips SEO untuk video anda

Sepertimana pemasaran artikel ataupun laman web, anda boleh menggunakan tips SEO yang sama untuk video YouTube anda. Sebagai contoh, nama fail yang dimuat naik ke portal YouTube hendaklah mengandungi kata kunci yang anda inginkan. Sepertimana tajuk video, ruangan komen dan deskripsi video tersebut hendaklah dimasukkan kata kunci yang berkaitan dengan produk yang dipromosikan. Strategi SEO ini akan memudahkan robot enjin carian untuk mengenalpasti kaitan video anda dengan mana-mana kata kunci yang dimasukkan di kotak carian di sesebuah portal enjin carian.

5. ‘Branding’ untuk siaran YouTube anda

Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk mencipta penjenamaan untuk siaran YouTube anda. Sebagai contoh, anda menghasilkan latar belakang tertentu yang menonjolkan simbol dan warna penjenamaan mengikut produk yang dipromosikan. Setiap kali prospek melawat laman video anda, mereka akan melihat stail yang sama untuk kesemua video-video anda di portal YouTube tersebut.

6. Gunakan YouTube Ads

Bagi meningkatkan lagi potensi carian video, anda boleh menggunakan kaedah berbayar seperti YouTube Ads untuk mempromosi video-video yang anda inginkan.

7. Promosikan video dengan konsisten

Akhir sekali, anda perlu mempromosikan video-video tersebut secara konsisten. Sekiranya anda mempunyai laman web, anda boleh meletakkan link untuk vide tersebut di laman web itu tadi. Dan sekiranya anda mempunyai senarai subscriber, anda boleh memberikan link video tersebut kepada mereka melalui pemasaran emel.

Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba!

Posted in perniagaan internet | Tagged , , | 1 Comment

Lubuk Jana Wang di Youtube?

Buat Duit Youtube

Anda mungkin biasa melayari laman web YouTube untuk menonton video-video yang terdiri daripada pelbagai kategori. Mungkin anda menonton video klip lagu, ceramah agama, kelas pendidikan atau cara-cara menggunakan sesuatu perisian atau produk.

Tahukah anda YouTube adalah antara lubuk promosi utama untuk seseorang usahawan internet boleh menjana pendapatan lumayan?

Tanpa mengira sekiranya anda mempromosi produk sendiri, ataupun produk affiliate, anda tidak boleh mengabaikan kaedah promosi melalui YouTube. Ini adalah kerana terdapat sebab-sebab di bawah:

Trafik yang Tinggi

Portal YouTube mempunyai trafik yang unik dan tinggi. Sekiranya anda membuat carian di Google, anda akan dapati di laman pertama keputusan carian akan terdapat beberapa video daripada Youtube. Tidak hairan kenapa perkara ini berlaku, ia adalah kerana YouTube dimiliki oleh Google. Oleh itu, video-video do Youtube mudah mendapat ranking yang baik di enjin carian Google.

Persaingan Tempatan Masih Kurang

Ramai usahawan internet membina laman web statik ataupun blog berbentuk teks, tetapi tidak ramai yang menerokai potensi video. Dalam keadaan ini, anda mudah menembusi pasaran video YouTube kerana belum ramai yang menyedari potensi kaedah ini.

Kos Pemasaran Masih Rendah

Kos pemasaran YouTube mungkin percuma atau paling rendah di kalangan kaedah promosi yang lain. Untuk menghasilkan video sebelum dimuatkan ke YouTube, anda tidak memerlukan kos yang tinggi. Bahkan, anda boleh menggunakan perisian percuma yang boleh didapati daripada internet! Apabila video tersebut telah siap, anda boleh terus memuatkan ke YouTube juga secara percuma!

Namun, bagi pemasaran Youtube ini, pastikan anda mengetahui bagaimana cara untuk upload video Youtube!

Baiklah, kini anda sudah tahu potensi menggunakan kaedah promosi YouTube untuk bisnes internet anda. Untuk artikel yang akan datang, saya akan berikan tip-tips yang power untuk anda untuk melakukan promosi video melalui portal Youtube.

Posted in perniagaan internet | Tagged , | Leave a comment

Kenapa Newsletter Penting Untuk Perniagaan Anda (Bahagian 2)

Sambungan dari bahagian 1: Klik di sini.

Bagaimanakah untuk menghasilkan newsletter yang berkesan?

1. Patuhi etika pemasaran emel

Pertama sekali, anda perlu patuhi etika pemasaran emel. Sebagai contoh, anda cuma memberikan newsletter kepada subscriber yang sukarela memberikan alamat emel mereka kepada anda khusus untuk menerima newsletter tersebut. Anda harus mengelak daripada menghantar emel secara rawak kepada sesiapa sahaja kerana tindakan tersebut adalah ‘spam’ dan ia menyalahi etika pemasaran internet.

2. Bina senarai subscriber secara konsisten

Anda mesti konsisten untuk membina senarai list di sesebuah laman web. Ini bermaksud, anda mesti sentiasa promosi laman web untuk mendapatkan trafik yang berkualiti, serta menawarkan produk atau maklumat yang informative untuk menarik minat prospek. Selain itu, anda juga memerlukan sistem autoresponder yang baik seperti Aweber dan Trafficwave dan mampu untuk menampung jumlah subscriber dan jumlah newsletter yang akan dihantar setiap bulan.

3. Hanya berikan maklumat yang berkaitan

Anda juga harus berhati-hati untuk hanya memberikan maklumat yang relevan kepada senarai subscriber anda. Ini bermaksud, sekiranya mereka mengisi borang opt-in untuk melanggan newsletter mengenai strategi penulisan ebook, anda cuma menghantar newsletter mengenai strategi penulisan ebook sahaja. Anda tidak boleh menghantar newsletter mengenai strategi pembinaan laman web. Caranya mudah sahaja, sekiranya anda ingin menghantar newsletter untuk tajuk yang lain, anda cuma perlu bina borang opt-in yang baru untuk mula mengumpul senarai subscriber untuk topik tersebut.

4. Selangkan promosi dengan kandungan berkualiti

Tidak semua subscriber sukakan hard-selling, iaitu promosi untuk jualan produk atau perkhidmatan secara langsung. Oleh itu, anda boleh selangkan promosi itu tadi dengan beberapa kandungan berkualiti untuk dikongsikan dengan subscriber anda. Sebagai contoh, anda boleh pecahkan newsletter itu tadi kepada beberapa bahagian, bahagian pertama dan kedua memberikan tips dan informasi berkaitan, bahagian ketiga berbentuk promosi, diikuti dengan bahagian keempat dan kelima disambung dengan tips dan informasi lagi. Ini sudah tentu lebih mengembirakan subscriber anda!

5. Gunakan tajuk newsletter yang sesuai

Anda boleh biasakan diri untuk memberikan tajuk yang sesuai dan konsisten untuk newsletter itu tadi. Tujuannya adalah supaya apabila subscriber menerima emel daripada anda, mereka akan tahu bahawa anda yang menghantarnya, dan mereka tahu bahawa itu adalah maklumat yang mereka pohon untuk terima.

6. Kekalkan penampilan profesional

Akhir sekali, anda perlu memilih tema newsletter yang menonjolkan profesionalisme bisnes internet anda. Mungkin anda pilih tema mengikut warna, atau mengikut format. Apa jua tema yang dipilih, anda perlu konsisten untuk mengekalkan penampilan profesionalisme terhadap senarai subscriber itu tadi.

Itulah dia perkongsian ringkas mengenai strategi promosi menggunakan newsletter. Selamat berjaya!

Posted in tips usahawan internet | Tagged , , | Leave a comment

Teknik Urus Masa bagi Usahawan Internet

Ramai yang menyangka sekiranya mereka adalah usahawan internet yang menjalankan model bisnes internet sebagai seorang affiliate, mereka tidak perlukan suatu rancangan kerja yang khusus. Mereka sangkakan oleh kerana mereka tidak perlukan produk sendiri, tidak perlukan kemahiran untuk pembungkusan dan penghantaran, tidak perlu berhadapan dengan majikan, maka mereka cuma perlu fokus untuk promosi sahaja. Biarpun sangkaan ini mungkin ada asasnya, ia tidak berapa tepat sekiranya mereka ingin memaksimakan kejayaan dalam bisnes affiliate mereka.

Antara perkara paling penting yang anda perlukan sebagai seorang usahawan affiliate adalah untuk mempunyai strategi pengurusan masa yang baik. Berikut disenaraikan beberapa tip pengurusan masa tersebut.

1) Punyai tabiat produktif

Sudah tentu perkara pertama dalam pengurusan masa adalah menyimpan tabiat yang produktif. Sebagai contoh, anda boleh menyediakan senarai aktiviti yang ingin dicapai dan kesemua aktiviti ini dipecah-pecahkan menjadi lebih kecil untuk dilakukan setiap hari. Hasilnya, anda mungkin mempunyai satu jadual yang produktif seperti ini:

  • Isnin: Tulis 3 artikel untuk dihantar ke laman direktori untuk pemasaran artikel
  • Selasa: Merekodkan 2 video promosi untuk pemasaran Youtube
  • Rabu: Menyiapkan 2 slide powerpoint untuk dihantar ke SlideShare
  • Khamis: Pemasaran FaceBook. Twitter dan forum
  • .. dan selanjutnya bagi aktiviti-aktiviti yang lain

Dengan menggunakan kaedah ini, anda dapat mencapai kesemua aktiviti yang telah anda senaraikan sebelum ini bagi tujuan promosi affiliate anda. Ini adalah contoh tabiat bisnes yang produktif.

2) Kawal perkara yang tidak berkaitan

Oleh kerana tiada sesiapa yang memantau kerja anda dalam mempromosikan bisnes affiliate, kawalan diri adalah amat penting. Anda perlu bijak mengawal diri daripada terjebak dengan perkara-perkara yang melalaikan seperti asyik melayari laman web yang tiada kaitan dengan bisnes affiliate dalam tempoh masa yang anda tetapkan untuk tabiat produktif itu tadi. Ataupun anda menerima jemputan rakan-rakan untuk keluar berjalan-jalan tanpa perancangan awal hinggakan kerja affiliate anda tertangguh.

Sebaik-baiknya anda ‘kurung’ diri anda untuk menyiapkan kerja-kerja yang anda ingin lakukan berkaitan bisnes affiliate anda sebelum anda melakukan kerja-kerja lain yang tidak berkaitan. Disiplin diri yang kukuh akan menentukan sama ada kerja-kerja affiliate anda tercapai atau tidak.

3) Mematuhi masa yang ditetapkan

Selanjutnya, anda perlu menetapkan dan mematuhi tempoh masa yang sesuai untuk menyiapkan sesuatu kerja affiliate. Sebagai contoh, anda merancang untuk menyiapkan 3 buah artikel pemasaran dalam tempoh 3 jam daripada pukul 2 petang sehingga 5 petang. Maka itulah yang akan anda usahakan untuk menyiapkan artikel-artikel tersebut dalam tempoh masa yang anda sendiri tetapkan.

4) Elakkan bertangguh

Anda juga perlu elakkan tabiat suka bertangguh, walaupun target yang anda ingin capai masih jauh. Sebagai contoh, anda bercadang untuk mendapatkan nama domain yang baru berserta hosting untuk laman web promosi produk affiliate yang baru anda sertai. Anda menyangka tempoh pertandingan affiliate masih lama, jadi anda menangguhkan niat untuk mendapatkan nama domain dan hosting tadi. Ini tidak seharusnya berlaku, kerana lagi cepat anda capai target tersebut, lagi awal anda boleh meraih pembelian daripada prospek pelanggan produk tersebut.

Sebagai contoh, bayangkan sekiranya anda bermula pada hari ke-10 setelah pelancaran sesuaut produk dengan pertanding affiliate, anda sebenarnya sudah kehilangan prospek selama 9 hari terawal kerana prospek-prospek ini mungkin telah membeli daripada usahawan-usahawan internet lain yang tidak bertangguh dan terus memulakan promosi affiliate mereka sejak hari pertama pelancaran produk affiliate itu tad. Sudah tentu anda tidak ingin kerugian, bukan?

5) Berehat dengan secukupnya

Perkara terakhir yang anda perlu ingat dalam mengurus masa sebagai seorang usahawan affiliate adalah untuk mempunyai rehat yang secukupnya. Anda tidak boleh berkerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Anda pasti akan kepenatan. Sebaliknya, dengan rehat yang secukupnya selepas beberapa jam berkerja, anda akan kembali bertenaga keesokan harinya kerana minda dan badan anda sudah berehat secukupnya. Anda pasti teruja dengan kehebatan rehat yang secukupnya dan keupayaan rehat menjadikan anda kembali bertenaga untuk meneruskan bisness affiliate anda di hari berikutnya.

Itulah dia beberapa tips ringkas untuk membantu pengurusan masa dalam bisnes affiliate anda. Selamat mencuba

Pengurusan Masa Usahawan Internet

Posted in tips usahawan internet | Tagged , , | Leave a comment

Kenapa Newsletter Penting Untuk Perniagaan Anda

Sebagai seorang usahawan internet, anda mempunyai banyak pilihan untuk mempromosikan perniagaan anda. Sebahagian daripada pilihan ini berbentuk promosi online, manakala sebahagian lagi berbentuk promosi offline. Salah satu kaedah promosi berkesan adalah dengan menghasilkan newsletter untuk langganan subscriber di laman web anda.

Artikel ringkas ini membongkarkan kepentingan menggunakan newsletter sebagai salah satu kaedah promosi untuk bisnes internet anda, dan tip-tip menghasilkan newsletter berkesan.

Kenapa newsletter baik untuk bisnes anda

  • Senarai subscriber yang fokus – daripada ramai pelawat yang berkungjung ke sesebuah laman web, cuma sebahagian daripada mereka yang mengisi borang opt-in untuk menerima newsletter. Ini bermaksud, cuma mereka yang serius dan benar-benar inginkan maklumat itu akan memberikan emel mereka kepada senarai subscriber anda. Mereka adalah subscriber yang mempunyai keinginan yang fokus.
  • Pelbagai siaran newsletter – Anda boleh menghantar newsletter ke alamat emel subscriber, memuatkan newsletter tersebut di laman web, atau mengkhususkannya ke dalam arkib newsletter yang mudah dicapai oleh prospek anda.
  • Strategi memujuk prospek menjadi pelanggan – Tidak semua pelawat akan membuat keputusan untuk membeli pada kali pertama mereka berkungjung di sesebuah laman web. Adalah lebih mudah untuk menawarkan kepada mereka newsletter percuma melalui borang opt-in kerana anda boleh ‘memujuk’ mereka secara berperingkat untuk membuat pembelian melalui newsletter tersebut.
  • SEO untuk kandungan berkualiti tinggi – rata-rata diperkatakan kandungan itu penting. Apabila anda memuatkan kandungan yang berkualiti tinggi ke dalam newsletter, dan membiarkan newsletter tersebut tersebar meluas melalui internet, itu sebenarnya adalah strategi SEO yang baik dan berterusan untuk laman web anda.

Nantikan strategi newsletter yang power dalam entri akan datang.

Posted in tips usahawan internet | Tagged , , , , | Leave a comment

Apa Perlu Anda Buat jika Pelanggan Minta Refund?

Tidak ada usahawan internet yang sempurna di dunia ini, melainkan jika dia..

- Boleh jawab setiap pertanyaan yang dihantar setiap minit

- Online 24 jam sehari

- Boleh berikan servis 100% ‘first class’ sepanjang masa

- Paling tidak pun, mereka boleh melayan karenah 1001 pelanggan

Pelanggan yang tidak berpuas hati

Sebagai usahawan internet, adalah amat penting kita memberikan support yang terbaik kepada pelanggan kita. Namun, sekiranya masih terdapat pelanggan kita yang tidak puas hati, berikut disenaraikan beberapa tips untuk meredakan emosi pelanggan yang memohon refund ataupun mengemukakan aduan kepada anda.

1. Ambil maklum berkenaan aduan

Perkara paling utama yang anda perlu buat adalah untuk mengambil maklum berkenaan aduan tersebut. Masalah itu tidak akan hilang sekiranya anda mengabaikannya atau  melupakannya. Bahkan, sekiranya anda segera mengakui aduan tersebut, anda mungkin dapat menyelamatkan keadaan dan menukarkan pelanggan tadi menjadi hormat dengan respon positif anda. Mungkin juga dia akan menjadi pelanggan tetap anda untuk produk-produk lain selepas ini.

Mengakui aduan tersebut tidak semestinya bermaksud anda mengaku kesilapan di pihak anda (melainkan benar-benar telah berlaku kesilapan di pihak anda). Mengakui aduan bermaksud anda serius untuk menjalin hubungan niaga dengan pelanggan tadi, dan akan berusaha untuk membantu menyelesaikan masalahnya.

2. Proaktif dan segera menangani aduan

Anda perlu bersikap proaktif menyiasat dan menangani aduan yang dikemukakan tadi. Anda mungkin perlu bertanyakan diri sendiri adakah aduan ini sangat jarang diterima ataupun memang terdapat segelintir pelanggan yang mempunyai masalah yang sama.

Sekiranya terdapat beberapa aduan, mungkin ada kecacatan pada produk atau perkhidmatan anda yang perlu diperbaiki. Namun sekiranya aduan sedemikian amat jarang diterima, mungkin juga tiada masalah dengan produk atau perkhidmatan anda, sebaliknya ia tidak sesuai dengan keperluan pelanggan itu tadi. Lagi cepat anda lakukan siasatan tersebut dan memberi maklum balas kepada pelanggan, lagi cepat anda dapat meredakan emosi pelanggan tersebut.

3. Aduan adalah mesej amaran untuk penambahbaikan

Aduan tadi tidak patut dilihat sebagai pemusnah kejayaan bisnes internet anda. Sebaliknya anda perlu menghargai setiap maklum balas pelanggan kerana ia sebenarnya adalah mesej amaran secara halus untuk anda lakukan penambah baikan kepada produk atau perkhidmatan anda. Sudah tentu anda tidak dapat memuaskan hati kesemua pelanggan di luar sana, namun sesekali apa salahnya anda menambah baik produk dan perkhidmatan anda selagi mana ia tidak menjejaskan pelanggan-pelanggan anda yang lain.

4. Berikan gambaran produk yang tepat

Sudah tentu ini adalah salah satu tip untuk mengelak aduan pelanggan yang tidak munasabah. Tip ini mensarankan anda untuk memberikan gambaran produk yang tepat di dalam surat jualan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual barangan terpakai, sudah tentu anda wajib menyatakan perkara ini di dalam deskripsi jualan anda untuk mengelak sebarang salah faham oleh pelanggan anda di kemudian hari. Begitu juga sekiranya anda menjual produk makanan atau kesihatan yang mempunyai tarikh luput, sudah tentu anda perlu menyatakan tarikh luput ini di dalam deskripsi jualan anda kerana ia akan memberikan gambaran yang tepat mengenai produk jualan anda.

5. Sediakan garis panduan yang jelas

Seterusnya, anda juga perlu memastikan anda menyediakan garis panduan yang jelas untuk setiap produk atau perkhidmatan yang anda sediakan. Sebagai contoh, anda memberikan jaminan kepuasan 100% dan jaminan refund 30 hari sekiranya tidak pelanggan tidak berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan anda. Sekiranya anda mempunyai garis panduan sebegini, anda wajib mematuhi garis panduan tersebut, dan menghormati keputusan pelanggan sekiranya mereka membuat aduan. Sekiranya perlu, gantikan pembeliannya dengan produk yang baru. Dan sekiranya perlu, berikan refund menurut permintaannya tanpa perlu banyak soal.

6. Berikan sahaja refund

Kadang-kadang anda akan mendapat pelanggan yang suka mengemukakan aduan atau ketidak puasan hati terhadap produk anda. Dan anda merasakan karenah pelanggan ini tidak berbaloi untuk anda tangani berpandukan tips yang disenaraikan di atas. Sebagai contoh, pelanggan meminta diskaun yang tidak munasabah, atau meminta nilai tambah yang anda tidak masukkan di dalam produk jualan anda, atau kerap menghubungi anda untuk bertanya bagaimana menggunakan produk yang dibelinya walhal dia enggan merujuk kepada panduan penggunaan yang anda telah sertakan bersama-sama pembeliannya. Dalam situasi ini, eloklah anda berikan sahaja refund. Dia akan berhenti mengganggu anda, anda akan hilang satu masalah pelanggan, dan dapat fokus terhadap jualan berikutnya.

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda dalam menangani pelanggan yang mempunyai masalah dengan produk atau perkhidmatan sesebuah bisnes internet. Selamat maju jaya!

Posted in motivasi percuma | Tagged , , , , | 3 Comments

Kuasa Fokus dalam Bisnes di Facebook

Dalam artikel ini, kita akan perhalusi satu
faktor kejayaan dalam perniagaan di Facebook,
iaitu “fokus”.

Seni Pemasaran FB

Fokus bermaksud tidak melakukan perkara yang
tidak berkaitan dan yang tidak dirancang.
Kita hanya melakukan perkara dan tindakan
yang mengarah kepada hasil yang disasarkan.

Contohnya kita mahu hasil RM700 sehari
melalui jualan di Facebook. Maka apakah
tindakan dan usaha yang perlu dilakukan?

Untuk berjaya berniaga di Facebook ataupun
berjaya melakukan pemasaran bisnes di Facebook,
terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil serius:

1. Fokus pada satu kategori produk sahaja untuk satu Facebook fanpage

Contohnya, untuk Facebook Page A, kita hanya jual
produk pakaian wanita sahaja, manakala di Facebook Page B,
kita jual produk pakaian untuk lelaki dewasa.
Begitulah bagi lain-lain jenis produk.

Tujuan kita fokus satu jenis produk pada satu page
adalah agar prospek tidak keliru dan kita pula mudah
menguruskan jualan dengan lebih lancar. Selain itu,
proses pemasaran seperti melalui pengiklanan Facebook Ads
akan lebih fokus dan menumpu.

2. Fokus pada pelam perniagaan

Umpama pasukan tentera dalam satu peperangan kalah
dan menang di medan peperangan, sudah pasti mereka
akan berbekalkan perancangan dan strategi tersendiri.

Apakah yang akan berlaku apabila mereka tidak mengikuti
strategi yang telah ditetapkan? Sudah pasti pasukan itu
akan kacau bilau, hilang tumpuan dan akhirnya boleh kecundang.

Begitu juga kita dalam perniagaan di Facebook.

Apabila kita telah mempunyai perancangan yang telah
jelas dan teratur, tanggungjawab kita adalah mengikut
perancangan itu sepenuhnya.

Lakukan tindakan yang dirancang mengikut caranya
dan pada masa yang ditetapkan.

3. Elak libatkan diri dalam perbincangan yang sia-sia.

Betapa ramai usahawan yang mahu menjadi ‘hero’ di
Facebook dengan menulis hal-hal politik, isu semasa
dan sebagainya. Tiada halangan untuk itu, tetapi
apabila kita sudah terlebih sudu daripada kuah,
kita akan rugi.

Perniagaan kita akan terabai, perancangan hanya tinggal
perancangan, dan banyak lagi kerugian akan berlaku.

Elakkan terlibat dengan perbincangan isu-isu semasa dan politik
di Facebook. Perbincangan sebegini di Facebook akan menjadi
sia-sia tanpa ada kawalan dan tujuan yang satu. Jika anda
mahu terlibat dengan politik semasa dan seumpamanya,
medan sebenar adalah di dunia nyata, bukan di Facebook.

Banyak menulis isu-isu panas di Facebook hanya akan
menimbulkan ketegangan , selain banyak maklumat yang
ditokok tambah dan diselewengkan. Selain itu, biar pihak
yang lebih arif sibuk dengan sesuatu isu. Tugas kita pula
adalah menjana ekonomi diri sendiri, keluarga dan negara.

Setkan minda, apabila kita berada di Facebook, tujuan
kita hanyalah satu, iaitu untuk bisnes sahaja. Apabila
kita serius untuk fokus, kita bukan sahaja meraih kejayaan
untuk diri sendiri, malah mampu memberi inspirasi kepada
orang lain.

Ini juga usaha dakwah dan perjuangan, secara halus.

Sekiranya anda mahukan teknik yang lebih power dalam FB, apa kata anda dapatkan panduan Seni Pemasaran FB sekarang


Moga maju jaya!

Posted in pemasaran facebook | Tagged , , , , | 2 Comments

IT Genius Azli Paat Meninggal Dunia

Azli Paat telah meninggal dunia pada 6 Februari 2012 jam 7:30malam di rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur kerana demam panas.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sedikit informasi mengenai Azli Paat:

  • Merupakan seorang IT genius
  • Pengasas sistem SMS DAPAT dan sistem SMS RAKANCOP
  • Berjaya mengubah cara orang ramai da organisasi dalam berkomunikasi.
  • Panel utama di ruangan ICT dan Anda di Bernama Radio 24 setiap Isnin-Jumaat jam 7:50pagi (siaran terakhir beliau pada 5 Februari 2013)
  • Pemenang Anugerah MSC Malaysia APICTA 2012
  • Pengasas ADACode, sistem penghantaran mesej interaktif untuk agensi kerajaan
  • Entreprenur yang dikagumi dalam industri IT

Berita penuh sumber dari Bernama:

Pakar ICT Azli Paat meninggal dunia
2013/02/07 – 00:45:47 AM

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri ‘Best of the Best’ APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam ini.

Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.
Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam.

Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya.

Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.

Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok.

Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.

Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.

Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari.

Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.

“Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri,” katanya.

Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lalu, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – BERNAMA

Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Al-fatihah..

Posted in berita | Tagged | 1 Comment